Cucu Bacakan Talkin Di Kuburan Nenek Tanpa Teks, Meruntun Jiwa & Warganet Respect Anak Muda Ni!

Share

Cucu Bacakan Talkin Di Kuburan Nenek Tanpa Teks, Meruntun Jiwa & Warganet Respect Anak Muda Ni!

Tular baru-baru ini berkenaan video seorang anak muda  membacakan talkin tanpa teks semasa pengebumian Allahyarhamah neneknya telah menarik perhatian warganet yang memuji kelebihan lelaki tersebut.

Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok, bacaan talkin lelaki tersebut buat Allahyarhamah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, begitu sayu diucapkan dan turut membuatkan ramai yang sebak dan menyentuh hati.

Dalam video tersebut juga, lelaki itu kelihatan tabah membacakan talkin di sisi ahli keluarga serta saudara terdekat sambil menahan diri daripada mengalirkan air mata.

 

@bewengmarukut77 Dia bukan pergi dia cuma berehat ❤️ kita terpisah sekejap je ni tok nanti jumpa balik nah🙃#fypmalaysia
#templatecapcut #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Detective Wan

 

Anak Muda Yang Hebat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan salam takziah dan ramai yang memuji kebolehan anak muda ini membaca talkin di kuburan neneknya tanpa membaca teks.

Tidak dengan itu, ramai juga yang berkongsi saat sedih bila mengenang kembali saat kehilangan insan tersayang, betapa bukan mudah untuk berdepan dengan ujian tersebut.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN