Kucing adalah haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai. Ramai yang mengetahui kelebihan pelihara haiwan ini dari sudut psikologi, kesihatan.
Dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing yang mempunyai pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.
Selain itu, sikap si bulus itu sendiri yang manja dan suka dibelai menyebabkan peminat haiwan ini menjadikannya sebagai peneman di rumah.
Dalam pada itu, si bulus juga seperti kita juga kadang kala kesihatannya turut terganggu seperti mendapay selesema.
Selain mendapatkan rawatan di klinik veterinar berhampiran, merawat kucing selesema mengunakan bahan alami seperti kunyit.
Sebagaimana perkongsian ini.
Ads
Setelah 2 malam bersin sebab selsema. Mama dapatkan petua dari kawan, last tumbang tanpa ada kekuatan.
Menurut Nor Zaimah Rahman Ramlan menggunakan kunyit hidup untuk mengurangkan selesema kucing kesayangannya. Hasilnya berkesan.
Ads
GUNA KUNYIT HIDUP
BAWANG PUTIH
Ads
Dalam pada itu ada yang berkongsi petua menggunakan bawang putih untuk melegakan selesema si bulus
Mana ada wanita yang mahukan seorang doktor lelaki untuk menyambut kelahiran anaknya. Malu! Itu perkataan yang menterjemahkan segala-galanya. Kalau boleh hendak dielakkan.
Isu doktor lelaki menyambut kelahiran anak sekaligus melihat aurat wanita lain bukanlah isu biasa yang harus diperkatakan. Namun masih ramai daripada kita yang keliru berkenaan isu ini. Tak kurang juga yang masih was-was walaupun ketika sudah berada di bilik bersalin.
Atas keprihatinan dan beberapa berkenaan kemusykilan ini, Mufti Wilayah Perseketuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri terpanggil untuk berkongsi ilmu ini di twitternya. Ini yang harus wanita tahu.
Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?
Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hajah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-fasdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam…dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat…
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.
“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin darapada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127).
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram, boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: …
“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ? (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.
Sumber: Dr.Zulkifli Al Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!
Limau kasturi ni memang sedap di buat minuman. Selain itu juga digunakan sebagai bahan masakan.
Namun agak-agak ada tak yang tanam pokok limau kasturi tapi tak menjadi! Tentu frust kan.
Selain membeli buah ni di pasar, ada juga dikalangan kita suka berkebun. Namun masalahnya, rosakd dan tidak subur.
Nak tahu rahsia pastikan pokok limau kasturi lebat, jom ikuti perkongsian ini.
Tip berbuah lebat sepanjang tahun
Tak rugi tanam limau kasturi. Berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ye. Makin berisi makin menunduk Banyak dah petik buat makan, basuh ikan, gugur overipe pun ade. Ni dia keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.
Cara penyediaan: Oleh sebab ramai tanya pasal baja yakult ni saya share ye.
Baja Yakult
Senang je. Sebotol yakult+2 bj telur. Peram seminggu. Air:b.yakult , 5: 1 lebih kurang. Sembur awl pagi @lewt ptg.Bole google cara buat detail.
Cara saya jaga pokok ikut sempat. Kadang baja sebulan sekali, siram air beras@air basihan ikan. Sembur baja yakult. Tu je . Yang lain berserah pada Allah rezekikan. Ulat mkn daun, kelopak bunga saya anggap sedekah tuk depa.
Lagi satu cuka kayu. Boleh campur sembur sekali pakej dgn baja yakult. Kawan2 y dah cuba lepas ni kalau berkesan, lepas ni boleh share ye. Sama2 kita kongsi ilmu bermanfaat,
Jus tembikai tanpa air tular selepas konsep 100% isi buah segar diperkenalkan. Peniaga asal berlapang dada apabila idea ditiru dan anggap ia soal rezeki.