Tidak dinafikan untuk menjadi isteri terbaik buat suami bukannya mudah. Biarpun isteri itu surirumahtangga atau bekerjaya, tugas-tugas menguruskan rumah dilakukan dengan penuh berhemah. Tidak pernah bersunggut walaupun dirinya bersama suami bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.
Oleh kerana sikap isterinya inilah, akan membuat rumah tangga lebih bahagia, sekali gus ia menjadi pencerus kepada sumber rezeki mengalir deras dalam keluarga itu.
Bagi seorang isteri, biarpun suami tidak membantu, tetapi tahu menghargai dirinya, itu sudah cukup memadai buat dirinya. Redha isteri, itulah menjadikan rumahtangga bahagia till jannah bersama suami tersayang.
Melalui perkongsian Mohd Fhais menjelaskan bahawa para suami harus tahu menghargai isteri yang komited terhadap peranannya sebagai isteri dan ibu. Malah, lebih kagum, para isteri biasanya sudah mempunyai perancangan untuk esok harinya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat bersama.
Kadang tu bila isteri tak buat kerja kita cepat nak sound tapi bila isteri dah buat kita tak ucap TERIMA KASIH!
Peringatan untuk diri sendiri !
Semalam masa duk baring sekali dengan aisy rizqi ni masa dia menyusu. Tergerak nak tengok kuku dia. Dalam hati memang terdetik dah,
“Ni kalau bukan saya yang potong kuku budak ni memang panjang la jawabnya”
Allahu. Terperanjat bila tengok kuku aisy dah pendek dan cantik. Padahal baru 2 hari lepas saya tengok kuku dia panjang.
Entah bila isteri potong kuku aisy pun saya tak tahu. Baru ni cuti raya jadi mana isteri pergi saya ada.
Ads
Rupa-rupanya bila tanya pada isteri dia buang kuku aisy masa saya tidur. Masa semua orang dah tidur.
Bukan potong kuku aisy je, dia sempat basuh baju, lipat baju, kemas baju balik dari bercuti.
Saya tanya kenapa tak tidur je, padahal tengah penat masa tu.
Ini jawapan dia,
Ads
“Esok takut tak sempat buat sebab banyak kerja lain nak buat”
Begitu dasyat sekali komitmen seorang isteri. Sebelum tiba hari esok lagi dia dah susun jadual kerjanya.
Kerja berderet-deret yang kita pun tak sedar akan kewujudannya, isteri kita buat.
Kita yang baru buat satu kerja, potong kuku anak pun kita dah riak macam semua benda nak harapkan kita seorang.
Ads
Kita ni bila nampak pinggan kotor penuh dalam sinki cepat je kita nak sound isteri, baju kotor penuh bakul pun kita sound tapi apa yang kita tak tahu ialah,
1 kerja yang kita nampak tak siap tu sebenarnya ada 10 kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Tak percaya? Cuba la tanya isteri korang. Kadang ada lebih dari 10 kerja diorang dah siapkan.
Jadi wajar la kalau sekali kita nampak 1 kerja rumah tak siap, kita kena bagi 10 ucapan terima kasih untuk kerja kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Tak tolong pun tak mengapa asalkan tahu menghargai, itu dah memadai bagi isteri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benarkah anak tunggal selalu dimanjakan sehingga menjadikan mereka kurang berdikari dan terlalu bergantung? Di waktu anak masih kecil, anak tunggal mungkin dilihat lebih manja, namun lama kelamaan anak tunggal semakin memperlihatkan dirinya yang sebenar malah tampil menjadi insan yang amat berdikari.
Hal ini turut diakui oleh Pakar Motivasi dan Coach Bertauliah, Dr Tengku Asmadi yang turut sama berkongsikan hal yang sama.
Malah akuinya lagi, anak tunggal sememangnya anak yang berjaya malah pandai berdikari biarpun dianggap manja oleh orang lain.
“Kalau kita katakan anak tunggal adalah anak yang terlebih dimanjakan, nak apa semua dapat, tapi saya juga nak kongsikan anak tunggal adalah anak yang pandai berdikari malah cemerlang.
“Malah ada yang saya jumpa anak tunggal yang mendapat keputusan peperiksaan yang baik, akademiknya bagus dan dari segi agamanya juga bagus.
“Jadi disini bukan soal anak itu tunggal atau pun memiliki adik beradik ramai, sebaliknya cara kita mak ayah membesarkan anak itu sendiri.
“Misalnya, dengan anak tunggal pun, apa jua yang anak minta kita jangan terus beri dan biarkan anak berusaha untuk memperolehinya.
“Bukan hanya soal kewangan tapi biar anak berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diinginkannya. Latihlah anak kita sebegitu.
“Biar anak belajar dalam hidup ini, apa jua yang dia mahukan perlu berusaha agar anak tak terlebih manja.
“Kalau kita bijak mengendalikan anak tunggal kesayangan kita, soal terlebih manja tidak akan berlaku malah kita sebenarnya sedang membina watak dan peribadi seorang anak yang kuat,” kongsinya lagi.
Ini pula antara ciri-ciri anak tunggal yang sememangnya pandai berdikari malah punya watak dan disiplin diri yang tinggi berbanding orang lain.
1.Teratur dan cepat matang
Anak tunggal biasanya menunjukkan mereka mempunyai sifat cerewet yang tinggi terhadap perincian. Mereka suka mengatur perkara yang menjadi milik mereka dengan baik. Senang cerita, mereka suka menyusun atur jadual kehidupan seharian dengan teliti supaya tidak serabut.
Biasanya mereka cenderung menepati masa dan mahir menjaga sesuatu. Terutama jika dari zaman kanak-kanak ibu ayah mengajar mereka untuk tidak merosakkan permainan atau barangan peribadi.
2.Berdikari
Orang yang berdikari tidak akan melabel mereka seorang yang berdikari jadi itulah yang sering dilakukan oleh seorang anak tunggal. Jika dikatakan manja, semua anak akan manja ketika masih kecil namun apabila meningkat dewasa mereka berdikari secara sendiri tanpa ‘menghebohkan’ kepada orang luar.
3.Bijak dalam akademik dan bakat tertentu
Disebabkan anak tunggal juga sering menjadi harapan mama papa, mereka akan berusaha untuk menciptakan kejayaan yang membanggakan. Justeru, anak tunggal cenderung untuk berjaya dalam akademik dan apa jua bidang yang diceburi kerana mendapat perhatian yang penuh.
4.Suka berjalan
Ini merupakan antara karakter yang paling betul iaitu anak tunggal lebih suka berjalan-jalan dan tidak terperap di rumah. Hasil kajian pakar mendapati, anak tunggal juga suka berjalan-jalan bukan sahaja di kawasan sekitar malah suka melancong ke luar negara! Mereka suka mencuba benda baharu dan tidak suka dikawal.
Siapa cakap mereka anti-sosial kerana anak tunggal lah yang bijak buat kawan, bermain atau bersosial. Ada juga anak tunggal yang lebih suka berjalan dengan ibu ayah mereka kerana sudah selesa!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Memastikan keluarga hidup di dalam persekitaran yang harmoni dan penuh kasih sayang, nyata ianya menjadi antara impian dan harapan untuk direalisasikan. Hakikatnya, kasih sayang dan hubungan erat dalam kekeluargaan hanya dapat dibina bila mana setiap ahli keluarga sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan baik.
Sedar betapa pentingnya komunikasi tersebut, apa kata mengambil langkah pertama dengan pastikan setiap ahli keluarga mempunyai telefon pintar. Bila setiap seorang ada satu telefon pintar, barulah banyak perkara boleh dibualkan walaupun tidak punya banyak masa untuk duduk berkumpul di rumah.
Ini antara yang boleh anda sekeluarga lakukan bila ada telefon pintar HUAWEI Nova 7i
Bahkan bila menggunakan HUAWEI Nova 7i, ia didatangkan lengkap kesan video selfie dengan pelbagai penapis TikTok, AI Beauty juga menjadikannya kelihatan lebih semula jadi. Lebih menarik lagi, Nova 7i juga pintar melancarkan fungsi rakaman video yang hebat. Telefon ini didatangkan dalam tiga warna yang memukau iaitu Sakura Pink, Hitam dan Crush Green dengan harga RM1,099. Cukup berbaloi!
Selain itu, tahukah anda dengan memasangkan telefon pintar HUAWEI bersama dengan HUAWEI MateBook D 15, iaitu merupakan komputer riba yang terbaik dengan mempunyai skrin IPS FullView skrin sebesar 15.6 inci, akan memudahkan urusan kerja anda walau di mana berada.
Komputer riba ini hanya seberat 1.53 kg dengan ketebalan 16.9 mm, ini amat ringan dan sesuai sekali untuk dibawa ke mana-mana. Jadi tidak hairanlah, walau anda sedang menikmati waktu senggang bersama keluarga di taman, anda masih boleh menyambung kerja dengan membawa bersama-sama HUAWEI MateBook D 15 (8GB + 256GB) yang boleh dibeli pada harga RM2,299.
Malah bukan itu sahaja, banyak lagi produk menarik yang ditawarkan oleh HUAWEI untuk dimanfaatkan oleh anda seisis keluarga sekali gus mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Salah satunya bila menghadiahkan HUAWEI FreeBuds 3 ini kepada anak-anak yang gemar mendengar muzik. Pasti, pemberian ini amat dihargai dan sekali gus anak-anak akan bertambah sayang dan amat menghargai hadiah daripada ibu dan ayah. Harga produk ini juga amat berpatutan dan pastinya mampu milik, hanya RM679 sahaja.
Bilamana anda membeli produk HUAWEI terpilih ni dari 10th-16th Feb , anda juga boleh rebut peluang untuk memenangi 3 pasang baucar melancong ke Maldives yang bernilai sehingga RM36,000! Wow, pastinya akan menjadi satu percutian keluarga terindah.
Caranya mudah, anda hanya perlu imbas kod QR, jawab soalan yang ada, dan isikan maklumat peribadi serta lampirkan resit pembelian korang untuk menyertai peraduan. Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI pada 14 Mac 2020 tertakluk terma dan syarat.
Sebagai makluman tambahan, HUAWEI nova 7i akan dilancar pada 22 Feb yang dijual pada harga RM1,099 sahaja. Untuk peranti terbaru yang lain pula boleh didapati mulai 14 Feb. Pra-pesan sekarang di HUAWEI Online store atau HUAWEI Official Flagship Store (sementara stok masih ada) untuk mendapatkan lebih banyak promosi. Antara peranti terbaru termasuklah:
RM1,399 nova 5T warna terbaru Crush Green
RM679 Freebud 3 berwarna merah
RM899 Watch GT 42mm Rose Gold
RM699 Huawei Y7p Budget Phone Terbaik
RM2,299 MateBook D 15 versi terbaru 8GB + 256 GB
Selain itu, HUAWEI sedang menawarkan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE sehingga 12 bulan pada harga serendah RM4.87 sehari* dengan 0% kadar faedah dan 0% yuran pemprosesan daripada 22 Feb (untuk pakej nova 7i sahaja). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami isteri haruslah bekerjasama antara satu sama lain terutama dalam bab menguruskan rumah tangga. Sering kali berlaku, bila mana pulang dari kerja, si suami berehat sambil menonton tv atau bermain telefon. Manakala si isteri bertungkus lumus menyiapkan hidangan di dapur. Sedangkan dua-dua bekerja dan kepenatan.
Sepatutnya si suami membantu isteri, tidak pandai memasak tak bermakna anda boleh lepas tangan. Memadai membantu apa yang patut. Demikian juga dalam bab pengurusan rumah tangga yang lain.
Saudara Ariff Ismail berkongsi pandangan mengenai isu ini.
MANA CUKUP MASA NAK BUAT SEMUA KERJA
” Bang baju nanti hantar dobi la I tak sempat nak basuh”
” B kita makan luar lah, sayang tak larat lah nak masak “
Tak asing lagi pada masa kini suami isteri sama sama bekerja. Bila masing masing ada kerjaya mesti akan ada satu masalah, iaitu pengurusan masa untuk urus kan rumah tangga dan anak anak.
Mula lah drama dan ada yang membawa kepada pergaduhan dan perselisihan faham. Suami menuding jari kepada isteri, isteri tuding jari pada suami.
Silap hari bulan mahu melayang periuk belanga. Untuk penyelesaian ramai yang pilih jalan makan kat luar je lah. Baju kita hantar dobi. Bila tak buat kerja sama sama dan makan air tangan isteri atau suami itu yang buat hilang kemanisan rumah tangga.
Jom saya share kan macam mana untuk kita sentiasa cukup masa untuk urus rumah tangga bersama sama.
1. BUAT JADUAL KERJA RUMAH
Hidup sebagai suami isteri kenalah tolak ansur, kena saling bantu membantu. Untuk memudahkan urusan kita buat jadual kerja untuk memastikan rumah tangga diselaras dengan baik.
Isteri dah balik rumah memasak dan jaga anak, kita tolong isteri lipat baju dan mop lantai. Bila buat kerja sama sama dan saling bantu membantu ini akan dapat menambah keharmonian rumah tangga.
2. SIAPKAN BARANG MASAK
Nak masak ni mudah, nak siap kan barang tu yang leceh. Mana nk keluarkan lauk basah, nak kupas bawang nak siang ikan. Untuk lancarkan kerja ni mudah sahaja. Buat siap siap bila nak masak terus keluar dan campakan dalam kuali tadaaa siap masak.
Luang masa hujung minggu untuk kupas bawang, mesin cili, siang ikan dan sebagainya. Masukan dalam bekas kecil untuk satu kali memasak.
Kisar cili, bawang merah, bawang putih siap siap. Simpan dalam bekas, nak balik masak senang dan jimat masa. Boleh juga masak cili kering dan bawang sebagai pes. Nak masak tinggal masukan je lauk basah.
Ayam, ikan udang, daging dan lauk lauk yang lain bungkus dalam bekas kecil untuk satu bahagian masakan. Inshaallah lebih cepat kita boleh siap kan masakan.
3. PERSIAPAN PAKAIAN
Ini lah yang paling ngeri bila baju dah belonggok setinggi gunung, mana yang tak basuh lagi mana yang dah basuh tak berlipat. Boleh lemas dalam kain baju.
Mudah je, bila kita bekerjasama semua kerja akan jadi mudah. Isteri dah basuh kita tolong sidai, tak jatuh maruah jiran nampak kita sidai baju bini.
Bila suami dah tolong sidai, isteri tolong angkat, masa malam kita lipat sama sama sambil tengok tv. Inshaallah yang berbukit tu akan jadi tanah rata.
Bila bab urusan rumah tangga ni, tak susah cuma perlu kerjasama dan sikap tangungjawab suami dan isteri. Bila kita bersama lakukan kerja jadi lebih cepat dab menambah nilai kasih sayang dalam keluarga.