Semakin usia meningkat, perubahan kulit wajah makin ketara. Kulit mula terasa kering dan berjelaga, kusam dan tak bermaya. Bintik-bintik hitam juga tanpa kita sedar makin banyak mula bertapak di kulit muka.
Mungkin boleh disorokkan dengan solekan tebal namun apabila tanpa solekan, wajah kembali jelas. Adakalanya buat kita rasa rendah diri di depan suami.
Jeragat dan bintik hitam adalah lumrah biasa. Malah kata pakar kecantikan ia sebenarnya berpunca daripada perubahan hormon. Buntu memilih produk untuk memulihkannya, ada cara tradisional yang boleh dilakukan untuk memudarkan bintik ini.
Halia antara salah satu bahan yang bertindak memulihkan bintik hitam ini. Caranya amat mudah. Hanya tiga bahan yang diperlukan iaitu halia segar, cuka dan madu.
Ads
Hilangkan Bintik Hitam Dengan Masker Halia
Caranya:
Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2. Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
Ads
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
Ads
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: How
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan pakaian, artis Ardell Aryana yang juga isteri kepada Nadzmi Adhwa membuka pusat laser bulu yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas.
Perniagaan berkenaan diusahakannya bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng. Ia merupakan cawangan ketiga dibuka selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley.
“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.
“Biarpun jarak usia kami dekat, tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.
“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Begitulah sebaliknya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini. Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini,” kata Ardell yang memberitahu perniagaan berkenaan tercetus kerana dia sendiri melihat kepekaan dirinya dalam menjaga kebersihan.
“Cuma pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya. Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan. Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.
“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat,” katanya.
Menurutnya lagi, sebagai wanita soal kebersihan diri perlu diutamakan.
“Ada bahagian tertentu contohnya seperti Miss V perlu dirapi dan dikemaskan. Contohnya kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami.
“Begitu juga di bahagian ketiak dan lain lain lagi. Tambahan pula dengan buat laser tanggal bulu ini ia tidak menyakitkan berbanding waxing.
Sementara itu, Dr Por pula berkata premis perniagaan mereka lebih memberi keutamaan kepada pelanggan wanita.
“Tapi untuk golongan lelaki juga kami sediakan untuk merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang. Untuk wanita, kita tawarkan untuk seluruh badan.
“Kami sendiri mempunyai therapist di kalangan wanita. Jadi kami sendiri mahu melindungi mereka dan mengelak daripada perkara yang tak diingini,” kata Dr Por.
Hairy Mary menggunakan teknologi THOR light laser yang berasas dari Korea, di mana ia menggabungkan sistem penyejukan yang mengurangkan kesakitan atau rasa tak selesa semasa rawatan dan sistem penyampaian yang lebih baik daripada IPL untuk ketepatan yang lebih tinggi supaya menghasilkan keberkesanan maksimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang melahirkan anak keduanya pada Mei lalu kini dilihat kembali langsing malah sudah pun turun 11kg.
Rupanya ibu kepada dua cahaya mata ini melalui challenge berjalan di rumah selama tiga bulan, sebaik lepas habis pantang.
Tambah Uyaina menerusi perkongsiannya di Instagram, sejak melakukan senaman itu dia kini sudah pun hilang 11kg malah badannya lebih terasa ringan untuk melakukan pelbagai aktiviti.
“Those yang follow Uyaina di igs tahu lah. I buat gerakan #SudahJalanKaBelum untuk lose my post-partum weight.
“So I started walking on my walking pad exactly 3 months ago right after habis pantang. Berat I masa bersalin was nearly 77kg! The heaviest I’ve ever been!
“And now, 3 months later, I’ve lost a total of 11 kilos. It’s just me and my walking pad. I cuba jalan setiap hari for one hour with the speed of 4, 4.5 or 5,” katanya berkongsi.
Malah menurut Uyaina lagi, dia pada mulanya melakukan aktiviti berjalan di atas pad senaman itu sekitar 40 minit sahaja namun kini sudah mula menambah kepada satu jam demi untuk mencapai misinya menurunkan berat badan.
Biarpun sudah turut 11kg namun kata Uyaina dia masih mensasarkan lagi sembilan kilogram untuk mengembalikan berat asalnya sebelum hamil.
“Mula-mula tu I boleh buat speed 3 or 3.5 je. Jalan pun 40 minit je. Lama-lama makin laju and sejam rasa sekejap je.
“The changes yang I rasa? BANYAK. I feel lighter. My water retention is gone. My stamina is stronger. My skin is improving. Muka I makin kecil. Selulit makin hilang.
“Inch loss I sebenarnya banyak walaupun mungkin in terms of kg takdelah banyak sangat yang turun. And I dah boleh pakai my old skinny jeans! This made me sooo emotional.
“Now I still have 9 more kilos to lose to get back badan I masa anak dara dulu. Wish me luck,” tulisnya.
Bahkan pengacara cantik manis ini juga turut menasihati ibu-ibu baru melahirkan anak yang berjuang untuk mengembalikan bentuk badan agar tidak patah semangat untuk kekal sihat.
“To everyone yang sedang cuba untuk turunkan berat badan, I just want you to know that it is going to be difficult and slow. Memang ada banyak jalan pintas, but don’t. It’s not worth it. Kita bukan sahaja nak kurus, tapi kita nak sihat.
“Pilih exercise apa yang you boleh & suka buat setiap hari. It’s very important for you to MOVE YOUR BODY. Just move your body. Dan incorporate the exercise into your lifestyle. Instead of rasa terbeban or malas nak exercise, korang akan rasa bersalah & tak best kalau tak exercise. Trust me.
“Jangan patah semangat. Teruskan. We can do this. So.. Untuk harini, Sudah Jalan Ka Belum?,” tulisnya lagi.
Terdahulu Uyaina selamat melahirkan bayi keduanya pada Mei lalu yang merupakan seorang cahaya mata lelaki. Uyaina dan suaminya Raya Syahiran turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki.
Apabila melihat wanita lain yang lingkungan usianya lebih kurang sama dengan kita, namun terlihat muda tentu membuatkan kita berasa cemburu.
Apalah agaknya rahsia yang diamalkan olehnya? Kalau boleh, ingin juga kita mencuba petua yang diamalkan.
Maklumlah, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Kalau boleh biarlah tanda-tanda penuaan dapat dilewatkan sebelum waktunya.
Menyedari hal tersebut, buat anda yang tercari-cari petua awet muda elok kiranya mengamalkan minum air susu yang dicampur dengan bawang putih.
Ini sebagaimana yang diamalkan oleh wanita ini dan disini turut dikongsikan cara penyediaannya. Jom semak.
Ini perkongsiannya.
Sebab ramai yang tanya petua awet muda kan. Orang la kata kakak ni awet muda. Kakak redha je
Ni ha.
Amalkan minum susu bawang putih. Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang tu lembut. Guna api perlahan je. Tambah madu atau gula perang sikit. Minum suam-suam. Bawang tu boleh kunyah kalau suka.
Silalah cuba, rasa dia sedap je.
Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan.
Takmolah claim lebih-lebih, nanti jadi overclaim pulak. Cuba dulu, baru tau
EkstraInfo
Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak.
Janganlah guna susu tepung atau susu pekat manis.
.
Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin pagi dan malam pun boleh. Biasanya terbabas jugaklah sehari dua. Tak apa je.
Ustaz Wadi Annuar mengingatkan umat Islam agar tidak mensia-siakan 10 malam terakhir Ramadan kerana di dalamnya terdapat malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.