“Cutenya, Jeling Macam Nak Makan Ayah. Garang Tapi Comel.” Reaksi Anak Tomok Tak Dibenar Main Handphone Bikin Terhibur!

Share

Kanak-kanak dengan gajet tak dapat dipisahkan, tak kira waktu pasti tak lepas dari pegangan terutama sekali handphone.

Apatah lagi jika ibu bapa sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi gajet menjadi benda penting untuk elak anak ganggu atau tak mahu anak bosan sendirian.

Tetapi ada juga ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak terlalu asyik dengan gajet. Sehinggakan waktu makan pun tetap nak ada gajet ditangan.

Sepertimana yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon Tomok. Dalam satu video pendek berdurasi 58 saat, kelihatan anak perempuannya, Khadijah atau mesra dipanggil Dadija tengah ‘ merajuk’ dek kerana tidak dibenarkan bermain handphone ketika makan.

Walaupun kedengaran suara ibunya seperti mahu memberi handphone, namun Tomok tidak mengizinkan menyebabkan Dadiija terus memberi jelingan tajam. Cukup lucu dan terhibur melihat gelagat anak perempuan Tomok ini.

acheykintangkintung Dasyat jelingan
yanasamsudin Alololooo gigirl .. merajuk pun comellllllll 😍
danishasuraya23 Hahahahah garang mcm dibuu @ayu_abas renungan tu hahah . Ready bang @tomokofficial
yuss_nieta Takut2 gak ngan Ayah nya.. Tp tang mata x leh tahan.. Takut Acik tgk jelingan Dadija..😂😂
hadilah_sabari 😂😂😂😂😂 dadijaaa… kemain menjeling….garang eaaa….tp omellll…jgn la wt muka cengituuu…😂😂😂😂
moke_and_nate Alahai… Mcm2 ragam anak2 kita ye.. Kalau anak kita kena marah dia teros berdiri tegak FROZEN tk bergerak langsung! 🤣🤣🤣🤣
IKLAN