Cuba Ubi Getuk Untuk Minum Petang. Mudah Lagi Enak. Ha, Ini Resipinya!

Share

Masakan ringkas boleh jadi sangat menyelerakan andai dimasak dengan penuh kasih sayang. Buat ibu-ibu yang buntu menyediakan hidangan minum petang untuk keluarga, boleh cuba resipi Ubi Getuk yang cukup mudah ini.

Dicicah pula dengan coklat, membuatkan anak-anak menjilat jari. Pasti menambat hati seisi keluarga. Jom semak resipi nya

Bahan-bahan

300 grm ubi kayu – direbus hingga lembut

100 grm kelapa parut

50 grm gula pasir

150 grm tepung jagung

Cara penyediaan

  1. Lecekkan ubi hingga halus
  2. Masukkan kelapa parut dan gula
  3. Gaulkan adunan hingga sebati
  4. Bentukkan ianya hingga bulat
  5. Gaulkan besama tepung jagung dan goreng hingga kekuningan.

Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN