Air tangan ibu mampu ikat kasih sayang keluarga. Tentu para ibu dan isteri sentiasa akan didorong untuk memasak agar dapat memberi kasih sayang dan membahagiakan keluarga.
Salah satunya memasak hidangan yang lazat untuk dihidangkan kepada keluarga menjamu selera.
Ia termasuk resipi membuat kuih. Tentu ada yang suka memilih resipi yang mudah. Melalui perkongsian yang dipaparkan oleh Zarina Ahmad Chin yang berkongsi cara membuat kuih kaswi. Katanya resipinya itu juga diperolehi daripada sebuah perkongsian di laman Masak Apa Hari Ini. Kepada penggemar kuih ini, boleh cuba cara puan ini.
Ads
KUIH KASWI PANDAN
Kuih kaswi@kasui pandan kategori menggediksss.
(100% guna air daun pandan. Tiada pewarna)
Bahan-bahan 2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg ubi
1 cwn gula(sy kurangkn sikit sbb manis. Sukatan dlm 3/4cwn gula)
1 cwn air daun pandan
4 cwn air
Garam
Sedikit kapur makan(saya guna 1sudu plastik kfc)
Ads
Cara penyediaan
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau bagi sebati. Sebelum tu sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Sebelum itu masak air hingga mendidih. Bila air dh mendidih brulh di kukus. Kukus hingga masak (lebih kurang 40min)…cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya.
Ads
Dah siap!
Selamat menjamu selera.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang lahir 90-an dan ke bawah mesti pernah ada memori keluar dari sekolah beratur beli sengkuang calit depan sekolah, kan? Dapat pula sengkuang yang sejuk, lagi best!
Sejak-sejak tinggal sekolah, dah lama tak makan. Rindu pula jadinya! Apa kata kita buat sendiri je sosnya tu. Nak tak? Tak payah risau, mudah saja resipinya ikut cara Yatie Eimra ni. Boleh la nanti sambil makan dengan keluarga, ceritakan semula kisah-kisah zaman sekolah mak ayah waktu dulu-dulu. Mesti mereka suka!
Sengkuang Calit Sos Merah + Asam Boi
Tempoh hari encik suami request sengkuang calit sos merah macam zaman dulu².. Sekarang ni kan kebanyakkan resipi gunakan resipi kuah rojak, bukan sos merah.. Jujurnya saya ni takdelah suka sangat sengkuang calit. Zaman sekolah dulu saya hanya beli & makan sengkuang calit sos merah ni, kalau ditambah serbuk asam boi atas sengkuang tu (sebab makcik kantin jual sebelah² dengan jambu batu😆).
Since saya memang peminat asam boi, resipi sos merah ni saya ubah sikit gunakan asam boi😆. Kalau gunakan serbuk asam boi lagi sedap, tapi sebab takde, saya guna bahan yang ade kat rumah jer.. Pada saya, memang lagi syok la makan sebab masukkan terus asam boi dalam adunan sos tu. Makan dengan jambu batu pun rase mabeles sebab dah cukup masam, masin, manis & pedasnya😊. Sebenarnya resipi asal gunakan pes asam jawa. So sesiapa yang nak buat versi ori, gunakan jela asam jawa yer. Nak buat sos merah ni senang jer, cuma 5 jer bahan utama..
Bahan-bahannya :-
1 peket taucu (40gm)
2 sudu makan gula merah (kalau suka manis, boleh tambah 1 sudu makan gula pasir lagi)
1 sudu makan bijan ATAU minyak bijan (saya guna bijan hitam sebab tu jer yang ade😆)
2-3 sudu makan cili giling (ikut kepedasan yag korang suka)
200 ml air (1 cawan)
1 sudu makan tepung jagung dilarutkan dengan air sikit (optional)
1 sudu makan serbuk asam boi ATAU 3 biji asam boi (jika suka)
Hiasan:
Kacang tanah disangai & ditumbuk
Cara-caranya :-
1) Blend semua bahan kecuali bijan hingga lumat. Ketepikan.
2) Goreng bijan dengan sesudu minyak masak hingga kekuningan (Jika guna minyak bijan, boleh skip langkah ni). *Saya tak blend. Saya lenyek taucu dalam tapis jer.
P/s: Kalau takde serbuk asam boi, kena parut. Boleh jugak potong sikit isinya sebelum blend.
3) Masak bahan kisar & campuran minyak+bijan tadi dalam secawan air dengan api perlahan.
4) Setelah cili masak, barulah masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga pekat sikit.
(kalau gunakan cili kisar homemade yang pekat, tak perlu tambah tepung jagung pun takpe
Bila dah sejuk, sos akan bertambah pekat
Sedap dimakan dengan sengkuang mahupun jambu batu. Sos merah yang dah siap boleh dapat 2½ bekas plastik kecik tu (bergantung gak banyak mane cili yang korang guna).
Bila nak makan, taburkan kacang & serbuk asam boi lagi ummphh.. (yang ni saya parutkan asam boi jer kat bahagian atas & tabur gula pasir halus sikit untuk imbangi rasa masam & masin asam boi)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penangan bulan puasa kali ini memang dasyat betul. Semakin banyak resipi menarik dan kreatif telah dikongsikan oleh masyarakat Malaysia. Spicy orange chicken, menu yang menggunakan buah oren ini kelihatan sangat sedap. Rasanya yang mempunyai kombinasi pedas dan manis ini memang sesuai dimakan oleh warga emas dan kanak-kanak.
Resipi yang dikongsikan oleh @imannrashidd ini amat mudah kerana menggunakan ayam segera sahaja. Tambahnya lagi, buah oren yang digunakan dalam harus cari yang manis dan menu ini juga menggunakan madu sebagai pengganti gula.
Menarik bukan? Tak kenal maka tak cinta. Jadi, jika anda mahukan kelainan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Spicy Orange Chicken
Bahan-bahan:
Ayam segera
3 biji oren
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
1 sudu kicap
1 sudu sos cili
Minyak bijan
Madu
Bancuhan tepung jagung
Cara Penyediaan:
– Perahkan 3 biji oren ke dalam mangkuk.
– Tumiskan 3 ulas bawang putih yang sudah dicincang bersama 3 tangkai cili kering yang dipotong. Kemudian, masukkan air oren yang telah diperah tadi.
– Masukkan sedikit parutan kulit buah oren.
– Masukkan 1 sudu kicap, 1 sudu sos cili, sedikit minyak bijan, madu secukup rasa dan sedikit bancuhan tepung jagung.
– Kemudian masukkan ayam, gaulkan sehingga rata dan taburkan sedikit bijan. Siap dihidang.
Rajin memasak di dapur itu tidak salah. Namun kadangkala kealpaan kita sewaktu memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun,jangan bimbang dan gusar, kami kongsikan petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
1. Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
2. Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
3. Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
4. Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
5. Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
6. Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di