Gelagat anak sulung penyanyi, Shila Amzah iaitu Seth Uwais yang dijangkiti kutu membuatkan wargamaya berdekah.
Mana tidaknya, menerusi Tik Tok Ubai, Ubai berkongsi kisah Seth yang dijangkiti kutu selepas bersekolah. Paling menarik perhatian pastinya gelagat Seth yang mengomel ketika berbual bersama Ubai.
Menerusi perkongsian itu juga, Shila turut melakukan rawatan syampu rambut bagi menghilangkan kutu di kepala Seth.
Menurut Ubai, dia juga turut mengalami masalah yang sama selepas berjangkit dengan Seth Uwais.
Ads
“Saya pun kena, satu rumah kena. Saya rasa insecure kenapa gatal-gatal,” kongsi Ubai.
Apa yang mencuit hati warganet apabila Seth seola-olah gembira apabila dia dijangkiti parasit itu. Ubai pula sempat berseloroh menyatakan masalah tersebut bukanlah satu pencapaian.
Ads
Tambah comel lagi, menerusi video tersebut Seth juga turut meminta maaf dan meminta doa agar dirinya lekas sembuh. Memang comel.
“Doakan saya cepat sihat,” kata Seth comel.
Ads
Susulan itu, Ubai dan Shila membuat keputusan membawa Seth ke kedai gunting rambut bagi merawat masalah kutunya selain mengenakan syampu kutu bagi menghilangkan masalah tersebut.
Dalam sesebuah rumah tangga, seharusnya ada sikap tolong menolong dan bertoleransi. Lagi-lagi bagi suami isteri yang sama-sama bekerja. Usah hanya mengharapkan isteri seorang melakukan kerja rumah.
Kerana itu, anak-anak lelaki kena diajar berdikari sejak awal usia lagi, supaya apabila berumah tangga kelak, ada rasa tanggung jawab dan bukan hanya goyang kaki mengharapkan isteri semata-mata melakukan segala urusan.
Tiada istilah jatuh maruah andai melakukan kerja di dapur bahkan itu satu tanggang jawab yang membanggakan. Buat isteri rasa diri dihargai dan punya suami yang prihatin.
Perkongsian dari wanita ini cukup ideal untuk dijadikan contoh buat pasangan yang sudah atau bakal berumah tangga kelak.
Laksanakan tanggung jawab bersama menambahkan rencah kemanisan dalam rumah tangga. Ini yang dikongsikan oleh puan Puteri Kasim.
Jangan nak manjakan suami tu..
Kakput ingat lagi, awal perkahwinan mak selalu cakap “ nanti dah kahwin jangan manjakan suami tu, mula mula kakput tak faham. Takkan lah nak manjakan suami sendiri pun tak boleh.
Tapi kakput follow je apa mak cakap, lagi pun both of us kan bekerja. So, kakput sesiap dah buat jadual untuk buat kerja rumah. Nampak macam kelakar kan ? But its really help masa awal perkahwinan.
Dari hari pertama kahwin sampai sekarang, ( sekarang dah tak ada jadual, sebab kami da auto function ) kami akan bekerjasama dalam semua hal termasuk kerja rumah dan urus anak.
Ramai juga yang tanya, macam mana seketul hakim tu pandai jaga anak dan uruskan anak bila kakput pergi kelas.
Hmmm jangan tak tahu, Hakim lagi bijak uruskan anak. Dia ada sense yang anak dia tak sihat dan tak okay. Itu kelebihan dia. Masa kakput dalam pantang pun dia ambil cuti untuk urus kakput dan baby.
Kakput pula bab bab urus rumah, masak semua. Tapi kami tetap lakukan semua bersama.
Contoh situasi :
1. kakput masak, dia akan kemas dapur dan cuci semua alat masak.
2. Kakput cuci kain dan jemur, dia akan lipat.
3. Kakput cuci toilet rumah, dia akan mop 1 rumah.
4. Kakput kemas bilik, dia akan cari kerja contohnya dia akan kemas rumah tamu.
5. Kakput malas masak, dia akan pergi beli makanan ?
So dalam rumah tangga ni, masing masing kena mainkan peranan. Tak ada istilah one man show. Tak ada istilah semua ni tanggungjawab isteri. kalau ikut islam, yang perlu sediakan makan dan minum tu suami. Isteri ni bidadari tauuu. Tapi masyarakt kita da terbiasa isteri tu kena buat semua.
Memang sweet kalau awal perkahwinan tu, kita tak bagi suami basuh sebiji mangkuk pun. Tapi bila anak da berderet. Suami dok main hp kat depan sambil berdekah tengok maharaja lawak sedangkan awak tengah berjuang dengan kerja rumah dan anak anak.
Isteri dah jadi selekeh sebab tak sempat nak bersiap sibuk dengan kejar anak anak. Suami pulak pandang sebelah mata je hal macam ni. Jangannnn… macam mana penampilan isteri itu mempengaruhi macam mana awak layan dia. Sebab tu ada isteri Makin cantik lepas kahwin, ada yang tidak.
Naluri seorang isteri akan mula rasa semua ni tak adil. Akan mula marah marah dan memberontak. Yang suami pula dah terbiasa dimanjakan.
Yang suami pun kena faham, lagi lagi isteri yang sama sama cari nafkah. Kami perlukan rehat juga. Perlukan me time untuk longgarkan tulang tulang kami. Alah me time tu cukuplah sekadar dapat rest sejam dua dalam bilik sambil scroll apa nak beli tanpa gangguan anak anak.
Dan banyak penceraian berlaku sebab hal sebegini. Mula mula rasa sweet memanjakan, lama lama naik muak sebab suami da mula naik kepala taknak tolong apa apa. Masih belum terlambat untuk ajar suami bab bab ni. Mulakan dengan yang kecil. Mint tolong mandikan anak dulu. Minta tolong vacum rumah dulu. Pelan pelan kayuh. Supaya nanti tak jadi kebiasaan. Bertoleransi dalam rumah tangga. Itu kan tanggungjawab bersama.
Arwah abah lelaki yang sangat hebat, tu yang meninggal pun dalam keadaan husnul khotimah. Senyumm je. Abah suami dan abah yang sangat bertoleransi. Rajin tolong mak , dan baik dengan anak anak. I miss him ~
Leff,
Kakput ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun sekolah sudah dibuka, kita pun perlu meneruskan hidup seperti biasa tetapi ibu bapa jangan lupa untuk pastikan anak-anak untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam endemik COVID-19.
Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga perlu tahu tanggungjawab sendiri selepas anak-anak pulang ke sekolah. Jom semak apa yang perlu dibuat dari ke sekolah hingga balik. Semoga kita semua terhindar dari wabak ini, insyaAllah.
Jom ketahui checklist anak masuk sekolah yang penting untuk disediakan!
Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda.
Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.
Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:
Sekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield).
Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.
Amalkan penjarakan selamat di sekolah
Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.
Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit.
Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?
Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.
Bekalan semasa rehat
Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.
Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.
Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!
Penting untuk memastikan tangan sentiasa bersih
Didik anak untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, ini terutamanya sebelum dan selepas makan atau selepas membetulkan pelitup muka.
Ajari mereka teknik mencuci tangan yang terbaik – membasahkan tangan dengan air terlebih dahulu, pam dispenser sabun. Kemudian gosok tangan, termasuk di antara celahan jari selama 15-20 saat. Akhir sekali, bilas tangan dengan air sebelum dikeringkan.
Namun sekiranya anak tidak mempunyai akses kepada air terutamanya jika mereka makan di kelas sewaktu rehat, gunakan hand sanitizer.
Jadi, jangan lupa bekalkan sekali gel pembersih tangan untuk anak ya?
Pesan juga kepada anak untuk mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulutnya.
Duduk rumah jika tidak sihat
Sekiranya anak tampak tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19, sebaiknya biarkan mereka berehat di rumah. Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah:
-Demam
-Hidung tersumbat atau hidung berair
-Batuk
-Sakit tekak
-Sesak nafas
-Keletihan
-Sakit kepala
-Sakit otot
-Loya atau muntah
-Cirit-birit
-Kurang selera makan
-Kehilangan rasa atau bau
-Sakit perut
-Mata merah
Sekiranya keadaan anak membimbangkan, bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.
Rutin pulang ke rumah
Langkah pertama yang perlu dijadikan sebagai rutin harian apabila pulang dari sekolah adalah untuk meminta anak mencuci tangan.
Sebagai ibu bapa, anda tidak dapat mengawal apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Jadi penting untuk memastikan anak mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah.
Rutin lain yang boleh dibuat apabila anak balik ke rumah adalah untuk melakukan prosedur disinfeksi barangan sekolah anak seperti beg galas dan bekalan sekolah lain seperti bekas makanan dan minuman.
Lakukan juga prosedur tersebut untuk barangan harian sekolah seperti alatan menulis kerana ada kemungkinan mereka mungkin berkongsi item dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa untuk menambah bekalan pelitup muka anak sekali, okay?
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.