Menambah koleksi resipi biskut untuk persiapan di hari raya ini,ada baiknya sediakan resipi yang menjadi kegemaran keluarga. Antaranya resipi Cornflake Crunchy bersama choclate chips yang enak ini. Ranggup dan bercoklat, pasti rasanya tidak mengecewakan.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
Ads
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Ads
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Ads
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba
Bercakap tentang bab packing barang untuk beraya di kampung, biasanya ibu-ibulah yang paling sibuk. Boleh kata bukan hanya perlu menguruskan pakaian raya yang perlu di bawa balik untuk seisi keluarga, malah keperluan-keperluan lain juga perlu diberi tumpuan.
Jika anak tak ramai, mungkin mudah sedikit kerjanya. Tapi cuba bayangkan jika ada 5 orang anak. Fuhhh! penuh bonet kereta dibuatnya. Dan bukan perkara yang pelik, pasti akan ada benda, barang hatta baju raya pun boleh tertinggal dek kerana terlalu sibuknya ibu-ibu ni.
Mengelakkan semua ini terjadi, sebenarnya ada cara genius yang boleh dipraktikkan. Jom semak!
1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..
Tip:simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).
2) Lipat dan gulung baju dalam beg
Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang.
Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan.
3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil
Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak.
Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg.
Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..
Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar).
Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan?
4) Simpan pencukur dengan selamat
Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi. Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun.
5) Balut barangan berkaca dengan kain
Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)
6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat
Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar.
Labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.
7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan
Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.
Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.
8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja
Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar.
Tip : ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.
Orang dulu-dulu memang banyak petuanya, dan salah satu yang biasa juga kita kaum wanita amalkan hingga ke hari ini adalah dalam hal makan sup ikan haruan untuk pulihkan luka bersalin.
Umumnya, tidak ramai pula mengetahui ada cara tertentu yang perlu dilakukan untuk pastikan sup ikan haruan yang dimakan benar-benar memberi manfaat untuk ibu-ibu selepas bersalin.
Menjelaskan hal ini, pengamal perubatan alternatif Ustaz Md Rosdi Hasan berkongsi di akaun fbnya untuk info bersama. Jom semak.
BAB IKAN HARUAN UNTUK ISTERI YANG BERSALIN, TETAPI RAMAI YANG TERSILAP CARA PENYEDIAANNYA..
Alhamdulillah Abang Di (Rosdi)…… dapat juga ikan haruan untuk bini Lan…
Kata seorang sahabat yang terbayang kegembiraan di wajahnya bila ikan haruan telah berjaya di tangkap oleh saya dengan menggunakan serkap di bendang tadi, untuk isterinya yang baru bersalin anak pertama pagi tadi…
“Nanti balik saya nak buat sup nak bagi bini saya makan supaya dia cepat sembuh” kata Lan sambil membantu saya memegang serkap supaya saya dapat memegang ikan haruan untuk di masukkan ke dalam guni beras cap rambutan yang di bawanya…
“Cukuplah Lan dua ekor kita dapat ikan nie!! Hari dah nak maghrib jom kita balik” kata saya pada Lan..
“Ok abang Di nanti ajar saya cara bagaimana untuk buat sup ikan haruan ye abang” kata Lan dengan penuh gembira.
“Yelah nanti abang ajarkan dekat Lan” sambil tersenyum saya melihat wajah Lan, maklumlah baru jadi seorang ayah, tentu ingin buat yang terbaik kepada keluarganya..
Kami pun pulang dengan baju yang di penuhi lumpur tanah bendang sambil melihat keindahan alam kejadian Tuhan, maghrib semakin hampir kami pun bergegas pulang kerumah untuk menunaikan solat maghrib dan mengajar Lan bagai mana cara menyediakan sup pati ikan haruan….
Untuk pengetahuan semua hari ini ramai orang tidak tahu dan salah dalam penyediaan sup ikan haruan untuk isteri bersalin.
Sebenarnya kalau kita hendak menyediakan sup ikan haruan untuk isteri bersalin atau luka, kita harus mengikut panduan cara orang-orang tua terdahulu barulah ikan haruan itu menjadi ubat kepada isteri bersalin…
Caranya mudah sahaja, samasa ikan haruan di potong, jangan basuh ikan haruan dengan apa-apa jenis asam dan tidak dibenarkan membuang lendir pada kulit ikan haruan tersebut, cukup sekadar membuang darah dan isi perut ikan haruan sahaja, basuh perut ikan dan cuci darah yang terdapat pada perut ikan haruan sehingga bersih barulah di jadikan sup.
Kerana lendir itulah penawar untuk merawat luka sebenarnya, lendir yang terdapat pada badan ikan haruan mempunyai asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka, selain itu juga ia mempunyai glisin merupakan komponen kolagen untuk kulit.
Jikalau kita membuang lendir ikan haruan maka tiada maknanya di namakan sup ikan haruan untuk isteri bersalin, kerana tiada penawar penyembuhan untuk merawat luka lagi.
Hari ini sebenarnya ramai yang tidak tahu pekara ini.
Bila bercakap tentang petua memasak, nyata begitu banyak untuk disenaraikan. Terasa rugi pula jika tidak diwariskan kepada anak-anak kita.
Umpamanya petua untuk mendapatkan hasil gorengan ikan yang tidak melekat di kuali. Meskipun sekadar menggoreng ikan, percayalah kalau tidak kena gayanya ikan yang digoreng akan melekat pada kuali dan itu akan memberi kesan pada tekstur masakan kelihatan tidak menarik.
Jadi ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan oleh Ameera ini untuk pastikan ikan digoreng bukan sahaja teksturnya cantik sempurna malah rasanya juga enak.
Langkah 1 : Panaskan minyak untuk menggoreng ikan.
Langkah 2 : Masukkan 5-6 keping asam keping ke dalam minyak panas tersebut.
Langkah 3 : Kemudian masukkan ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit.
Langkah 4 : Goreng seperti biasa dan hasilnya ikan tidak melekat di kuali dan rasanya enak, tidak hanyir.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.