Selepas lama menanti akhirnya peminat dapat melihat wajah Tuah Alam, anak kesayangan hero Malaya, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof.
Si comel Tuah Alam yang muncul buat pertama kali menerusi program Oh Baby Remy!: Tuah Oh Tuah itu semalam sudah tentunya mendapat perhatian ramai. Memang comel.
Berkongsi perkembangan terkini, Tuah Alam yang dilahirkan pada 27 Julai lalu kini sudah pun berusia empat bulan.
Tidak hanya muncul di kaca televisyen bahkan Remy tampil berkongsi wajah Tuah menerusi Instagramnya dengan meninggalkan kapsyen cukup manis.
Berikutan kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID 19 beberapa hari lalu, pengesanan kontak rapat kini sedang giat dijalankan KKM.
Salah seorangnya termasuklah peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kelas Agama dan fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan 1442/2020, Maryam Solehah Noor Hisham, 8, turut diminta menjalani saringan.
Menurut bapanya, Noor Hisham, beliau telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Seremban semalam dan diminta membawa Maryam ke Klinik Kesihatan Senawang untuk membuat saringan.
“Saya dan isteri sudah bersedia sebenarnya bila kami tengok di Facebook Jabatan Kemajuan Islam(Jakim) ada gambar Maryam bercakap dengan Datuk Zulkifli.
“Petang semalam lebih kurang jam 3.45 petang, saya dihubungi Pejabat Kesihatan minta bawa Maryam buat saringan dan kami akur dengan arahan,” katanya yang tinggal di Taman Marida.
Tambahnya, sehingga kini keadaan kesihatan Maryam baik sahaja dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Sebagai langkah keselamatan, beliau sekeluarga mengambil pendekatan untuk kuarantin diri di rumah sehinggalah keputusan saringan Maryam diperoleh.
“Saya tunggulah arahan seterusnya. Buat masa ini saya dan isteri diberi kebenaran oleh pentadbiran sekolah untuk bekerja dari rumah.
“Anak-anak pun saya tidak hantar ke sekolah termasuk Maryam melainkan anak sulung saya yang kini berada di asrama,” tambah beliau.
Dr Zulkifli ada membuat perkongsian di Twitter milik, beliau dan adik Maryam sempat bertemu dan bersapa di majlis tersebut.
Saya sempat berbual dengan peserta termuda, anakanda Maryam Solehah, 8 tahun yang mewakili Negeri Sembilan. pic.twitter.com/RmNj8yS15b
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.
Namun, pernah tak kita sedar setiap kali tibanya Syawal, pasti kedengaran beberapa dialog daripada ibu bapa kepada anak-anak kecil mereka seperti:
“Pergi salam makcik tu, minta duit raya”
“Cakap kat pakcik nak duit merah, bukan duit hijau”
“Tanya makcik tu, mana duit raya?”
Malah ada juga anak-anak yang tanpa segan berkata:
“Pakcik, ayah saya cakap kalau pakcik baik, mesti pakcik bagi lagi duit raya”
Walhal, kanak-kanak tersebut dan adik-beradiknya sudah pun menerima duit raya sehari sebelumnya. Para ibu bapa, pernah tak anda alami situasi seperti ini?
Walaupun kadang-kadang kita anggap ia hanya sekadar gurauan, namun sebagai ibu bapa, seharusnya timbul rasa malu dan tidak menggalakkan anak untuk meminta-minta duit raya.
Berikut adalah beberapa perkara penting untuk kita renungkan sebagai ibu bapa:
Kita tidak tahu keadaan kewangan seseorang. Mungkin mereka sedang berjimat demi keperluan penting lain. Bertemu dengan anak yang diajar meminta duit raya boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau tekanan kepada mereka.
Kita sebagai orang dewasa pun tidak pernah diajar oleh ibu bapa kita untuk meminta duit daripada orang lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya menjaga tatasusila. Maka, janganlah kita pula didik anak dengan cara sebaliknya.
Mungkin kita berada dalam keadaan ekonomi yang stabil dengan gaji yang selesa. Namun, tidak semua orang mempunyai nasib yang sama. Setiap orang diuji dengan rezeki dalam bentuk yang berbeza-beza.
Gaji yang besar tidak semestinya menunjukkan seseorang itu mempunyai banyak wang. Ada yang mempunyai tanggungan besar dan komitmen kewangan tinggi. Jadi, jangan sesuka hati anggap mereka mampu beri lebih.
Zaman sekarang menuntut kita berjimat dalam pelbagai aspek. Jika duit raya anak anda termasuk dalam perkara yang perlu dikurangkan, terimalah dengan hati yang redha. Tak perlu mengidamkan jumlah yang besar atau warna tertentu.
Ajarlah anak-anak supaya tidak membuka sampul duit raya di hadapan orang ramai dan tidak memberi reaksi negatif terhadap amaun yang diterima. Hormatilah niat baik orang yang memberi.
Ibu bapa tidak sepatutnya mengeluh atau mengkritik jumlah yang diterima anak-anak. Ini boleh menanam sikap tidak menghargai dan tamak dalam diri mereka sejak kecil.
Apa pun jumlah yang anak anda dapat, anggaplah itu sebagai rezeki mereka. Tak perlu meminta lebih, dan jangan jadikan semua itu bahan jenaka. Bersyukur dan terus bersyukur. Hari Raya adalah waktu menggembirakan, saat untuk mengeratkan silaturahim. Janganlah rosakkan kemeriahan ini dengan sikap yang tidak wajar.
Ingatlah, didikan hari ini akan membentuk perlakuan anak-anak di masa akan datang. Jika tahun ini kita mula mengajar adab yang baik, InsyaAllah tahun depan mereka akan terus mengamalkannya.
Semoga amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan semoga kedatangan Syawal membawa kebahagiaan yang penuh bermakna.
Ada ketikanya kita selalu mengeluh rezeki tak cukup. Lihat kawan-kawan hidup gembira, nak beli itu ini tiada masalah mula lah hati mengeluh kenapa tidak mampu seperti mereka. Hati mula berbolak balik, bergaduh dengan pasangan, menyalahkan takdir dan sebagainya. Sedangkan kekurangan yang ada dalam diri sendiri langsung tidak disemak.
Ya memang tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah rezeki. Namun, kita lupa setiap apa yang kita peroleh itu datangnya dari Dia. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya baik sikit mahupun banyak.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar menerusi tulisannya di facebook baru-baru ini.
Bila kita perasan rezeki kita seperti tak cukup, semak balik diri kita tentang 2 perkara ini;
1. Sembahyang kita.
Apakah sembahyang kita cukup kita jaga? Waktu sembahyang kita bagaimana? Di awal waktu, tengah atau selalu di hujung?
Atau mungkin kadang tinggalkan sahaja sebab sibuk urusan kerja.
Sedangkan sembahyang ini hubungan secara terus kita dengan Allah yang memberi rezeki. Kerja kita cuma alat untuk kita berusaha.
2. Semak tentang zakat pendapatan.
Ramai yang merasakan hal zakat pendapatan ini untuk yang kaya sahaja. Ada kereta besar dan rumah besar.
“Saya ni kereta kecil, rumah pun sewa je. Rasanya tak kena bayar zakat.”
Ambil mudah begini yang jadi isu.
“Tuan dah pernah semak dan buat pengiraan di pejabat zakat?”
Selalunya mesti jawab tak pernah pergi pun. Cubalah pergi buat kiraan. Kalau tak banyak pun, sikit setakat berapa ringgit, rupanya ada bahagian pendapatan kita yang masih kena zakat.
Ingat, selepas kita keluarkan zakat Allah akan sucikan harta kita. Dan Allah akan tambahkan keberkatan dalam harta dan pendapatan kita.
Maka, nanti perasaan tak cukup itu akan hilang. Kerana apa?
Kerana yang memberi kecukupan atas segala isi dunia ini adalah Allah.
Percayalah.
Firdaus Mokhtar, Sama-sama koreksi diri semul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.