Selalunya kalau telur yang lama tidak digunakan, pastinya akan membusuk! Lain pula bagi satu video yang tular ini apabila telur yang ditinggalkan selama seminggu menjadi anak itik. Fuhhh tak habis fikir jadinya!
Menurut individu yang memuat naik video ini di laman Tiktok miliknya, yang juga pemilik Homestay di Pendang Kedah ini, Zakaria Nazir, telur yang ditinggalkan oleh pelanggan itu difahamkan telur itik tersebut digunakan untuk umpan memancing.
Ini merupakan pengalaman kali pertama baginya sepanjang dia mengendalikan inap desa berkenaan.
Jelasnya, pada hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah tersebut dan tertinggal sepapan telur itik kampung. Pemilik telur berkenaan meminta Zakaria untuk menyimpan kerana akan kembali beberapa hari lagi.
Ads
Lain pula jadi apabila ada bau pelik ketika tuan rumah datang membuka dan melihat kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik.
Jumlah anak itik yang hidup adalah 13 ekor, manakala hanya tujuh biji sahaja yang tidak menetas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video berkenaan dan tidak sangka telur tersebut boleh menetas menjadi anak itik walaupun hanya ditinggalkan dalam tempoh seminggu.
Pesanan hidup baik-baik sering ditujukan buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Apabila keputusan dibuat untuk hidup bersama di bawah satu bumbung bernama rumah tangga, maka segala baik buruk mahupun kekurangan pasangan harus diterima.
Justeru, kesabaran penting dalam melayari alam rumah tangga. Jangan hanya mahu mengikut kepala sendiri sahaja sehingga mengabaikan pandangan orang di sebelah. Yang lebih penting lagi kena saling bekerjsama, bertoleransi dan mempercayai satu sama lain.
Perkongsian ini mungkin nampak biasa tapi banyak manfaat untuk mereka yang bergelar suami isteri:
Alhamdulillah, baru saja selesai berurut perbetul urat dengan bidan lama.
Biasalah, orang tua suka bercerita. Lagi-lagi bab pernikahan. Banyak yang bidan atau lebih mesra di panggil CikNah tu kongsi.
“Cerai mati ni tak sama dengan cerai hidup. Kita akan teringat-ingat apa yang dia duk pesan kat kita”.
“Dulu pakcik kerja hantar pokok-pokok mangga pi sampai johor nu. Kadang seminggu baru balik. Bila dia kat rumah, dia takmau keluaq dah. Kalau nak ke kedai minum-minum pun, dia ajak makcik”.
“Pakcik suka pi masjid. Makcik dah sediakan satu almari baju dia pakai pi masjid. Hari jumaat pakai jubah. Makcik gosok siap dah semua. Tinggal nak pakai saja”.
“makcik akan ingat waktu dia nak pi masjid. Lepas subuh, makcik sedia sarapan. Pukul 11.30 tengah hari, makcik siap hidang makanan. Jam 2 petang, buat air untuk pakcik minum. Pukul 4 buat cucuq pulak.”
“Dulu, kalau makcik buat salah, pakcik takkan tegur terus depan-depan makcik. Dia biar dua tiga hari dulu. Lepas tu, dia panggil makcik pelan-pelan, dia akan tanya. Nah, dua hari lepas, Nah ingat tak Nah buat salah apa?”
“Ha, makcik mengakulah makcik buat silap. Makcik minta maaf kat dia. Takat tu ja. Tak dak mengungkit apa.”
“Pakcik ada pesan, wasap dan mesej tu atas diri kita. Kita yang buat jadi elok atau tak elok. Berpada-pada lah”.
Tekun aten dengar cerita makcik. Seronok. Tapi part ni lagi seronok.
“Tu kalau makcik buat salah, dia tegur. Kalau makcik tengah marah duk bising, pakcik hang lari! Dia cakap ‘haa mula dah. Awai hang mula hari ni.’ Lepas tu terus lari pi duduk bawah pokok mempelam.” ujar makcik sambil ketawa. Luculah pakcik, sempat lari lagi.
Dalam duk ketawa, makcik Nah pesan kat aten.
“Kita suami isteri ni kena ada mesyuarat. Dulu, waktu malam anak dah tidur, pakcik akan panggil makcik. Dia tanya apa yang makcik tak suka, atau apa yang dia tak suka pada makcik. Kita nak bagi bersih hati, takmau ada yang duk lekat dalam”.
“Lepas tu, jaga yang wajib. Solat dan baca alquran jangan lupa sebab itulah yang jadi pendinding utama rumah tangga kita”.
“Cuba cari ilmu agama. Solat berjemaah. Bila sama-sama buat, baru ada sepakat. Itu yang mengharmonikan rumah tangga kita”.
Alhamdulillah, seronok dengar CikNah cerita. Pesan orang lama ni berhikmah. Walaupun hidup sekarang mengikut arus moden, namun pesanan orang tua ni tetap tak lapuk dek zaman.
Banyak lagi sebenarnya yang kita kena belajar. Pesanan atas ni baru sebahagian saja. Perjalanan rumah tangga kita masih jauh.
Jom sama-sama kita berusaha membina rumah tangga yang Allah suka, Allah redha. Moga keluarga yang kita bina di dunia ini, berkekalan hingga ke syurga nanti. Amin ya rabb!
Memikirkan cara terbaik untuk menyusun atur beberapa jenis botol sos yang sedia ada di dapur, boleh pening kepala juga dibuatnya.
Mana hendak diletakkan sos cili, sos tiram, sos lada hitam, botol kicap dan beberapa jenis sos yang lainnya.
Kalau ditempatkan di atas meja makan, menjadi sempit pula, kalau diletakkan di dalam kabinet sukar pula dicapai. Malah kalau hendak disimpan di dalam peti sejuk, menjadi sarat pula peti sejuk dengan makanan-makanan lain.
Jadi apa kata, usahakan untuk melakukan DIY yang cukup ringkas ini dengan bermodalkan RM 10.50 sahaja.
Bukan sahaja murah, malah hasilnya memang wow. Bekasnya cantik, dan paling penting mudah diangkat jika ingin dijadikan sebahagian elemen dekorasi di ruang dapur.
Nak tahu bagaimana cara membuatnya, ini dikongsikan langkah demi langkahnya oleh Noriza Zainal Abidin. Jom semak.
Bahan-bahan yang digunakan :
batang mop 1
hiasan dinding 2
papan pemotong 2
kos 5 brg × rm2.10 = rm10.50
Step 1 : Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Step 2 : Potong kayu mop ikut saiz papan.
Step 3 : Buangkan plastik merah pada batang mop yang telah dipotong dan kemudian pakukan kayu mop dengan papan hiasan.
Step 4 :Pakukan kiri dan kanan seperti di dalam gambar. Boleh gunakan Tupperware sebagai penahan.
Step 5 : Jadikan papan pemotong sebagai tapak dan paku kiri dan kanan.
Step 6 : Papan kedua ikut individu Sama Ada hendak Jadikan rak bertingkat atau setingkat. Kayu mop dipaku untuk jadikan penghalang.
Pihak Kerajaan hari ini mengumumkan khabar gembira apabila bersetuju memberikan tol percuma serta diskaun tol kepada rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan bersama-sama dengan 30 buah syarikat konsesi lebuh raya.
“Tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta. Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
“Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11:59 malam 1 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.
Dalam pada itu, pemberian tol percuma di kedua-dua lebuh raya berkenaan bagi perjalanan pulang ke kediaman masing-masing juga akan diberikan.
Bagi perjalanan pulang, ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) sehingga 11:59 malam 8 Mei (Ahad) bagi semua jenis kelas kenderaan.
“Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua jenis kelas kenderaan,” tambahnya dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, Ismail berharap agar pemberian tol percuma dan diskaun tersebut akan dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang-orang tersayang.
“Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini.
“(Ia juga) bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.
“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” tambahnya lagi.
Senarai lebuh raya yang terlibat dengan pemberian diskaun serta bayaran percuma.
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.
Langkah ini dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. pic.twitter.com/CrqsIABj2c
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...