
Menyediakan hidangan tak perlu yang rumit atau dengan kata lain gunakan banyak bahan. Sebaliknya, anda boleh pelbagaikan resipi bergantung kepada bahan yang ada di dapur. Yang penting mudah nak buat dan rasanya yummy.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Rohasliza Amat
Red velvet oreo no bake cheese cake
Resepi lama..
Biskut je perisa baru
maaf ye semua..resepi sama je dgn oreo yg coklat tu..cuma biskut tu je digantikan dgn red velvet
Biskut tu ada jual kat speedmart dan pasaraya..tmpt lain saya x pasti
Resepi nya:
NO BAKE OREO CHEESECAKE..
Bahan-bahan
BASE OREO
1) 1 Bungkus oreo (pack besar) *asing krim putih & biskut dihancurkn
2) 3sb mentega *dicairkan
-sbatikan bahan2 atas & tekan biar mampat.. dah siap, letak dlm fridge & bekukan 15minit..
.CREAM CHEESE
1) 500gm cream cheese (sy guna tartura)
2) 200ml whipping cream (sy guna anchor)
3) krim putih oreo *double boil smpai cair
4) 2sb lemon (optional)
5) 3 sudu besar gula castor
6) 1sb serbuk gelatin + 2sb air masak(kacau sampai kaler jernih/putih)
7) 1/2 bgkus oreo (patah2kan)
Cara membuat:
-putar cream cheese & gula sampai hilang ketul2 & gula hancur
-masuk whiping cream, Krim putih oreo , gelatin & air lemon, putar lagi sampai sebati & nmpak gebus cantik
-letak oreo yg dipatah2 kan dlm adunan cream cheese, kacau kejap
-letak adunan cream cheese atas base oreo yg dibekukan, hias dgn oreo ikot kreativiti then masukkan dlm peti ais(beku( semalaman.
SIAP !! YUMMMMM
#loyang size 6″
Alamak, Semut Ada Dalam Bekas Gula! Tak Perlu Kutip Semut Satu-Satu, Letak Je ‘Bahan’ Ni Selesai Masalah

‘Semut berkawad satu-satu, hoora hoorey!’
Elok je kita letak gula dalam bekas, ehhh sempat pula semut mai datang hurung. Dah tu, boleh pula dia masuk dalam bekas tu tah celah mana tah masuk, padahal bekas dah cukup rapat dah!
Tapi, boleh ke guna lagi gula yang dah dimasuki semut tu?
Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.
Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)
Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.
PETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA
Cara-caranya:
1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)
2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!
Kredit: Ameera
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
“Anak Pandai, Kahwinkan Dengan Pemandu Lori.” Dikutuk Dapat Suami Pemandu Lori, Jawapan Guru Ni Cukup Padu!

Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Tuhan. Sebagai hambaNya kita hanya mampu berserah, pasti ada hikmah disebalik pemberian tersebut.
TuIar dilaman twitter hari ini apabila seorang wanita memuat naik siaran gambar majlis akad nikahnya.
Namun apa yang menarik para netizen, wanita yang menggunakan nama akaun @AzuraOrkid itu adalah seorang cikgu yang mempunya kelulusan degree dan master. Manakala si suaminya, Hafis, adalah pemandu lori.
Katanya, beliau tidak terlepas dari menjadi bahan bualan orang sekeliling yang memandang rendah pilihannya.
I cikgu, suami i pemandu lori. i degree dan master, suami SPM. Hantaran bawah 10k. Orang kampung i kutuk mak abah, “anak pandai, kahwin kan dgn pemandu lori”.
Makcik, tak hina pon kahwin pemandu lori, kita ni hamba yg belum tentu mulia disisi Tuhan.
Menurut beliau, suaminya mempunya lesen lori trailer dan bukan calang-calang syarikat lori yang suaminya bawa.
Iye betul. Suami saya bawa treller gas jenama petron & petronas. Sebelum ni bawa gas BhP.
Sumber: twitter Azura Orkid
Didik Anak Terlebih Nakal, 13 Tip Mendidik Daripada Prof . Madya Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Cabaran terbesar ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, mengenal penciptaNya dan berbakti kepada ibu bapa. Itu sebahagian perkara utama yang wajib mak ayah lakukan.
Namun berdepan dengan kedegilan anak-anak buat mak ayah buntu dalam mendidik. Pelbagai ragam anak-anak mengundang rasa marah mak ayah. Kesabaran pun mulai
tipis. Tips yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini mungkin boleh diamalkan oleh mak ayah. Kita usaha mana yang termampu.
1. Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.