Ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu berwarna hitam pada baju yang telah dicuci. Cebisan hitam ini keluar ketika anda basuh baju menggunakan mesin. Jika ini berlaku, bermakna anda perlu mencuci ‘tub’ mesin basuh supaya jadi bersih!
Kotoran ini biasanya lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Caranya juga mudah menggunakan bahan pencuci Ini. Jom ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Mohd Hamizan. Selamat mencuba!
Pagi ni abang nak share cara mudah cuci drum mesin basuh.
Tak perlu lagi korang nak buka drum lepas tu kena sental semua.
Abang pun baru jumpa cara ni. Sebelum ni guna clorox je. Betul-betul ikut manual haha.
Bila tengok ada hitam-hitam yang keluar bila cuci baju, then maksudnya cara tu tak cukup bagus.
Ingatkan nak buka drum tu kemudian sental. Tapi takut jadi macam tikus baiki radio. Maklumlah tangan keras.
Korang boleh beli serbuk dalam gambar first tu. Nama penuh dia Power Max Wash Drum Cleaner. Kat kedai Cosway ada jual. Shopee pun ada.
Jangan PM abang ya. Abang tak jual.
Step-step nak cuci drum guna serbuk ni korang boleh baca di setiap gambar yang abang share.
Digalakkan korang cuci drum mesin basuh ni sebulan sekali. Penting buat benda ni untuk elakkan penyakit berkaitan kulit. Lagi-lagi untuk orang yang kulitnya sensitif macam kanak-kanak.
Ads
Korang boleh cuba ya.
CARA MENCUCI MESIN BASUH
Korang boleh beli serbuk dalam gambar di bawah ni. Nama penuh dia Power Max Wash Drum Cleaner. Kat kedai Cosway ada jual. Shopee pun ada. Jangan PM abang ya. Abang tak jual. Step-step nak cuci drum guna serbuk ni korang boleh baca di setiap gambar yang abang share.
Digalakkan korang cuci drum mesin basuh ni sebulan sekali. Penting buat benda ni untuk elakkan penyakit berkaitan kulit. Lagi-lagi untuk orang yang kulitnya sensitif macam kanak-kanak. Korang boleh cuba ya.
1. Boleh beli kat Shoppe. Harga dalam RM20 tak silap. Jangan lupa claim voucher free shipping dulu.
2. 1 kotak tu ada 4 paket serbuk macam ni. Sekali cuci guna 1 paket je.
Ads
3. Korang pilih option 9: Tub Hygiene. Rasanya semua mesin basuh sekarang ada option tu.
4. Bila air dah paras-paras macam ni, terus tuang serbuk tu.
5. Ni first round cuci. Ada 3 round kesemuanya. Cuma first round je yang korang kena tuang serbuk tu. 2 round lagi tu bilas.
Ads
6. Lepas habis first round, mesin akan stop kejap untuk bagi serbuk tu bertindak dengan kotoran drum tu. Korang tengok je. Takyah tekan-tekan nak bagi stop ke apa. Tu memang setting Tube Hygiene. Masa nilah korang boleh main FB.
7. Tak lama lepas tu korang akan nampak kotoran hitam akan mula timbul. Waktu ni korang akan rasa wow gelinya haha. Dah lama benda tu berkampung.
8. Ni waktu lepas second round. Kadang-kadang dia tak boleh keluar 100% melalui air bilasan. Korang kena alurkan air untuk bantu kotoran tu keluar melalui hos.
9. Nilah rupa kotoran hitam dalam drum yang korang tak nampak. Nampak luar drum bersih berkilat je, sekali dalam.
10. Setiap round korang kena pausekan kejap mesin basuh untuk cuci filter. Kalau tak cuci, filter boleh block dengan kotoran hitam tu. Bila dah siap, abang suggest korang buat normal wash sekali tanpa ada baju untuk betul-betul buang segala kotoran yang masih tertinggal.
Lama tak mendengar khabar pelakon kecil molek ini. Dalam diam-diam rupanya Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri sudahpun memiliki enam cahaya mata.
“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah.
“Memang agak padat jadual dan masa saya singkat. Sebab itu saya tak ambil tawaran berlakon dengan mana-mana penerbit. Tetapi ada juga lakonan saya di bawah terbitan sendiri drama Hero bomba. Akan ada lagi drama terbaru di bawah syarikat saya sendiri.
“Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai.
“Soal tak cukup masa saya tiada masalah kerana boleh uruskan sendiri. Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai dan muka akan letakkan sedikit solekan kerana kadang-kadang ada yang ajak untuk bergambar.
Tak mudah tapi menyeronokkan
Ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.
“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.
“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif. Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak.
Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak.
Tambahnya lagi, dalam kehidupan ini dia selalu fikir dan anggap apa yang dilakukan adalah ingin membuat yang terbaik.
“Selain berlakon, saya juga mempunyai bsines sendiri iaitu shawl selain memiliki produk kecantikan iaitu foundation dan juga serum. Nawaitu saya dalam bidang ini adalah untuk membantu ekonomi kawan-kawan serta orang lain.
“Dalam kehidupan kalau kita mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita. Jadi patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.
“Saya sendiri berkahwin dalam usia 21 tahun, saya sudah bersedia untuk jadi seorang ibu.
Alhamdulillah, dalam usia 36 tahun, saya ada enam anak dan saya bersyukur kerana sejak dulu lagi saya sudah bersedia setiap kali mengandung dan memiliki anak ramai.
Sedari usia 4 tahun, Anne sudah bekerja dan akuinya masa lebih banyak bersama keluarga dibandingkan dengan orang luar.
“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.
Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best
“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama,” ujar Anne lagi sebelum menutup perbualan.
Doa ibu ayah itu tanpa hijab. Itulah yang menjadikan kehidupan seorang anak itu berjaya dan bahagia dalam hidup.
Sentiasalah berbuat baik dengan ibu ayah untuk mendapat berkatnya. Sehebat mana pun kita, doa ibu ayah itu adalah ‘senjata’ utama untuk kehidupan kita.
Begitulah yang dirasai oleh pensyarah di Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Muhamad Syahrul Fitri Zawawi yang mengakui berkat berbuat baik dengan ibu ayah menjadikan perjalanan hidupnya dipermudahkan.
Bayangkan dalam tempoh tiga bulan dia dapat berjaya menyiapkan PhD perubatan. Malah ini memencipta sejarah tersendiri apabila testisnya disiapkan dalam tempoh singkat.
Seterusnya ikuti perkongsian yang sungguh inspirasi ini menerysi fb miliknya, Syahr Musafir.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Bagaimana boleh tulis tesis PhD dalam masa 3 bulan je?” Biar betul siapkan PhD Perubatan dalam masa 3 tahun je… Camne buat?”
“Tesis PhD yang kau tulis dalam masa 3 bulan tu, lulus tanpa pembetulan? Lulus cemerlang pulak tu, macam mana kau study?
“Kau diberi pengiktirafan menjadi pembawa cokmar majlis konvokesyen di Australia, beri ucapan mewakili seluruh graduan. Kau ni hebat sangat ni, guna ilmu apa ni?”
INI TIPNYA
Soalan-soalan sebegini bukan soalan baru saya terima. Acap kali ditanya, dan kebanyakan masa saya akan beri jawapan seperti berikut:
“Jangan tunggu saat akhir untuk tulis tesis. Tetapi tulis bermula ketika hari awal pendaftaran PhD, konsisten hingga ke hari akhir untuk hantar. Rancang penulisan, bla bla bla…”
“Improve penulisan Bahasa Inggeris dari awal… Jangan tulis poin tetapi tulis ayat… Bla bla bla…”
“Milestone tu perlu ikut, proposal, eksperimen, pengumpulan data, analisis, pembentangan di konferens, bla bla bla…”
Dan pelbagai lagi perkongsian pengalaman secara teknikal dan bak kata orang, sebagai inspirasi dan motivasi.
Semuanya benar, saya tak kongsi teori tetapi saya selalu kongsi pengalaman secara kisah benar atau praktikal. Ada ditulis dalam buku Hikayat Budak PhD juga.
Tetapi di sebahagian besar semua itu, ada satu cerita yang saya tak pernah ceritakan. Ini ceritanya……
Saya menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD ketika saya masih belajar pada ijazah sarjana muda (Bachelor degree) di Australia. Saya tak terima tawaran biasiswa Australia, tetapi saya ambil tawaran biasiswa yang diberi kerajaan Malaysia. Sebab apa?
Dua sebab.
Satu, tawaran biasiswa Malaysia berpakejkan jawatan kerjaya tetap di Malaysia selepas tamat pengajian PhD. Kalau biasiswa Australia, tiada jawatan tetap tetapi jawatan kontrak di Australia. Saya tidak pernah merancang untuk terus tinggal di Australia, saya nak balik kerja di Malaysia. Jadi pilihan biasiswa Malaysia menjadi keutamaan saya.
Dua, biasiswa Malaysia datang bersama elaun sara hidup di Australia (saya tak nak sebut berapa ribu Australian dollar setiap bulan) dan juga elaun sara hidup di Malaysia bernilai RM2800 setiap bulan walaupun saya sekeluarga tidak berada di Malaysia. Duit di Australia dapat, duit di Malaysia pun dapat. Berbeza dengan biasiswa Australia, hanya beri duit di Australia sahaja. Mana mungkin saya nak tolak tawaran biasiswa Malaysia….
TAK BERKIRA DENGAN IBU AYAH
Takkan mungkin saya boleh menyambung pengajian tanpa biasiswa, saya bukan orang senang. Huhu.
Dipendekkan cerita, saya mengosongkan komitmen di Malaysia. Tak perlu bayar rumah, atau kereta, atau apa sahaja. Dan total RM2800 saya berikan sepenuhnya kepada ibu bapa saya.
Saya beri bapa saya pegang kad bank saya, ibu saya boleh guna duit elaun Malaysia RM2800 setiap bulan itu secara 100%. Saya buat ni, Lillahi Taala, supaya hidup Umi Abah dan adik saya di Malaysia lebih senang kerana ada duit masuk setiap bulan daripada akaun bank saya…
Jadi 3 tahun bersamaan 36 bulan, saya menyara Umi Abah di Malaysia walaupun saya bersama isteri dan anak-anak berada di Australia, hingga kami pulang ke Malaysia selepas saya tamat pengajian.
Saya di Australia bukan hidup senang lenang pun. Isteri saya Rahimah Ab.Rahman Rahimah AR Zawjah mengambil upah menjaga anak-anak orang lain untjk bantu saya menyara kehidupan.
Saya bekerja sebagai tutor akademik di universiti mengajar para pelajar perubatan di sana, bekerja sebagai cleaner, kerja kuli ‘burn CD’, jual burger di surau, jual burger di tepi jalan, pernah buka gerai di Asian Food Festival jual roti jala kuah kari ayam, jadi laboratory demonstrator di universiti mengajar pelajar ijazah sarjana muda Anatomi, bekerja sebagai penghantar piza sebelum diberikan kepercayaan menjadi pembuat piza, pernah kerja sebagai pemetik buah, dan sebagainya. Macam-macam kerja saya buat, asalkan dapat duit.
36 bulan x RM2800, jumlahnya RM100800. Ada kawan saya, selepas tamat PhD selama 4 tahun, balik Malaysia boleh guna duit tu sebagai modal untuk buka cafe, bukan 1 buah tetapi 2 buah cafe.
Ada kawan saya gunakan duit itu sebagai modal beli kereta mewah. Ada pula yang gunakan duit itu untuk renovate rumah. Yang lain biasanya gunakan untuk bayar komitmen sedia ada di Malaysia seperti bayaran rumah, kereta dan sebagainya, seperti kebiasaan orang berkeluarga. Saya pula berikan 100% kepada ibu bapa, pelik kan saya ni Huhuhu.
Saya sebenarnya tak sedar segala perjalanan PhD saya, walaupun pernah gagal eksperimen, tikus mati, komputer rosak hingga hilang data, dan pelbagai lagi, sebenarnya perjalanan saya sangat mudah.
Saya hilang data setelah menjalankan 7 eksperimen, saya telefon Umi saya, saya beritahu Umi, Umi cakap “Jangan risau, Allah akan bantu…” saya boleh ulang semua eksperimen tanpa saya rasa susah pun. Smooth saja.
Saya menghadiri konferens di beberapa buah negara dengan harapan untuk bawa pulang anugerah pembentangan atau apa sahaja, walaupun Bahasa Inggeris saya biasa-biasa saja ada sesekali saya gagap di pentas, tak sangka dapat anugerah yang bukan nombor 3 atau 2, tetapi tempat pertama. Nampak cemerlang.
Dan apabila perlu hantar tesis, saya sendiri tak percaya saya mampu siapkan penulisan tesis dalam masa 3 bulan 10 hari dalam keadaan berstatus suami kepada isteri saya dan berstatus ayah kepada 2 orang anak kecil, tak tahulah bagaimana magisnya saya telah mampu mencipta kejayaan itu.
Tak cukup dengan itu, dapat awards lagi, jadi mace bearer, beri ucapan di majlis konvokesyen depan ribuan orang, dapat PhD pada usia 27 tahun, bla bla bla… Bagaimana kenangan PhD saya boleh jadi tersangat manis ni?
Setelah tamat pengajian PhD saya sekeluarga pulang ke Malaysia, saya menjaga Umi yang tak sihat. Siang kerja, malam bersengkang mata menemani Umi di wad dan sebagainya.
Dan pernah 1 kali Umi berbicara, “Terima kasih kerana jadi seorang anak yang sangat berbakti kepada Umi Abah dan keluarga, dan maaf kerana Umi sakit terpaksa menyusahkan Abe (panggilan keluarga saya kepada saya) menjaga Umi….”
Saya tak jawab apa-apa, hanya diiringi air mata sahaja.
Selepas Umi dijemput kembali kepada Allah pada Feb 2020, saya diingatkan kembali bahawa segala kemudahan perjalanan pengajian akademik saya bukan disebabkan saya ini bijak,
tetapi barakah bakti terhadap ibu bapa dan keluarga, ini yang sahabat baik saya ungkapkan. Barulah saya sedar, betapa benarnya ungkapan ini.
Jadi tuan-puan semua, banyaaaaak tips untuk berjaya. Buat itu buat ini.
Tetapi malam ini saya nak sebut, jika benar mahu berjaya, berbaktilah kepada ibu bapa dan keluarga, bukan sekadarnya tetapi sehabis kadar, sehabis baik, sehabis daya dan sehabis mampu.
Allah telah membuktikan hakikat bahawa apabila seorang anak berbuat baik kepada ibu bapa, Allah akan memudahkan jalan untuk anak itu capai kejayaan dalam pengajian. Contohnya saya, sebuah kisah benar seorang anak.
Redha ibu bapa, redha Allah. Baiknya Allah kan….
Banyak tips lain untuk berjaya, tetapi malam ini saya terlalu rindukan arwah ibu saya jadi saya kongsi tips yang satu ini. Rindu Umi…….
Kita tidak memaksa tetapi meminta anak melakukan kerja-kerja di rumah sebenarnya sangat banyak kelebihannya. Salah satunya buat anak rajin dan pandai berdikari.
Perkongsian tip ibu ini, Nazia Suhaimi boleh kita contohi untuk mendidik anak di rumah. Bukan sahaja ringan tulang bahkan anak tahu akan tanggungjawab masing-masing. Insprasi!
Masa saya baru kahwin dengan suami saya, saya sangat terkejut bila tengok adik-beradik lelaki sebelah suami semua rajin belaka.
Bahkan mereka orang yang sangat sibuk bila datang waktu kenduri. Itulah yang basuh daging. Itulah yang siang ayam. Itulah yang jaga menyapu. Itulah yang mengemas. Itulah yang kejap-kejap keluar beli ais, sirap, bawang.
Saya tanya suami saya, apa rahsianya? Dia jawab entah. Sebab dari kecik memang semua dah belajar buat kerja rumah. Tak kira lelaki atau perempuan.
Jadi kami pun try cari cara untuk didik anak-anak kami, tak kira lelaki mahupun perempuan, semua sama-sama buat kerja.
1. Kalau kita suruh anak-anak buat kerja. Mereka akan rasa terbeban jika ianya hanya satu arahan. Tak ada cara lain, kita kena sama-sama berkerja dengan mereka. Work together bak kata orang Perthlis.
2. Kadang-kadang anak-anak akan bergaduh berebut kerja yang paling senang. Untuk berlaku adil, hari ni si polan buat ni, esok si polan pulak buat ni. Kalau rajin, bikin jadual.
3. Pejam mata dulu kalau hasilnya tak seperti yang kita mahu. Ketap bibir dari komen menghentam. Kita nak mereka biasakan rutin membantu. Nanti slow-slow tegur cara mengemas yang betul.
4. Beri pujian atas usaha mereka. Of course anak-anak nak rasa dihargai.
5. Last sekali, beri reward atas usaha mereka. Tapi macam saya, ni cara kumpul poin untuk dapat gajet. Contoh, kalau tak capai 60 poin, maka tak dapatlah henpon. 1 poin = 1 minit. Bhahahaha.
Saya tak cakap cara saya betul. Malah saya pun masih belajar jadi seorang ibu.
Cuma bila tengok gambar macam ni, jadi senang hati. Auto perut, limpa, paru, hati semua jadi sejuk.
Mami anak tiga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...