Pernah tak, rasa tak sempat nak habiskan kerja di pejabat, nak tak tak kena juga bawa balik dan sambung buat di rumah?
Haaa…. Awas ye! Jangan menafikan hak diri anda sendiri untuk bercuti. Nak tahu kenapa? Jom tengok perkongsian dari Dr Muhammad Wa’iz ni!
Tuntutan pekerjaan menyebabkan ramai pekerja tidak sedar mereka telah mengorbankan cuti hujung minggu dengan bekerja.
Kajian ada mendapati, cuti 2 hari setiap minggu sangat membantu mengurangkan kadar ketidakhadiran pekerja dan meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja.
Persoalannya, adakah memenuhi tuntutan pekerjaan itu lebih penting daripada meluangkan masa berehat selama 2 hari seminggu? Tepuk dada tanya diri!
Kerja hujung minggu buatkan anda berisiko mendapat kemurungan
Walaupun cuti hujung minggu telah lama dilaksanakan dalam kebanyakan sektor pekerjaan, namun masih ada daripada kalangan kita yang membuat keputusan untuk terus bekerja walaupun pada cuti hujung minggu.
Ini bermakna, mereka tidak mendapat sebarang manfaat daripada pengenalan cuti 2 hari pada hujung minggu tersebut.
Ads
Apa yang lebih buruk, kebanyakan daripada mereka yang membuat keputusan untuk kerja hujung minggu tidak sedar apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang.
Mereka sebenarnya sedang memperjudikan kesejahteraan mental yang mereka miliki. Apakah ia?
Satu kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati, mereka yang terus bekerja pada hujung minggu lebih cenderung atau berisiko untuk mengalami kemurungan pada masa akan datang.
Daripada data kajian tersebut, didapati bahawa golongan wanita yang bekerja pada hujung minggu mempunyai simptom-simptom kemurungan yang lebih tinggi berbanding wanita yang hanya bekerja pada hari bekerja sahaja.
Kajian tersebut turut menyatakan, majikan perlulah menyedari bahawa kerja lebih masa dan pada waktu hujung minggu sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental pekerja mereka.
Ads
Kerja lebih masa sangat tidak bagus kepada kesihatan mental manusia
Seorang penyelidik di Lancaster University menyatakan, kerja lebih masa sememangnya amat memberi kesan secara negatif ke atas mental manusia.
Ini termasuklah kurangnya aktiviti sosial, masa untuk kehidupan peribadi dan juga waktu rehat yang sememangnya diperlukan oleh tubuh manusia itu sendiri.
Apatah lagi bagi mereka yang telah berkeluarga, mereka sepatutnya menyeimbangkan masa mereka juga untuk memenuhi tanggungjawab terhadap urusan rumah tangga.
Apa yang boleh anda lakukan sebagai pekerja untuk mengurangkan risiko kemurungan?
Sebagai seorang pekerja yang hanya makan gaji, kita mungkin tidak mampu mengubah waktu kerja atau mengubah apa yang telah diaturkan kepada kita.
Ads
Namun, ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko daripada mendapat kemurungan.
Antaranya ialah:
Berehat beberapa ketika pada waktu bekerja
Memberikan prioriti atau keutamaan kepada tugasan kerja
Belajar untuk menyatakan ‘tidak’ jika anda rasa anda tidak mampu lagi untuk menanggung beban kerja tambahan
Bekerja dari rumah jika terdapat fleksibiliti seperti itu dalam sektor pekerjaan anda
Bersikap terbuka untuk menceritakan masalah anda kepada ahli keluarga dan rakan yang dipercayai
Gunakan masa cuti anda sebaiknya dengan tidak memikirkan soal kerja
Berhenti melakukan kerja apabila waktu kerja anda sudah tamat dan jangan bawa pulang beban kerja di rumah
Manfaatkan masa bersama keluarga dan rakan pada luar waktu kerja
Komitmen tugas kerja itu bagus, tetapi anda juga punya kehidupan untuk dinikmati
Memberikan komitmen yang terbaik kepada pekerjaan itu sememangnya satu nilai yang dicari ramai majikan.
Namun, anda juga perlu sedar bahawa anda bukanlah dibayar untuk bekerja 24 jam, 7 hari seminggu.
Anda juga perlu menikmati waktu di luar masa kerja dengan melakukan aktiviti lain yang digemari bersama keluarga atau rakan.
Untuk majikan pula, sudah tiba masanya untuk berubah daripada budaya bekerja yang tidak realistik dengan ganjaran yang rendah kepada budaya yang lebih menghargai dan menyokong para pekerja anda.
Hargailah segala usaha pekerja anda dan berikan sokongan untuk mereka menjalani kehidupan yang memelihara kesejahteraan mental.
Bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, hari ini pelakon jelita Mira FIlzah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamanya di Bangi pagi tadi.
Bakal melangsungkan perkahwinan dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid, Mira berkata dia tidak mengadakan majlis berinai kerana tidak digalakkan keluarganya dan ia digantikan dengan majlis khatam al-Quran.
“Alhamdulillah, majlis secara sederhana ini berjalan lancar. Ia diadakan atas permintaan keluarga dan kehendak bersama. Keluarga tak menggalakkan membuat majlis berinai. Lagipun majlis khatam al-Quran lebih baik untuk diadakan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan,” katanya.
Dalam masa sama, Mira masih merahsiakan tarikh rasmi majlis pernikahannya dengan Wan Emir yang dijangka akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Pada majlis khatam al-Quran yang hanya dihadiri keluarga terdekat itu, Mira mengenakan persalinan jubah berwarna merah jambu.
Menurut Mira, majlis turut diadakan bersama adik bongsunya, Nur Aina Fadhilah yang akan melangsungkan pernikahan esok.
“Majlis ini adalah gabungan saya dan Aina kerana dia bakal melangsungkan pernikahan esok. Jadi kami mengambil peluang untuk adakan majlis ini serentak memandangkan kakak sulung yang menetap di New York dapat pulang ke Malaysia untuk menyaksikan majlis penting kami. Dia juga tidak boleh berada di sini dalam tempoh yang panjang kerana kekangan kerja,” katanya.
Terdahulu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun mendedahkan sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.
Manakala, pada 16 Julai lalu ketika ditemui media, Mira mengakui kini tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai jenis baja berada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai ‘makanan tambahan’ buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.Baja juga boleh dihasilkan sendiri dan menariknya ia cukup mudah didapati dan boleh dilakukan sendiri.
Telur yang telah digunakan, jangan dibuang kulitnya. Ini kerana sisa kulit telur tersebut juga bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai baja organik buat pokok-pokok mahupun tanaman di rumah.
Menerusi perkongsian Norisniyati Abdul Hamid beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik daripada sisa kulit telur yang cukup mudah dilakukan. Apa yang penting ia selamat digunakan lagi menjimatkan, sekaligus mengelakkan pembaziran.
Telur kita makan.. kulit telur bagi pokok pulak makan.. so tiada pembaziran.. 🙂
Bahan-bahan:
Kulit Telur
Cara Membuat:
1.Basuh kulit telur tersebut.
2.Jemur kulit telur pada cahaya matahari.
3.Tumbuk hancur kulit telur tersebut menggunakan lesung batu.
4.Taburkan pada pokok/ tanaman seminggu sekali.
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber:Norisniyati Abdul Hamid (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedekah antara amalan yang membuatkan pahala terus mengalir kepada kita meskipun kita sudah tiada lagi di dunia.
Berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah, memberi orang makan dan banyak lagi. Semuanya boleh jadi ‘pelaburan’ pahala kita untuk saham di akhirat nanti.
Sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof menerusi facebooknya mewarkan bahawa telah membeli sebuah tapak rumah berharga RM200,00 untuk dijadikan rumah mengaji.
Bukan mahu menabik dada tetapi mahu rumah itu diketahui ramai agak ramai yang mendapat manfaat. Katanya, tiada sebarang bayaran dikenakan dan disediakan tenaga pengajar.
Usaha beliau mendapat pujian daripada warganet yang menyifatkan ia sebagai amalan sedekahnya.
Jadilah repair-repair apa yang patut Alhamdulillah rezeki dapat beli rumah ke2. Jarak rumah ini hanya 100 meter dari Rumah Pertama saya. Owner datang jumpa saya katanya nak jual 250k. Saya nego dan dapat beli dengan harga 200k. Keluasan tanah 9000sqft. Di atas tanah ini ada 2 buah rumah. Saya pecahkan rumah pertama ( rumah kayu ) dan jadikan tempat parking. Rumah ini saya jadikan sebagai RUMAH MENGAJI. Sesiapa sahaja boleh datang tak kira lelaki perempuan, tak kira umur. Segalanya PERCUMA. Just datang bawa diri sahaja Ustaz, Ustazah, Iqra’ dan juga Al-quran saya sudah sediakan. So far pelajar yang hadir ada dekat 100 orang, Alhamdulillah. Di rumah ini juga saya buat Ceramah Mingguan. Saya akan jemput Ustaz Jemputan untuk memberi Ceramah selama sejam atau sejam setengah. Atleast setiap minggu saya dan jemaah lain akan duduk di dalam Majlis ilmu ☺️ Semoga rumah ke2 saya ini dapat memberi manfaat kepada semua yang datang belajar di Rumah Mengaji saya. Semoga rumah ini juga menjadi saksi kepada saya di Akhirat kelak Lokasi di Tongkang Yard Alor Setar Kedah.
Lama menyepi daripada berkongsi tentang kehidupan peribadinya, pelakon dan penyanyi, Fattah Amin kini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar terbaharu bersama anak tunggalnya, Fatima.