Nak masuk bulan ramadan ni, mak-mak kat rumah auto jadi rajin untuk masak hari-hari di rumah termasuklah kuih muih juadah untuk berbuka dan moreh di rumah.
Yang mana pertama kali nak buat karipap tu, dan nakkan kulit karipap yang sentiasa rangup walaupun dah lama goreng, boleh cuba resipi ni! Nak masak inti apa? Terserah anda asalkan kulitnya win! Jom tengok cara-caranya..
Bahan-bahannya :-
– 1 kg tepung gandum,
– Planta 200gram,
– Minyak masak separuh cawan,
– Air sejuk 2cawan, + garam 3sudu teh
– Air kapur 1,sudu
Cara-caranya :-
Ads
1. Panaskan planta bersama minyak masak sehingga betul-betul panas.
2. Kemudian terus tuang ke dalam tepung gandum. Gaul rata semua bahan.
3. Tuangkan air kapur dalam tepung gandum tadi.
Ads
4. Satukan air dan garam, kacau sampai garam larut. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum tadi sampai boleh uli menjadi doh. Jangan tuang semua, sampai boleh canai menjadi bulat sahaja.
5. Siap doh untuk kulit karipap. Leperkan menggunakan kayu, kemudian masuk mesin karipap dan gelek setakat nombor 6 sahaja. (Makin nipis, makin rangup dan sedap)
Ads
6. Hati2 ye masa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sgt2.. tangan mesti betul2 kering . goreng separuh masak..jangan terus simpan mentah mcmni ye..xcantik nanti
Sumber : Azzura Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar udang ketak atau juga dikenali dengan nama udang lipan tentu teruja untuk mengetahui cara atau trik untuk mendapatkan isi udang yang sempurna untuk dimakan.
Ini memandangkan, biasanya jika udang ketak ini digoreng memang kita akan berdepan dengan masalah isinya yang melekat dikulit. Ini sekali gus menjadikan isi udang yang dapat dimakan hanya sedikit sahaja, sedangkan keenakan rasa udang ketak ini terletak pada isinya yang manis.
Hakikatnya, ada cara dan trik yang perlu anda lakukan untuk dapatkan isi yang sempurna. Nak tahu bagaimana, ini perkongsiannya.
Hai gais. Hari ni cikgee nak share tips yang sangat berguna iaitu cara nak dapatkan isi si udang ketak ni seketui ketui tanpa melekat pon isi dia kat kulit!
Ok jap!Korang kenal ker atau pernah dengar tak nama udang ketak atau udang lipan ni? Kat tempat cikgee panggil nama tu. Hihi.
Isi udang ni sedap tau. Selalu kalau orang masak tak buang kulit,jadi bila makan banyak isi yang tak tertanggal dari kulit. Rugis la kan. Hiks😜
Jom cikidot step by step yang sangat mudah
Step 1 : Gunting bahagian sisi kiri dan kanan udang ketak seperti di dalam gambar. Ini bertujuan untuk memudahkan isi dikeluarkan untuk proses seterusnya nanti.
Step 2 : Bersihkan udang seperti ini.
Step 3 : Rendam di dalam ketulan ais selama 2 jam.
Step 4 : Kopek kulit udang ketak dan asingkan.
Step 5 : Beginilah keadaan isi udang yang telah dikopek kulitnya. Puasnya makan dapat isi seketul-seketul macam ni
Kecur air liur rasanya bila sebut laksa, nak nak lagi waktu panas-panas begini. Makan pula dengan ABC perghhh memang terbaik. Bagi orang Utara, tidak sah rasanya kalau Laksa tidak masuk dalam list Wajib makan. Sebab itu, rata-rata orang sana memang pandai buat laksa. Malah, ada yang menjadikan menu hidangan wajib ada di meja setiap kali menjelang raya. Begitu kuat penangan laksa.
Namun, ada juga yang tidak pandai membuat kuah laksa. Ada sahaja rasa yang kurang. Untuk anda yang mencari tip bagaimana mahu sedapkan kuah laksa, kena cuba petua ini. Bukan sahaja kuahnya sedap bahan boleh tahan lama. Bagi yang berniaga, pasti tip ini dapat membantu. Jom semak!
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya. Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di