Menghasilkan cili kisar untuk nampak lebih menarik teksturnya, bukan boleh dibuat sesuka hati tetapi ada tipnya. Istimewanya bila kita menyediakan menu dengan menggunakan cili yang dikisar sempurna akan menjadikan hidangan nampak lebih menarik dan sempurna penyediaannya. Untuk itu, ini dikongsikan tips untuk mendapatkan cili kisar yang halus yang dikongsikan oleh Ya Norma dan bolehlah dipraktikan.
RAHSIA CILI KISAR TAHAN LAMA
“hi,assalamualaikum..ok hari ni saya nak share rahsia cili kisar tahan lama kalau simpan dalam peti ais..tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan. Tips ni saya dapat dari MIL saya..bila saya praktikkan sendiri,memang betul tahan lama..yang penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangat..dan paling best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu jerr..”–Ya Norma
Nampak tak hasilnya? Cili tu macam agar-agar kan bentuk dia? Ok, yang ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam, memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut macam agar-agar..
Folow setiap gambar di bawah step by step:
1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan biji..saya gunting nipis dan serong.
2. Letakkan cili yang digunting tadi ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni. Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.
Ads
3. Kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip. Kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.
4. Rebus sehingga mendidih ya, api dapur sedehana sahaja..sebab nanti kalau api kuat, air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.
5. Biarkan mendidih seketika. Tips saya,saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.
Ads
6. Ok dah selesai tutup api dapur,tapis balik cili tadi tu ke dalam penapis ni balik.
7. Ini penting..kemudian korang basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampaii HILANG warna air basuhan cili tu..ala kalau korang tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah laa..jangan pula korang tunggu sampai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang korang basuh tu cili berwarna merah..dah settle basuh, korang letak dalam belender yer.
p/s : tips basuhan ini penting taw,ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak..tips dari MIL saya juga.
Ads
8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR..dengan kuasa bawang aku menghukum mu..hihihihi masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender,potong-pootng besar dulu yaa..jangan lerr p masukkan seketul besor tu pulak..rosak blender hang sat g.
Ikut suka korang la nak letak bawang holland ke bawang besar biasa,kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis..Kali ni cili kisar saya buat tak banyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar.
9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu..agak-agak paras cili tu sudah la air..nanti bila dah blend sekali bawang, memang jadi likat elok.
10. Taraaaa ini lah hasil blender nya,tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah kat rumah sebab itu lah sikit sahaja..ehehhee..
sumber : Ya Norma via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pertama kali beraya di rumah mentua, rasa teruja dan gementar silih berganti kan. Nak nak lagi kalau keluarga pasangan ramai. Macam mana situasi nak bermesra nanti kan.
Nah, untuk menantu-menantu perempuan, ini tips yang anda perlu ‘alert’ dan ambil tahu. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan keluarga suami pula selepas ini.
1. JANGAN LUPA BUAH TANGAN
Bila balik ke rumah mertua, jangan lupa untuk membeli buah tangan buat mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa adalah tudung, pakaian atau makanan. Kalau beli untuk ibu sendiri tu, jangan lupa untuk beli kepada ibu mertua juga ya.
2. HANYA MEMBANTU DI DAPUR
Pilih satu tempat di dapur, misalnya tugas memotong dan menyiang bahan masakan. Tidak kiralah sehandal mana pun anda memasak, elakkan memasak menu utama hari raya. Ingatlah, itu rumah mertua anda. Sudah puluhan tahun dia memasak untuk hari raya., lebih baik jika air tangannya tidak diganggu.
3. SABAR DALAM APA JUA SITUASI TERUTAMANYA PANAS
Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.
4. ILMU FESYEN KENA ADA
Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.
5. CARI TUGAS MUDAH
Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.
6. BANGUN AWAL
Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.
7. MENANGKAN IBU MERTUA
Anda dan ibu mertua mahu ke rumah berlainan pada hari raya? Apa yang anda perlu lakukan? Beralah sahaja. Hari raya mungkin satu-satu masa yang ibu mertua anda ada dengan anak lelakinya. Janganlah bermasam muka kerana ini akan menjadikan suami anda serba salah dan mewujudkan suasana keruh dengan mertua.
8. ELAKKAN MERUNGUT
Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.
9. BERBUAL DAN BERI PERHATIAN
Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian. Sekali-sekala, anda perlu juga untuk ambil hati beliau kan?
Sumber: Siraplimau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rindu yang paling menyakitkan adalah merindui insan yang tak akan kembali. Pergi yang takkan kembali, ibarat separuh jiwa turut dibawa bersama. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak pergi dahulu, dalam sekelip mata tanpa sebarang petanda mahupun sakit.
Bagi pelakon, Fauziah Nawi yang baru kehilangan anak lelakinya baru-baru ini bagaimanapun bersyukur kehadiran arwah anak, Pitt Haniff selama 43 tahun dalam kehidupannya. Jelasnya lagi, arwag adalah seorang anak yang baik terhadap ibunya.
“Alhamdulillah. Syukur kerana meminjamkan Allahyarham Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif kpd ku ibunya ya Allah. Hari ni hari ke5 @pitthanif tinggalkan mama.
“Pitt anak yg baik tak pernah meninggikan suara dan tak pernah mempertahankan diri Pitt biar apa pun mama ckp. Mama redha Pitt. Cuma satu mama nk ckp Pitt mmg berpakat dgn arwah baba tinggalkan mama.tak pe Pitt. Mama redha. #MogaAllahmemberiEhsanNyabuatPittdanbaba
Tentu Pitt ingat kenapa mama pilih nama Pitt Firdaus..kerana taman syurga…mama selalu ingatkan nama pitt taman syurga … Titin…Fateha kerana surah kemestian dlm solat kita…Mama panggil Pitt Fir tapi Pitt tetap nak Pitt bukan Fir. Tenanglah disana wahai anakanda buah hati mama Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif aka @pitthanif
Bagi pasangan Dato Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Shahida, kedua-duanya memiliki karekter berbeza namun dek kerana saling memahami membuatkan rumah tangga yang dibina sejak 12 tahun lalu kekal sehingga sekarang.
Melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile, sang suami sendiri turut mengakui hal tersebut. Jujur mengakui antara mereka sangat kontra, namun dia susah andai tiada isteri di sisi.
Baru-baru ini Datin Seri Shahida memuat naik sekeping gambarnya bersama suami ketika di awal perkenalan.
Lelaki ni bila dah kahwin suka x mengaku dia yg suka kat kita..semua nya kita lah yg mengorat dia.
“Ni bukti @aliffsyukriterlajaklaris yg mengorat saya sebab saya nampak gambar ni dlm bilik dia waktu tu kita orang kawan2 je??…
“Dah terbukti siapa yg mengorat siapa!! jgn x mengaku…admire dalam diam nampak,” kongsi Datin Seri Shahida dikapsyennya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai termasuklah suaminya sendiri. Apa yang melucukan, Dato’ Sri Aliff Syukri turut meninggalkan komen di ruangan berkenaan.
“aliffsyukriterlajaklaris Minta tolong delete jangan memalukan suami sendiri please-please.” tulis Aliff.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi peminat mereka. Rata-rata mendoakan kebahagian buat pasangan ini.
Tak kurang yang mengatakan pasangan ini sememangnya mempunyai jodoh yang kuat kerana memiliki wajah muka yang hampir sama.
Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.