Cucur Bilis Rasanya Lebih Enak & Lembut Bila Tambah Nasi!

Share

Menikmati sarapan dengan menu cucur bilis mengingatkan kita antara hidangan yang sering dimasak oleh ibu suatu ketika dahulu.Menu ringkas ini memang enak dimakan.

Pun begitu bagi menambah kelembutan adunan cucur bilis yang dimasak, di sini dikongsikan rahsia untuk hasilkannya.  Jom semak.

CUCUR IKAN BILIS NASI LEMBUT AJE.

BAHAN-BAHAN:

Tepung gandum(anggaran 2 cawan)
Nasi yang dikisar(anggaran 1 cawan)
Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
1/2 biji bwg Holland atau bawang besar
Daun bawang,taugeh,kucai,cili merah(agak²)
1 biji telur
Garam,serbuk kunyit,
1 sudu teh baking powder(optional.tak letak pun takpe)
Air sejuk

CARA-CARA:
1.Campur bawang,taugeh,kucai,daun bawang,nasi,telur,ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.pastu tambah tepung dan gaul lagi.letak sedikit air kalau terlalu pekat.letak garam,serbuk kunyit dan baking powder secukupnya.kacau sebati.adunan tak bole cair nanti korang punye cucur leper..mesti pekat mcm dlm gambar tau.

2. Panaskan minyak kemudian ceduk adunan guna jari jemari je senang nak dapat bentuk bulat-bulat..goreng Sampai garing dan angkat.sedia dihidang..
(Biasanya akak bancuh main agak² je.takde sukatan yabg tepat.telebih terkurang tambah je tepung atau air cuma pastikan bancuhan kena pekat)

*Jika tak guna baking powder pun takpe janji adunan pekat.
*Kadang-kadang saya letak marjerin dalam 2 sudu besar dalam adunan.cucur rangup dan lembut di dalam.

sumber : Noriza Jaja

IKLAN