“Cute Nya. Dari mana Ni?” Nyanyian Anak Tomok Dapat Perhatian Raja Permaisuri Agong, Pelawa Masuk Mengadap

Share

Gelagat anak-anak kepada penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, yang menyanyikan lagu sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah begitu comel dan menghiburkan.

Pada mulanya, isteri Tomok, Siti Rahayu Abas memuat naik video dua cahaya matanya itu menyanyi di laman Twitter.

Siapa sangka, gelagat dua kanak-kanak itu mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkongsian terbabit mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong yang memuji anak-anak mereka.

“Cute nya. Dari mana ni?” titah Raja Permaisuri Agong.

Seorang pengguna Twitter membalas dan menjelaskan yang dua orang kanak-kanak comel itu merupakan anak kepada Tomok.

“Kuala Lumpur rasanya, Tuanku. Anak kepada penyanyi Tomok,” balas pengguna Twitter yang bernama @SoldatenV.

Menariknya, Raja Permaisuri Agong membalas ciapan terbabit serta memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menjemput anak-anak comel itu ke istana.

Dalam pada itu, Tomok juga berkongsi paparan skrin tweet Raja Permaisuri Agong di laman Instagram miliknya.

“Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke Istana Negara,” tulis Tomok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan berita terbabit dan berharap agar anak-anak Tomok berpeluang untuk bertentang mata dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

ctsharina Wah.. Rezeki anak2..alhamdulillah ❤️❤️❤️

qaseh_suehana Alhamdulillah..rezeki anak2..

delldeylla Wahh. Beruntungnya Arrian dan Andra😍

hot_n_cold44 Pure kasihnya dgn rakyat..

munirahaayuni Nanti andra boleh nyanyi saya raja yang gembira..hoora hooray..❤️❤️❤️

eyka_mrj sesungguhnya tuanku x gurau… dapat jemputan terhormat tu…😍😍😍 rezeki rock star junior hehehe

Sumber: Astro Gempak

IKLAN