Daging Lembu Segar Di Kelantan Murah? Rupanya Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu.
Daging lembu segar adalah antara sumber makanan yang agak mahal dijual di pasaran. Lantaran itu ramai yang memilih daging sejuk beku yang dilihat lebih murah berbanding yang segar.
Namun dikatakan harga daging lembu segar berbeza-beza setiap negeri. Sejauh manakah ia benar, tidak diketahui dengan tepat.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bagaimanapun menarik dengan perkongsian facebook, Hello Kelantan yang mendakwa bahawa harga daging segar di negara Kelantan lebih murah berbanding dengan negeri lain. Posting ini mendapat tanda suka hingga 28K serta lebih 800 share.
Sejauh manakah ia benar, ikuti lanjut respon yang dijelaskan oleh beberapa warganet yang mengulas mengenai hal itu.
INI SEBABNYA DAGING LEMBU KELANTAN MURAH
Kenyataan ini telah disokong oleh warganet yang bersetuju harga lembu segar di Kelantan lebih murah. Antara komen adalah seperti berikut.
“Ambo (saya) beli di bachok 32 rial (ringgit) sekilo. Kuala Lumpur 42 rial (ringgit) sekilo.”
“Memang harga lembu di kelantan murah.”
“Kat Kelantan memang kawan tau fresh sebab kawan sendiri duk kebun, kawan ngan geng bela lembu.”
“Ambo (saya) sendiri pun kalau kelik (balik) kelantan akan pagi-pagi naik kereta dari kota bharu ke kampung cari pokcik-pakcik jual daging lembu segar tepi jalan.”
Ads
Gambar sekadar hiasan
Ada yang komen mengatakan daging di negeri lain mahal.
” Kat Johor pun mahal. Harge cekik darah. Yang murah daging import jerr..”
“kat taiping 40 sekilo daging..beli juga laa kalo nak makan..”
Apa yang pasti, harga mahal atau murah tepuk dada tanya selera. Serta ikut bajet juga dalam hal perbelanjaan hariana.
Daikui ramai yang suka makan limau mandarin apatah lagi bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ketika ini, harga yang ditawarkan adalah pelbagai. Ada yang murah dan tidak kurang yang mahal, jadi mudahlah untuk kita sebagai pengguna membuat pilihan.
Bila mudah dan banyak buah limau mandarin boleh didapati, tidak hairanlah kita akan makan buah tersebut lebih banyak dan sekali gus hingga ada yang membawa kepada kesan pada kesihatan.
Kadang-kadang pelik juga kita rasakan, kenapa ada yang lepas makan mula rasa batuk-batuk namun ada orang lain sedikit pun tidak terkesan.
Ini turut menimbulkan tanda tanya, adakah buah limau mandarin yang dimakan itu sebenarnya berkhasiat atau tidak. Mungkinkah penggunaan bahan kimia pengawet yang merbahaya atau apa sebenarnya?
Menjawab persoalan ini dan untuk mengetahui cara bagaimana untuk menikmati buah mandarin jom kita baca perkongsian Dr Fatimah Salim ini.
BENARKAH LIMAU MANDARIN MENGANDUNGI BAHAN KIMIA PENGAWET?
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.
Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bubur sum sum merupakan juadah tradisi yang mempunyai rasa lemak-lemak masin dan manis serta terasa lembut teksturnya bila dimakan. Biasanya ada juga yang menyamakan bubur sum sum ini seperti kuih lompat tikam yang berwarna putih dan hijau. Namun sebenarnya ia berbeza dan mempunyai rasanya yang tersendiri.
Kalau diikutkan bubur sum-sum ini ada ceritanya di dalam masyarakat Jawa. Bubur sum-sum ini sebenarnya menjadi hidangan rasmi bagi mengakhiri kerja-kerja kenduri kahwin untuk dihidang kepada jiran-jiran terdekat yang telah bergotong royong menjayakan majlis perkahwinan.
Jadi mungkin ada yang rindu untuk merasai keenakan rasa bubur sumsum ini, jadi apa kata anda sediakan sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh No Or ini. Bahan-bahannya pun tidaklah susah dan bolehlah dicuba.
BUBUR SUM SUM
Ada yang suka tak? Sedap dimakan sejuk-sejuk. Kombinasi rasa lemak dan manis bila masuk ke mulut, memang ‘heaven’. Di tambah dengan sedikit kerajinan untuk mengacau.
Okey, Jom tengok resepi kat bawah
Bahan-bahan:
4 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara menyediakan
Adun semua bahan, kacau dengan whisks hingga rata.
Kacau adunan dalam periuk. Mula guna api yang kecil. Kemudian baru guna api sederhana hingga adunan pekat. Kacau jangan berhenti sampai lah adunan nampak berkilat & betul-betul dah masak.
3.Bila cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas yang disukai.
Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.
GULA SIRAP
1 cawan gula kabong saiz besar
1/2 cawan gula biasa
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 helai daun pandan
Cara menyediakan :
Panaskan semua bahan, kacau hingga semua gula larut dan mendidih.
Sejukkan. Kemudian tapis ke dalam bekas.
Untuk hidangan :
Tuangkan air gula ke atas bubur sum sum & bolehlah dinikmati.
Kalau raya tak sah rasanya tanpa menyediakan kuih siput buat keluarga. Sedap mengunyah kudap-kudapan sambil menonton televisyen bersama keluarga.
Sedap memang sedap tetapi hendak menggentel adunannya menjadi satu masalah pada kita. Maklumlah proses menggentelnya mengambil masa yang agak lama. Itu kisahnya dengan resipi kuih siput tradisional.
Kalau anda mengelak untuk menggentelkan kuih siput ini ada baiknya anda mencuba resipi kuih siput ala ekspress daripada Nana Ereena ni. Resipinya memang superb. Tak perlulah lagi bersusah payah menggentel sebaliknya ikut sahaja cara yang dikongsikan olehnya.
Tumpang lalu semua, orang lain sibuk buat biskut saya buat kuih siput ekspress ni je.
Bahan-bahan:
Makaroni/spiral/small shell (saya pki ketiga2..tamak kan)
Tepung bestari @ pilihan anda
Daun kari
Black pepper
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
1. Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis.
2. Lalukan di bawah air paip dan cuci bersih.
3. Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari.
4. Kuantitinya agak-agaklah ya. Asal melekat kat makaroni/spiral/small shell tu.
5. Kalau tak lekat tambahkan sikit air. Gaulkan sebati.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dengan daun kari.
7. Angkat dan toskan. Kemudian gaulkan dengan black pepper.
8. Siap.
Kredit: Nana Ereena
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.