Sempena bulan Muharram, selain berpuasa, masyarakat Muslim juga menghidangkan bubur asyura bagi menyambut kedatangan bulan Muharram. Bubur asyura sering dimasak ketika 10 Muharram sempena memperingati beberapa peristiwa penting dalam sejarah umat Islam seperti hari Nabi Nuh selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi banjir besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan, bubur asyura dikaitkan dengan peristiwa Nabi Nuh selepas diselamatkan daripada banjir besar – maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada dan sehingga kini dinamakan bubur asyura.
Bubur asyura ada pelbagai jenis cara buatannya, hari ni sis nak belanja resipi orang utaqa dari resipi dari Selera Tok kedah , makan sejuk-sejuk sedap oi! jom cuba.
Ads
Resepi Bubur Asyura Kedah
Bahan-bahan:
500g tepung beras
250g gula
250g gula merah
100g kacang kuda
100g kacang hijau
100g kacang merah
100g kacang tanah
10 biji pisang emas
2 tongkol jagung
1 biji keledek
1kg santan
2 liter air
Garam sikit
(Boleh tambah sepotong labu kalau suka)
Ads
Ads
Cara memasak:
1. Rendam semua jenis kacang. Kemudian pergi memancing dulu.
2. Balik memancing rebus kacang sampai empuk.
3. Potong dadu keledek.
4. Bancuh tepung dengan air sampai cair.
5. Panaskan kuali besar. Kawah pun boleh.
6. Masukkan santan, tepung yang dibancuh tadi, gula, gula merah dan keledek.
7. Tunggu keledek empuk sikit. Masukkan semua kacang dan jagung.
8. Kacau dan terus kacau..
9. Bila dah empuk semua akan jadi semakin pekat.. kalau dah pekat tapi belum empuk tambah air sikit..
10. Masukkan pisang emas yang dipotong dadu..
11. Masukkan garam sedikit saja..
12 . Kacau sampai agak kering.
13. Tuang ke dalam talam dan biar sejuk.. baru potong.. siap.. hmmm sedapnyaaaa!!!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masakan Cina mempunyai gaya masakannya yang tersendiri dengan citarasa yang digemari ramai.
Biasanya rasa masakannya tidak terlalu pedas dan dimasak menggunakan cara yang lebih sihat, umpamanya memasak dengan teknik kukus atau rebusan yang tidak menggunakan minyak.
Menu Ikan Bawal Steam Chinese Style yang dikongsikan oleh Raja Azreen ini umpamanya nampak begitu menyelerakan dan boleh lah dijadikan sebagai menu harian.
Ini memandangkan, bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas dan nak tahu detail ini cara penyediaanya.
Bahan-bahan:
Ikan Bawal dibasuh bersih
Halia potong batang mancis
Batang Daun Bawang
Cili Padi
Bawang Putih
*Bahan Sos
Kicap Cair 2 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Minyak Bijan 1 sudu besar
Gula ½ sudu
*Bahan Goreng
Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yang dimayang kemudian curah di atas ikan
*Kukus Ikan bersama Halia dalam 5 minit + Letak bahan Sos + bahan goreng = siap
Trend jualan makanan pada hari ini jika dilihat cukup unik dan hingga ada yang terlalu ‘berani’ membuat kelainan demi untuk menarik perhatian pelanggan.
Umpamanya jika kebiasaannya makanan akan dibungkus dengan plastik makanan akan dilipat kemas atau akan diikat dengan getah namun disebabkan ingin memberi sesuatu yang luar biasa, ada peniaga yang sanggup menggunakan paku!
Disebalik mahukan keunikan pada produk jualan, siapa sangka hal ini telah mengundang bahaya kepada pelanggan apabila salah seorang kanak-kanak terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan apabila imbasan Xtray dilakukan mendapati paku tersebut sudah sampai ke bahagian perut.
Ini seperti mana yang dikongsikan di twitter Public Health Malaysia
..mengeluarkan paku tersebut.
Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing di dalam makanan.
Untuk mencegah kejadian berisiko ini,
❌ Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan paku.
Menurut hantaran tersebut, paku merupakan ‘Food Hazard’ yang tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Guna getah )atau kaedah mengikat lain) tidak mengubah rasa, resepi asal makanan.
Bahkan turut diingatkan kepada pengendali makanan untuk mengelakkan penggunaan paku pada bungkusan makanan. Jangan letak paku di kawasan tempat makanan seperti meja dapur atau tempat yang boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak.
Dan tahukah anda bahawa sebenarnya hal ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Makanan 1983. Oleh itu jika anda menemui peniaga yang masih menggunakan paku untuk membungkus makanan, laporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.
Siapa peminat sambal, perlu cuba kelima-lima sambal yang dikongsikan ini dan seterusnya menjadikan stok wajib ada di rumah. Ini memandangkan sambal ini sangat enak dan tidak dinafikan buat peminat sambal, lagi pedas rasanya bertambah power kenikmatan sambal tersebut.
Pun begitu, jika hari-hari hendak membuat sambal mungkin ada yang menganggapnya leceh. Jadi sebenarnya ada cara dan tip untuk pastikan sambal yang kita sediakan akan kekal elok untuk jangka masa yang panjang.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb Afi AL Habibi yang cukup dikenali dikalangan peminat resipi masakan. Untuk itu, jom kita cuba buat 5 jenis sambal ini dan praktik beberapa tip yang diberikan. Selamat mencuba.
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda * dibakar terlebih dahulu*)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan kismis dan sedikit bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
*atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas*
– 1/4 bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– semangkuk kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– secubit belacan
Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar.
Kacau sesekali.
Masukkan baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal masak dalam api perlaha
Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa.
Cikgu tambah secubit dua perencah Hilal.
Cikgu keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. Makan dengan nasi bungkus ni jadi sangat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.