Hati hati dengan kesibukan, mencari nafkah itu kewajipan, buat perut si anak yang perlu dikenyangkan, buat pasangan hidup yang perlu dicukupkan
Tapi janganlah sampai, kita larut dalam kesibukan sampai berkerut dahi siang dan malam
hanya fokus pada mencari wang.
Padahal..
Kasih sayang itu juga kewajipan. Perhatian itu juga kewajipan. Masa untuk anak isteri juga suatu keperluan.
Ads
Tanpa itu semua..
Jadilah anak kita anak yang lemah bonding-nya. Jadilah pasangan kita lemah ikatan emosinya.
Sampai suatu masa nanti. Ketika anak mencari sesuatu untuk memenuhi kekosongan hati..
Kawan-kawan lah yang akan memenuhi. Gajet-gajet la yang akan mengisi. Hiburan dan keseronokan duniawi la yang akan mempengaruhi.
Ads
Hingga akhirnya semua itu memenuhi hati. Ikatan hati anak kita yang diabaikan penjaganya sendiri. Ketika itulah bermulanya, KEROSAKAN ANAK YANG KITA CINTAI..
Janganlah cuma salahkan mereka. Lihatlah diri kita. yang mencuaikan perhatian terhadap mereka yang terlalu sibuk dengan pekerjaan kita hingga emosi anak anak menjadi mangsa.
Ads
Taufiq Razif
Jangan sekali kali tukar anak kita dengan pangkat & wang ringgit!
p/s : Ketika kesibukan isteri saya, fikirannya masih pada anak. Ketika kesibukan saya, fikiran saya hanya fokus pada kerja. Sebak! Ya Allah. Mudahkan diriku dan semua ayah di dunia untuk bekerja tanpa melupakan anak anak yang diamanahkan kepada kami semua!
p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di Telegram saya. Ada lebih daripada 120 ribu mak ayah juga kat dalam tu. Klik je sini kalau nak join ?t.me/NotaTaufiqRazif
Tidak mungkin terhitung betapa banyaknya jasa seorang ibu kepada kita. Bukan setakat membesarkan dan mendidik kita sejak kecil, tetapi pengorbanannya sudah bermula sejak kita berada di dalam kandungannya lagi.
Maka sebab ini juga selagi nyawa dikandung badan, kita sebagai anak akan cuba memberi yang terbaik buat ibu yang tersayang. Jika tahap kesihatan seorang ibu diuji dengan kesakitan, sebagai anak akan kita cuba ubati agar ibu tidak terus menanggung derita. Sedaya mampu akan diusahakan walau dengan apa cara sekali pun hatta terpaksa bergolok bergadai untuk membiayai kos perubatan.
Itulah juga apa yang cuba diusahakan oleh Achey ketika ini. Jika sebelum ini diuji dengan kehilangan ayah tercinta pada 19 Mac lalu dan perkembangan terkini, Achey diuji sekali lagi apabila ibunya pula iaitu Ngaisah Hassan mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 20 kilogram.
Menurut laporan di portal Artis Malaysia, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, berkata selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ibunya mengidap penyakit kencing manis selain berdepan dengan masalah dalaman.
Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, terdapat masalah antara saluran hempedu dan pankreas dan kini ibunya dirawat di KPJ Johor Specialist Hospital.
“Dua bulan selepas arwah abah meninggal, dia ada mengalami angin dekat ulu hati dan sejak akhir-akhir ini berat badannya turun mendadak sehingga hampir 20 kilogram.
“Melihat keadaannya itu, saya bawa mak jumpa pakar melakukan pemeriksaan. Tiba-tiba doktor sahkan dia ada kencing manis dan ujian darah pun menunjukkan ada masalah dalaman.
“Bila scan, ada masalah antara saluran hempedu dan saluran pankreas tapi doktor tak dapat nak sahkan. Sekarang mak di KPJ Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya. Sebab di KPJ sahaja ada pakar untuk masalah itu.
“Ini kali pertama mak naik ambulan dan saya pun teman dia sekali. Mak berusia 73 tahun dan sekiranya ada pembedahan besar, ia agak risiko tinggi untuk dirinya,” kata Achey.
Achey menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik foto dia bersama ibunya di sebuah hospital dengan kapsyen dia sanggup menggadaikan hartanya yang ada demi memberikan rawatan terbaik buat ibunya berusia 73 tahun.
Ahli kumpulan Bocey ini yang sudah hampir tiga bulan berada di kampung halamannya Segamat, Johor berasa ralat kerana sudah menggunakan duit simpanan untuk beberapa perniagaan.
“Kita sebagai anak, apa saja harta yang ada kita akan cuba cairkan untuk rawatan dia. Mungkin ini cara untuk kita berbakti untuk dia. Kebetulan saya memang dekat Johor hampir tiga bulan sebab saya uruskan perniagaan.
“Yang agak merungsingkan saya ketika ini adalah duit simpanan saya sudah laburkan sedikit untuk perniagaan. Tapi duit simpanan untuk rawatan sekarang masih ada.
“Memang rasa amat ralat la… kalau saya tahu jadi macam ini, saya akan simpan duit itu. Kalau selepas ini nampak saya post nak jual motosikal ke, get ready la. Saya akan jual untuk perbelanjaan rawatan selanjutnya.
“Kita tak tahu mungkin ujian akan datang selepas kejayaan. Nak buat macam mana, kena reda. Adik-beradik dan isteri juga banyak membantu,” ujarnya.
Melancong bersama keluarga pastinya menjadi pengalaman yang istimewa. Apatah lagi jika berpeluang menjejakkan kaki ke luar negara, dapat kiranya kita anak beranak merasai sendiri keunikan dan keistimewaan sesebuah negara yang dikunjungi.
Menyentuh tentang negara yang memiliki keistimewaan tersendiri dan menarik untuk dijadikan destinasi percutian keluarga, pastinya negara Jepun tidak tertinggal di dalam senarai negara yang harus dilawati.
Malah menurut perkongsian daripada seorang lelaki Melayu yang juga sudah lama tinggal di sana, katanya ada satu tempat di Jepun ini memberi peluang pelancong merasai budaya Jepun dengan PERCUMA! Rugi jika tidak dilawati.
Wow, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan untuk info sepenuhnya, ini perkongsiannya.
TIPS MERASAI BUDAYA JEPUN PERCUMA
* pakai Kimono – PERCUMA
* pakai Yukata – PERCUMA
* belajar kaligraphi Jepun – PERCUMA
* belajar bungkusan Furoshiki – PERCUMA
* kraftangan kertas Jepun – PERCUMA
Tidak sah anda datang ke Jepun tidak memakai pakaian traditional Jepun iaitu:
– Kimono bagi perempuan
– Yukata bagi lelaki
Pihak pelancongan Jepun (JNTO) telah menyediakan segala perkhidmatan di atas secara percuma kepada pelancong. Apa yang korang harus buat adalah hanya pergi sahaja ke pejabat mereka.
Japan National Tourism Organisation (JNTO) terletak lebih kurang 800 meter dari stesen utama Tokyo dan 300 meter dari metro stesen Hibiya. Boleh cuba dengan google maps.
Alamat:
新東京ビル, 3 Chome-3-1 Marunouchi, 千代田区 Chiyoda-ku, Tōkyō-to 100-0005, Japan
Kimono dan Yukata diberi pakai secara percuma dan korang boleh bawak keluar berjalan-jalan seketika dengan pakaian tersebut tidak kurang dari 1 jam.
Jika di Asakusa, sewa bagi pakai kimono dan yukata paling minimum adalah 3000 ¥ bersamaan RM120. Di JNTO ini, mereka mempunyai 27 pasang kimono bagi setiap masa. Tetapi had limit setiap orang datang adalah 10 orang.
JNTO juga menyediakan tour secara percuma kepada pelancong yang ingin ke Emperial Palace iaitu istana kepada Maharaja Japan dimana maharaja masih lagi tidur di situ.
Tips ini hanya untuk pengembara dan pelancong untuk ke Jepun SAHAJA bukan kepada travel agent yang jual pakej untuk jimat.