Ibu bapa memain peranan bukan sahaja sebagai pencari nafkah malah sebagai pelindung juga. Malangnya, ada sesetengah anak yang tidak menerima kasih sayang orang tuanya. Berat hati mendengar apabila anak disakiti oleh mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Dahlia, 19, telah memuat naik beberapa hantaran yang mengejutkan. Dahlia memberitahu dunia bahawa dia adalah salah satu mangsa penderaan rumah tangga.
“Saya telah didera dengan teruk oleh ayah tiri saya semalam. Saya trauma. Dia cekik dan tampar saya. Kemudian, campak saya di lantai dan pijak kepala saya seperti bola. Dia juga tendang badan saya berulang kali. Dia pijak kepala Dahlia banyak kali sambil hentak-hentak guna kaki dia. Mata tu bengkak, lebam dan pecah darah sebab dia jijak guna tumit dia. Sangat kuat. Macam betul-betul nak bagi kepala pecah. Dia tarik rambut dan leher Dahlia. Dia terajang sampai terhantuk pintu. Dia tendang Dahlia sampai terkeluar pintu rumah dan termasuk ke bawah kereta. Dia dah angkat parang nak tetak tapi nasib baik jiran datang dan dia lari masuk rumah tutup pintu” jelas Dahlia.
Menurut The Star (2022), terdapat lebih daripada 600 kes penderaan rumah tangga setiap tahun dan lebih 1000 kes penderaan kanak-kanak tahun ini di Malaysia.
Dahlia juga memuat naik rakaman suaranya ketika berdepan dengan ayah tirinya di balai polis.
“Hangpa tak layak gelar diri mak ayah tahu tak?” luah mangsa tersebut.
Mujur, Dahlia dan ayah kandungnya telah membuat laporan polis di Parit Buntar, Perak. Ayah tiri serta ibunya akan disoal siasat oleh pihak berkenaan.
Mangsa tersebut telah juga memuat naik gambar keadaan mukanya selepas kejadian itu.
Semoga adik Dahlia mendapat keadilan yang patut diterima dan kami dari Keluarga doakan yang terbaik buat Dahlia. Semua orang boleh jadi ibu bapa tapi tidak semua yang layak. Kepada ibu bapa diluar sana, ingatlah, ibu bapa ibarat pelindung kepada anak-anak dan mereka sepatutnya sentiasa rasa selamat ketika bersama anda.
Lumrah dalam keluarga, bila nampak adik beradik lain diberi keutamaan, mula rasa terpencil dan terasa hati rasa seakan ibu ayah pilih kasih antara anak-anak.
Misalnya layanan istimewa diberikan kepada abang kerana dia anak sulung dan paling cemerlang prestasi akademik berbanding adik-beradik lain. Manakala yang lain pula tidaklah sebijak seperti Abang Long tadi. Dan dari situ bermulalah bibit-bibit terasa hati. Atau layanan istimewa misalnya masakan kegemaran Abang Long lebih diutamakan, apa jua kehendak dan permintaannya dipenuhi dan bermacam-macam lagi.
Nak tahu apa hukumnya ibu bapa pilih kasih kepada anak-anak? Jom lihat jawapan dari Ustaz Azhar idrus!
PILIH KASIH ANTARA ANAK-ANAK
SOALAN :
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Penat kaum ibu masak untuk bersahur, berbuka puasa untuk keluarga, pahala menanti. Waktu inilah mak-mak jadi ‘wira’ yang tak disanjung tapi tetap jadi tulang belakang seluruh keluarga.
Bangun awal pagi untuk sediakan sahur, kemudian sambung kerja rumah, urus anak-anak, dan bila petang menjelma, dapur kembali berasap demi menyediakan juadah berbuka. Penat? Mestilah. Tapi kenapa masih kuat? Sebab cinta.
Mak-mak jangan pernah rasa letih walau letih itu ada. Setiap lauk yang dimasak, setiap air tangan yang dicurah, semuanya jadi ‘penyambung rasa’ dalam keluarga. Bukan sekadar kenyang di perut, tapi kenyang di hati. Bila anak-anak senyum sambil suap makanan, bila suami puji “sedapnya lauk hari ni,” itulah ganjaran paling manis buat seorang ibu.
Kadang-kadang ada hari yang badan terlalu lesu. Tapi mak tetap masuk dapur, tetap gagahkan diri sebab tahu, waktu berbuka bukan hanya tentang makanan, tapi tentang kebersamaan. Suasana duduk semeja, doa bersama, senyum dan gelak tawa, semuanya bermula dari air tangan seorang ibu.
Dan mak, ketahuilah, masakanmu tak pernah biasa. Walau hanya telur dadar dan sup kosong, bila dimasak dengan penuh kasih sayang, ianya jadi luar biasa. Tak perlu pun meja penuh lauk. Cukup ada rasa ikhlas, cukup ada cinta.
Mak-mak, jangan pernah rasa kecil bila kerja-kerja ini nampak remeh. Dalam diam, kaulah yang mencipta momen paling berharga setiap Ramadan. Anak-anak akan ingat — bukan sahaja rasa makanan, tapi rasa disayangi.
Jadi, walau penat, walau letih, teruskan dengan senyum. Sebab setiap kali mak masak untuk berbuka, mak sedang bina kenangan indah untuk mereka yang paling mak sayang.
Menurut perkongsian ustaz ini, orang yang paling banyak pahala puasa adalah ini isteri-isteri dan mak-mak kita.
Apa sebabnya?
Sebab mereka ni masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.
Nampak macam biasa-biasa je masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa diorang tu mereka akan dapat.
Pahala puasa suami.
Pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya.
Pahala puasa mertua kalau ‘tersangkut’ rumah mertua.
Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.
Kita ingat makanan yang kita sedekah je kan? Yang tu betul la.
Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak.
Jadi, isteri-isteri dan mak-mak jangan pernah rasa letih untuk masak petang-petang. Sebab pahalanya sangat besar.
Walau masak tak jadi ke. Walau masak tak sedap ke. Itu lain cerita.
Yang penting, masak saja. Lepas tu ada orang makan untuk buka puasa. Dah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan tu.
Hebat… hebat….
Apa lagi kalau masak dengan ikhlas. Masak dengan wajah manis. Masak sambil berzikir. Masak sambil dengar bacaan Al-Quran.
Lagi la bertambah banyak pahalanya tu.
Share ilmu ni kat mak dan isteri kita. Semoga mereka semua bahagia dunia dan akhirat.