Selalunya kalau telur yang lama tidak digunakan, pastinya akan membusuk! Lain pula bagi satu video yang tular ini apabila telur yang ditinggalkan selama seminggu menjadi anak itik. Fuhhh tak habis fikir jadinya!
Menurut individu yang memuat naik video ini di laman Tiktok miliknya, yang juga pemilik Homestay di Pendang Kedah ini, Zakaria Nazir, telur yang ditinggalkan oleh pelanggan itu difahamkan telur itik tersebut digunakan untuk umpan memancing.
Ini merupakan pengalaman kali pertama baginya sepanjang dia mengendalikan inap desa berkenaan.
Jelasnya, pada hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah tersebut dan tertinggal sepapan telur itik kampung. Pemilik telur berkenaan meminta Zakaria untuk menyimpan kerana akan kembali beberapa hari lagi.
Ads
Lain pula jadi apabila ada bau pelik ketika tuan rumah datang membuka dan melihat kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik.
Jumlah anak itik yang hidup adalah 13 ekor, manakala hanya tujuh biji sahaja yang tidak menetas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video berkenaan dan tidak sangka telur tersebut boleh menetas menjadi anak itik walaupun hanya ditinggalkan dalam tempoh seminggu.
Apabila melihat pasangan yang sweet dan bahagia, tentu cemburu dibuatnya. Tentu setiap wanita inginkan suami yang boleh memberi layanan yang baik dan mesra sehingga berasa kita adalah wanita yang paling bahagia.
Hakikatnya semua orang nak bahagia rumahtangga. Namun itu semua memerlukan sikap yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian Akhtar Syamir berkongsi tip untuk pasangan memburu bahagia. Apa yang penting kena ada kemahuan untuk bahagia, bukannya pasrah.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
10 Resipi Kebahagiaan Rumah Tangga
1. Masa
– Sediakan masa untuk pasangan. Beri masa untuk pasangan. Apa gunanya perhubungan jika kedua-duanya sibuk dan tidak ada masa untuk pasangan.
2. Tolak Ansur
– Manusia dicipta berlainan. Jangan harapkan pasangan adalah klon diri anda. Dia ada kegemaraan, kelebihan dan kekurangan sendiri. Anda juga sama. Tolak ansur akan menjadi jambatan untuk menghubungkan ketidaksamaan itu.
3. Maaf dan memaafkan
– Antara yang paling susah dan paling senang untuk dilakukan. Paling susah apabila kesalahan itu berat. Paling senang apabila kesalahan itu ringan. Masalah dengan pasangan masa kini ialah terlalu mudah memaafkan yang berat, tetapi sentiasa bising dan mengungkit kesalahan yang kecil.
4. Komunikasi
– Bila masalah tak dibincangkan, bila terasa diam lebih baik dari berkata-kata, bila tiada keinginan untuk bercakap dengan pasangan, itu tandanya anda ada masalah komunikasi.
5. Hormat
– Suami perlu dihormati, begitu juga dengan isteri. Menghormati pasangan akan membuatkan pasangan lebih sayang dan lebih menghormati anda. Perlu ambil kira pendapat si dia. Perlu tahu jika apa yang kita buat itu membuatkan si dia rasa tidak senang. Dan yang paling penting, tidak memalukan pasangan.
6. Kemesraan
– “Pasangan saya memang keras orangnya”. Ini satu konpromi yang tidak bertempat sehinggakan ada kalanya pegang tangan pun menjadi satu perkara yang tidak biasa dan janggal. Mulakan dengan percakapan dan kemudiannya ke arah sentuhan-sentuhan ringkas.
7. Keceriaan
.
– Gelak tawa ialah ubat yang paling mujarab untuk keluarga yang bahagia. Jangan lahirkan keluarga yang hambar. Bergelak ketawalah, buat lah lawak, geleteklah pasangan dan buatlah dia tersenyum.
8. Mendengar
– Kita tidak tahu kerana kita tidak mendengar. Kita rasa benda itu tidak relevan kerana kita tidak mendengar. Jangan hanya bercakap, tetapi kita juga harus diam dan beri peluang pasangan pula bercakap. Dengar apa yang dia mahu katakan atau luahkan.
9. Keterbukaan
– Tiada rahsia antara kita. Bukan sahaja lagu yang sedap tetapi salah satu resipi keluarga yang mantap. Keterbukaan akan meningkatkan kepercayaan dan komunikasi yang cemerlang.
10. Perubahan
– Jangan diracuni rutin. Ubahlah, tambah baikkan perhubungan. Jika dah 5 tahun buat benda sama, ubah. Tak kira la cara kita melayan pasangan, komunikasi atau benda fizikal di rumah. Ubah, tukar atau beri perbezaan supaya perhubungan tidak menjadi bosan.
Cuba buat resipi ini satu demi satu. Sesuaikan dengan keluarga anda. Jika tiada usaha, tiadalah bezanya dahulu dan sekarang.
Sejak perintah Peringah Kawalan Pergerakaan atau MCO seluruh dunia menerima impaknya akibat penularan wabak bahaya iaitu covid-19 yang sehingga kini masih belum ada penemuan vaksin untuk virus ini.
Ekoran impak ini seluruh dunia mengambil tindakan untuk menghentikan sebarang yang melibatkan perhimpuanan orang ramai atas saranan WHO. Ia termasuk perlawananan bola sepak Liga Inggeris. Antara kelab bolah sepak yang terlibat adalah Liverpool, Chealsea dan Arsenal.
Terbaharu, kisah Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akhirnya dengan sendiri berjaya mengikat tali leher. Mungkin biasa pada kita, tetapi sebaliknya bagi mereka yang tidak pernah melakukan sebegini. Malah, Klopp juga didapati telah pandai memasak masakan yang ringkas.
Dalam satu video yang dimuat naik di Twitter rasmi Liverpool, pengendali dari Jerman itu menunjukkan dia akhirnya berjaya melengkapkan satu lagi cabaran iaitu belajar mengikat tali leher.
USIA 52 TAHUN BARU TAHU IKAT TALI LEHER
“Saya berusia 52 tahun sekarang dan saya tidak boleh mengikat tali leher. Saya mungkin mengambil masa seminggu untuk mengikat tali leher,” kata Klopp ketika temu bual yang disiarkan di laman web rasmi Liverpool, dua hari lalu.
Sebelum ini, Klopp turut mendedahkan dia mempelajari perkara baharu sepanjang tempoh perintah berkurung susulan pandemik COVID-19.
“Saya melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan makanan. Saya juga memasak ‘scrambled eggs’ untuk Ulla (ister Klopp) dan dia kagum dengan masakan saya tetapi tidak membenarkan saya melakukannya lagi,” katanya. – Agensi
Satu kisah yang cukup menyentuh hati, wabak Conavirus mengganas sehingga kini tanpa mengenal erti kasihan. Seramai 20 pesakit disahkan meninggal dunia semalam. Manakala kes meningkat walaupun kadar pertambahannya berkurangan daripada sebelum ini.
Dalam satu perkongsian oleh saudari Hana Hadzrami memuat naik satu kisah yang cukup meruntun jiwa. Kisah seorang suami yang dalam keadaan genting antara hidup dan mati, namun masih lagi mengambil berat akan hal isterinya.
Waktu kami dapat tahu ada seorang lagi yang meninggal di Covid ICU kami malam tadi, kecoh di Whatsapp group doktor kami nak tahu pesakit mana satu.
“Which patient?” “Is that the one Ki***/ Nah**** intubated?” “Please don’t tell me that one!”
Bertalu-talu semua nak tahu pesakit mana satu.
Sebabnya baru semalam rakan saya bercerita saat pesakit tersebut nak diintubasi dan kemudiannya ditolak masuk ke ICU. Dia meminta untuk call anaknya. Kami benarkan panggilan dibuat.
Perkara pertama dia cakap pada anaknya ialah; jangan lupa bawa ibumu pergi follow up, jangan lupa bawa ibumu pergi follow up. Berulang kali dia pesan. Barangkali isteri dia pesakit kronik yang selalu berulang-alik ke hospital.
Kemudian barulah dia sampaikan pesan lain seperti akaun bank, nombor pin dan sebagainya.
Penutup bicara dia pesan lagi; jangan lupa bawa isterinya pergi follow up.
Penuh lelah dia berpesan; antara nak tarik nafas demi hidup, rasa sedih tak dapat bersama orang tersayang dan sugul membayangkan maut yang bakal menjengah.
Selepas telefon barulah dia benarkan kami tidurkan dia untuk disambungkan ke mesin bantuan pernafasan.
Memang dia suami yang sangat kasihkan isteri.
Kami yang dengar cerita kawan kami tu, bergenang-genang airmata.
Sebab itu kami nak tahu sangat pesakit mana satu.
Rupanya benarlah dia yang pergi. Sedihnya kami. Namun sedih lagi keluarga yang ditinggalkan.
Orang pengasih ini memang Tuhan panggil awal kan?
. .
Hana Hadzrami Semua pesakit yang kami jaga ada tempat istimewa dihati kami
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.