Bilamana cuaca panas begini, tekak kita tentu mahukan sesuatu minuman yang enak dan menyegarkan, sebagai penghilang dahaga.
Andai dapat diteguk, air laicikang alangkah bagusnya. Bukan sahaja melegakan malah ramuan di dalam air tersebut seperti barli, kurma, fungus putih, gula batu dan beberapa bahan lain cukup bagus untuk menyejukkan badan.
Jadi apa kata kali ini kita sediakan sendiri air istimewa ini kepada anak beranak di rumah. Sebelum itu, ketahui dulu resipi penyediaannya yang dikongsikan oleh saudari Wan Ashikin, jom semak.
Penyejuk tekak ..laicikang. Buat sendiri baru puas hati. Boleh letak macam-macam.
Bahan-bahan:
Biji selasih ( rendam )
Buah kembang semangkuk ( rendam dengan air panas )
Barli ( rebus )
Fungus putih ( rebus )
Buah kurma merah ( rebus letak gula / gula
batu dan daun pandan )
Ads
Buah longan kering ( rendam dengan air panas )
Cincau
Kacang tanah panggang
Kismis
Buah kabung
Biji Sagu
Buah laici ( dalam tin )
Halwa kundur
Buah pala ( kering ) tapi saya tak letak sebab
anak-anak tak suka buah pala
Agar-agar kosong ( merah / hijau ) tapi hari tak sempat buat.
Ais
Ads
* Air rebusan buah kurma merah dah manis macam air gula. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi. Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.
Lumrah manusia kan, suka memilih, Betul tak? Nak-nak lagi dalam satu ‘benda’ ni. Kalau salah pilih, mau tak berapa jalan nak makan. Apa lagi kalau bukan isi ayam. Hehehe.
Yang boleh bedal semua benda, bagus la makan tak memilih. Kena yang memilih, garu kepala mak-mak kat rumah nak masak apa isi ayam bila anak-anak memilih!
Haa tak payah garu kepala sangat lah mak! Dari membeku je isi ayam dalam peti tu, jom la rajinkan diri sikit buat nuget tempura homemade resepi dari Rosmirah Yussof ni… Mudah je caranya. Yang mana konon memilih tak makan isi tu, makan nuget ni confirm diorang lah yang paling laju makan nanti. Jom cuba!
NUGET TEMPURA HOMEMADE
Bahan-bahannya :-
2 keping dada ayam dipotong dadu
1ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu tepung ubi
1sudu perencah daging lada hitam maggie
Sedikit daun sup
Sebiji telur ayam
Lobak.
Tepung bestari
* Kalau xde perencah daging lada hitam maggie boleh digantikan dengan serbuk lada hitam,sedikit garam dan serbuk perasa(jika suka)
Cara-caranya :-
1. Ayam dipotong kecik supaya mudah masa blender
2. Campurkan semua bahan kecuali tepung bestari ke dalam blender.Guna blender kering.Kalau xde tumbuk guna lesung pun boleh.. lagi terasa ayamnya.
3. Bahan yang siap diblender
4. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ratakan bahan yang dibender ke dalam loyang
5. Kukus selama 15 minit
6. Siap kukus.Boleh potong atau cetak ikut kretiviti masing2
7. Dah siap dipotong dan dicetak menggunakan cetak kuih
8. Bancuh tepung bestari dengan sedikit air.Bancuh cair macam buat tepung goreng pisang.Tak perlu tambah garam sebab tepung tu dah masin.
9. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak dan kekuningan
10. Siap untuk dihidang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan hidangan tumisan sayur atau bahan perapan akan terasa lebih enak seandainya menggunakan sos tiram sebagai pelengkap rasa.
Umumnya, sos tiram ini begitu mudah untuk dibeli di pasaran.
Pun begitu melalui perkongsian puan Rosmanita Fsi, siapa sangka sudah setahun dia tidak membeli sos ini.
Sebabnya, lain tidak bukan kerana dia lebih selesa menyediakan sendiri sos tiram dengan resipi tersendiri yang lebih enak dan sihat untuk keluarganya.
Jadi buat anda yang ingin mencuba sos tiram homemade ini, jom ketahui bahan-bahan yang digunakan olehnya.
Dah bertahun tak beli sos tiram jadi masak apapun malas guna sos tiram. Hihi. Kalau mai rajin skit baru buat sos tiram homemade. Sama lah macam sos lain. Bila mai rajin baru buat homemade
Petang ni nak buat chicken chop untuk berbuka jadi kebetulan ada kulit udang kita buat lah sos tiram. Jimat duit dan Insya Allah lebih sihat. Apapun ikut tekak masing2 lah ye. Pada akk ini dah cukup dengan selera akk
Resepi Sos Tiram Homemade
Bahan-bahan :-
1 1/2 Cawan Air Kulit Udang(Boleh guna air rebusan apapun makanan laut cth tiram, kerang, dll)
2 sudu kecil Garam Pink Himalaya(Boleh guna garam bukit)
3-4 sudu besar Air Gula Melaka/Merah/Kabung/Nise pekat
1 sudu besar Air/Jus Lemon
1 1/2 sudu besar Tepung Ubi
Kayu(Bancuh dengan sedikit air. Nak tambah lagi pun boleh ikut kepekatan yang disukai)
1/2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam(Ini pilihan. Taknak letak pun boleh)
Cara-cara :-
1. Air kulit udang itu adalah hasil daripada kulit udang yang telah dibilas dan dimasak dalam periuk bersama air.
2. Sukatan air adalah sama paras dengan kulit udang yang ada. Masak hingga air itu mendidih dan toskan air kulit udang itu.
3. Untuk membuat sos kita boleh terus masak selepas tos air kulit udang.
4. Sebatikan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api sederhana sampai sos likat/pekat.
5. Sejukkan sos dan boleh simpan dalam botol kaca untuk lebih tahan dalam 1-2 minggu di petisejuk.
** Ketahanan bergantung pd banyak keadaan. Cara pengendalian masakan kita, suhu petiais, bahan2 dan persekitaran semua pun boleh jadi sebab lama mana tahan sos homemade kita.
Tiada pengawet jadi logik lah tidak akan tahan selama yg kita harapkan Insya Allah mudah2an pilihan lebih sihat
sumber : Rosmanita Fsi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dilihat menu mak-mak kita dulu, biasanya akan memasak menggunakan bahan-bahan asas yang berada di sekeliling mereka sahaja. Oleh sebab itu, orang Melayu yang tinggal di kampung menanam pelbagai tumbuhan seperti lengkuas, serai, halia dan sebagainya.
Apa yang lebih menariknya, walaupun makanan yang dimasak ringkas dan menggunakan bahan-bahan biasa-biasa sahaja, namun bila dimakan memang luar biasa sedapnya. Jika dari awalnya tidak berselera boleh makan bertambah dibuatnya.
Contohnya dengan menu yang satu ini, Sambal Lengkuas. Mungkin tidak semua mengetahui keenakan rasa hidangan ini dan difahamkan hanya orang Kedah yang tahu dan biasa menikmati hidangan tersebut.
Ini sebagaimana dikongsikan olah seorang wanita ini di facebook di dalam group masakan. Nyata ramai orang utara mengakui keenakan rasa sambal tersebut dan membuatkan ramai teruja untuk mencuba rasa.
Untuk anda yang juga teringin merasai sendiri keenakan rasa hidangan ini, bolehlah mencuba untuk membuatnya. Bahan-bahan yang digunakan cukup mudah didapati dan ringkas sahaja penyediaannya.
Sambal Lengkuas
Kebanyakan orang Kedah mesti tau Sambal Lengkuas kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam. Tapi saya suka makan dengan nasi kosong atau ratah pun sedap.
Resipi diajar oleh ibu mertua orang Baling,Kedah.
Bahan-bahan:
Lengkuas muda – 2 penumbuk
Serai – 15 batang
Cili padi – 30 biji (kalau x suka pedas boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh. Ikut selera)
Belacan – besar ibu jari dan kalau nak lebih pun boleh
Kerisik – 4 sudu besar (nak lebih pun lagi sedap)
Garam secukup rasa
Limau kasturi – 5 biji diperah nak airnye je ye. Perah lepas semua sudah tumbuk
Cara-cara:
1.Tumbuk lumat semua bahan kecuali kerisik dan campurkan.
2. Kami simpan dalam fridge. Kalau nak makan baru amik sikit campurkan dengan kerisik.
Tips:
kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Dia jadi macam serunding la.
Meninjau di ruangan komen, nyata ramai mengakui keenakan sambal lengkuas ini dan mereka kongsikan sambil mengimbau kenangan. Antaranya komen Fazida Ida: Klau sy dalam pantang mak akan buat bnyk2…boleh mkn dengan nasi panas.
Keenakan menu ini turut diakui oleh Fadilah Nawawi, tuisnya : sedap..arwah nenek dulu org baling…sambal ni wajib buat kalau bulan puasa..sekarang tok dgn mak boleh buat..lg sedap campur ikn masin yg di bakar…mkn dgn ni saja pun dah sedap
Begitu juga Noreen Ismail melihat menu yang dikongsikan ini terus dia mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya. Tulisnya : Sdapny..Ingt zaman kecik² dlu…ada sambal ni x pa dh la…mkn dgn ikn goreng ja
Saufiah Ismail pula menulis di ruangan komen : Sedap ni…dulu kalau arwah mak kami buat untuk nasi ulam..kami ambil sikit dulu buat makan dengan nasi panas2 lawan dengan ikan gelama masam…fuh cayaq ayaq liuq woo