Menjelang Hari Raya pelbagai persiapan dirancang untuk memastikan kemeriahan dirasai seluruh ahli keluarga. Pening juga memikirkan nak beli itu dan ini. Belum lagi termasuk baju raya dan bahan-bahan untuk juadah hari raya.
Memahami kebimbangan dan kemelut kenaikan harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memberi bantuan khas kewangan aidilifitri sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pasti ramai yang menarik nafas lega.
Beliau menjelaskan bahawa bantuan kewangan itu membabitkan kakitangan penjawat awam dan pesara kerajaan.
1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Ujar beliau, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
Difahamkan bantuan itu akan disalurkan seawal 5 April 2024 pada hari jumaat ini.
Ads
Sebelum ini, kakitangan kerajaan telah mendapat bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah. Ia bertujuan untuk meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Rutin harian Nur Farizan Mat Ghani, 31, bangun seawal jam 3 pagi setiap hari untuk mengejar kereta api seawal pukul 4 pagi dari Tanah Merah menuju ke Dabong, Kelantan.
Itulah yang perlu dilalui Nur Farizan setiap hari untuk menaiki kereta api setiap hari ulang alik ke sekolah. Semuanya kerana ingin mencurahkan ilmu kepada anak bangsa yang tinggal di kawasan pedalaman.
Selepas lebih tiga jam membelah keheningan pagi, guru pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan(SK) Kuala Geris itu akhirnya tiba di sekolah pada pukul 7.30 pagi untuk memulakan tugas sebagai pendidik.
Suami Seorang Guru
Suaminya yang juga seorang guru di kawasan pedalaman di Sarawak, Mohd Khairul Izzuddin Shaari, 30, mengakui tidak lagi sanggup berjauhan dengan Nur Farizan dan anak mereka yang baru berusia empat bulan.
“Jarak 150km pergi, 150km balik. Itulah rutin isteri saya setiap Ahad hingga Khamis dan dia akan sampai di rumah semula sekitar pukul 8 malam.
“Isteri saya terpaksa berulang alik kerana dia masih menyusukan bayi lelaki kami. Cuma, semasa hamil dulu, dia tinggal di asrama sekolah bersama murid-murid,” katanya ketika dihubungi mStar Online selepas postingnya di Twitter meraih perhatian netizen.
Hati suami mana yang tidak sayu apabila melihat isteri tercinta terpaksa berkorban masa dan tenaga sehingga memudaratkan diri sendiri demi melaksanakanan tanggungjawabnya sebagai guru.
Tambah guru Pendidikan Seni di SK Long Palai, Baram itu, dia semakin bimbang apabila isterinya sering mengadu tertekan kerana tidak cukup rehat dan kurang masa untuk memberi perhatian kepada anak mereka.
“Tiada pilihan lain selain naik kereta api ke sekolah sebab kalau nak memandu seorang diri memang bahaya. “Kuarters guru pula penuh dan persekitaran untuk menyewa rumah di kawasan berdekatan pula tidak selamat. Dia sampai tiada masa nak bersama dengan ‘baby’ kerana terlalu penat.
“Jadi, dia terpaksa tinggal dengan ibu bapa mertua di Kota Bharu. Kadang-kadang dia ‘depressed’ untuk uruskan semuanya sendiri,” ujar Mohd Khairul Izzuddin lagi.
Menurut guru yang berasal dari Setiu, Terengganu itu, dia tidak mengharapkan untuk dipindahkan ke sekolah yang sama dengan isterinya, namun sudah cukup jika dapat berkhidmat di Semenanjung.
“Dapat pindah Semenanjung pun jadilah. Sekurang-kurangnya kalau ada kecemasan atau jadi apa-apa, saya boleh sampai dalam masa sehari.
Saya Tidak Mahu Anak membesar Tak Kenal Ayah
“Bayangkan, macam mana saya nak balik jenguk anak isteri kalau saya sendiri nak keluar pun kena naik kereta pacuan empat roda selama hampir lapan jam ikut jalan balak untuk ke Miri?,” katanya yang sudah tiga tahun mengemukakan permohonan ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pasangan guru ‘duka lara’ itu pernah mengajar di sekolah sama iaitu SK Long Palai pada 2017, namun Nur Farizan menerima surat arahan untuk dipindahkan ke Kelantan pada penghujung tahun sama.
“Saya tak nak anak membesar tak kenal ayah dia. Saya harap sangat pihak KPM buka mata isu guru ‘duka lara’ ni. “Sebab situasi ni boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius. Macam kemurungan, malahan ada yang bercerai disebabkan masalah ini,” katanya mendirikan rumah tangga pada 2017.
Sumber: Mstar Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, dalam sekelip mata insan yang paling disayangi pergi buat selama-lamanya. 26 hari demam on off, akhirnya berita paling ditakuti adalah apabila doktor memberi perkhabaran suami tersayang menghidap kanser.
Lebih memilukan, Allahyarham bukanlah seorang yang tidak merokok, malah arwah cukup aktif dan sering bersenam. Namun Julai lalu, Allahyarham telah disahkan menghidap kanser pankreas di mana ia telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan rusuk dalam masa yang teramat singkat.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan baru-baru ini oleh siterinya, Syarima Ghazaliselepas sebulan kembalinya suami ke Rahmatullah. Sebulan dah awak pergi, rasa macam baru semalam cakap dengan awk. pesan arwah kat kawan kawan dia or anyone yg sembang dengan dia, Cancer is really no joking. Buat la check up frequent jangan jadi macam dia tak dak simptom apa apa tertiba dah merebak terlampau pantas.
He was 34YO with healthy life and too young for it. 26 days from his first night fever and he left us peacefully. Doc kata case dia rare. 1-2 orang dalam setahun.
04.06.20 – 11 malam tengah tengok tv sambil makan durian tiba tiba dia menjerit sambil mengadu chest dia cramp and sakit sampai tak boleh gerak. Dia terbaring depan tv. Esok pagi nya g clinik doc cakap muscle pain sebab workout or angkat berat. Dapat MC sehari. Lepas tu dia kata sakit tu dah takdak
26.06.20 – kami dua ambik cuti sebab nak dating makan dan jalan jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia start demam panas. Esok pagi nya elok sihat. Malam demam lagi dan siang nya sihat. Rasa tak sedap hati takut Kuman or TB. Tak sangka ni dating terakhir
28.06.20 – kami balik KL terus suruh p klinik buat GL nak refer pakar. Esok nya dia p MSU Med Center and doc kata ok admit lah buat CT scan.
30.06.20 – ambil test covid tunggu result and admitted. Lepas tu petang pukul 4 baru buat CT Scan and the journey started. 2-3 jam lepas tu doc p kat dia cakap “orang yg datang ni sihat, cergas, active tapi reading scan haywire teruk”. Doc cakap nak jumpa semua family memberS. Esok tu doc bagitau apa yang dia nampak tak berapa nak ok. Paru paru and Hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak jump into conclusion sebab dia tak dak data nak support. Ayat last doc tu memang boleh terduduk “ill advise you to get prepare mentally and physically for the worst” Allahu
2.7.20 – semua family datang and masuk bilik meeting discuss. Masa tu doc bagi tau find out dia. No 1 TB, No 2 kuman infection, No 3 kemungkinan cancer. So dia nak proceed dengan biopsy cepat. Kami semua setuju. Lepas Biopsy lah keadaan dia mula start merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsy dia ok balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu 39c above.
04.07.20 – doc masih push biopsy result tapi dia tetap tak rasa happy dia deal dengan kawan dia doc pakar jantung kt Hosp Serdang buat appointment untuk diagnose further sbb ada reading hati keep dropping. Bilirubin and Hemoglobin.
06.07.20 – harini patut discharge. Dia sihat macam biasa. Pukul 1pm lebih kurang doc dtg bagitau result biopsy. Its confirmed cancer but still tak tau cancer apa. Kami dua terdiam.
Doc keluar ja terus kami dua nangis. Dia kata “kenapa dia, Macam mana nanti ayg dengan anak anak”. Terus la drama air mata jadi. Lepas tu kami dua diam Layan perasan and then i told him insyaAllah abg kuat nak lawan. For us. Then dia tetiba ok. Lepas zohor packing nak balik. Masa nak tunggu discharge, dia kata nak lawat doc say goodbye. Kat bilik doc dia jalan pusing pusing lepas tu dia baring atas katil dia cakap. “Doc hati sy macam start sakit”. Doc kata probably ubat tahan sakit dah habis. At last tak jadi discharge and Sambung admit balik sampai esok ambulan bawak p serdang.
07.07.20 – Dia gerak dengan Ambulans ke Hosp Serdang, sampai sana doc tak boleh nak proceed further sebab Biopsy result keluar summary ja tak dak IHC study which is more detail about his tissue sample tu. Masa di Serdang Dr Ummi datang approach kami tanya kalau nak proceed chemo and fully funding dekat Nilai Med Center. Kami terus je cakap ok boleh sbb reading hati dia day by day drop cepat. While waiting NMC call or next week apointment dengan Serdang dia balik rumah. Tp sebab ubat nya tak se kuat drip di hosp dia memang nampak sakit dan lemah. Nak bangun duduk pun struggle tapi MashaAllah dia tak penah complaint atau merungut sakit tu. Demam setiap hari lepas Asar sampai Tengah Malam.
09.07.20 kami p Nilai Med Center (NMC) nak sign contract sebab doc kata Lung Ca mula mula. Masa buat blood screening balik doc panggil kami dua masuk dia kata from the reading this is not lung ca. We need to wait IHC sebab takut salah Chemo. Doc kata probably Limforma Ca. So kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit kt rumah ja.
12.07.20 – 9pm masa tengah tido kan anak2 dia cakap kat mama (my mom) boleh tak tengok kan bebudak. Lepas tu dia panggil. “Abg rasa macam short breath jom kita p MSU Med Cen. Ketaq rasa terus bawak p Hosp masuk emergency and admited balik.
13.07.20 – Doc buat Ultrasound kata nampak hati ada bleeding sikit dorang cuba contact any hosp yang boleh tolong sebab dorang takdak ubat. Tapi lewat petang doc datang balik cakap bleeding tu tak significant so dorang nak buat endoscopy find out primary or main house cancer dia apa. Esok tu habis procedure doc datang bagi tau dorang tak jumpa apa apa sign dari mana cancer dia datang. Then we decided move him to Sunway Med Center.
14.07.20 check in SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esok nya lepas ultrasound doc cakap nothing serious boleh move ke ward. Doc pun terus buat tumor marker untuk other organ nak find out primary cancer dia. Tapi doc cakap Cancer hati pun include as one of his assumption sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.
16.07.20 doc run PET scan full body to still finding primary ca dia. Doc pun panggil bincang nak buat Chemo high dose 50 jam persession tp impact dia kalau dia tak free from infection and demam high risk sgt. Boleh bleeding otak, comma etc. Doc kata kalau tak buat chemo dia mungkin ada weeks ja. masa tu la terus rasa selfish nya aku nak push Sedangkan tau condition dia tak ok.
Masa tu keluar bilik doc duk lama termenung sorang sorang terus fikir. Tak pa la redha kan ja apa yg berlaku. Kalau memang takdak harapan biar la yang paling mudah. Doc pun bagitau dia akan get support from Doc Palliative untuk tolong dia recover and less pain. Dengar ja Palliative terus terduduk dan paham yang dia macam tak dak harapan. tapi he is really a fighter. He never give up. Luaran dia macam tak sakit langsung. 17.07.20 my birthday and it so different. He texted me he said he crying and sorry he cant remember my birthday . I told him i just want to see his smile at me. Masa nak keluar dari ward doc masuk dan doc kata Pet scan report dah keluar. It is Pancreas Cancer. Dah attack Lung, Hati, tulang belakang dan tulang rusuk. Allahu Another shock news to us. 19.20.20 tergerak hati nak bawak anak anak jumpa dia. Request kat nurse nak bawak turun dia kat bawah lobby sbb sorang ja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak mai. Dia nampak happy and macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa. 22.07.20 sepatutnya chemo harini tp demam dia still happened. hati dia start rasa pain doc start bagi morfin untuk less his pain. . Kalau tengok perut dia macam orang mengandung. Hati dia membesar dari size s ke xxxl. Dia start jadi mengantuk. Tapi dia tak tidor pun dia kata bila dia tidor nanti dia macam termimpi bini dia datang la. Anak anak dia datang la 24.07.20 akhirnya chemo start harini.
Semua infection berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak Hati juga nak bawak satu family including bapak dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum chemo start. Alhamdulillah i managed to bring whole of his family member in a room. 1.30pm doc start chemo. He was really ok. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia. Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la plastic cup kat dia dia ludah tengok seketol darah beku, terus panggil nurse. Lepas tu dia keep batuk keluar fresh blood 1/3 cup jugak. Doc datang rescue nak kurang kan batuk n bleeding, buat xray etc. Lepas tu doc kata kena transfer ke ccu sebab perlu monitor dia. Lepas tu doc panggil. Doc tunjuk lung dia seminggu lepas vs hari ni. Ca dah merebak terlampau cepat. Bleeding could probably datang dari situ. Masuk bilik dia kata doc cakap apa. Bagitau ja. Cakap la cancer kat lung dah merebak teruk. Terus minta maaf kat dia.
Dia kata napa nak minta maaf, dia yg patut minta maaf tak dapat jaga kami dah. Terus cakap kat dia. Ayg redha abg. Kalau kata umur abg tak panjang insyaAllah ayg akan kuat jaga anak anak. Malam tu move CCU doc bagi stay teman dia. Dia ngadu depa kata tak boleh makan sbb takut bleeding lagi plus dia kena fasting esok nak masuk camera check bleeding tu dari mana..
Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambik kan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecik jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak p ja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia ada nampak apa apa ka dia kata takdak la. Rupanya instinct tu betoi. 25.07.20 pagi tu nak procedure. Boleh masuk masa melawat ja. Balik la rumah dulu mandi semua dan datang balik 1pm. Masa tu adik dia ada teman dia. Doc kata bleeding tu takdak ape ape yg serious. Nanti nak transfer ke wad biasa balik. Dia suruh adik dia urut dia segala. Lepas tu dia cakap kat adik dia p ambik air sejuk coway kat dia. Bila adik dia patah balik ke bilik dia tengok doc dah ramai. Rupanya BP dia tertiba drop . Masa tu la sampai terus p bilik tengok dia, dia cakap jangan sentuh dia sakit. Allahuuu. Lepas tu doc panggil keluar nak cakap. Doc kata BP dia dah naik balik tapi dia worry jatuh balik. Dia kata better panggil all families member datang. Kalau setuju dia boleh comma kan tuk buy time or make him sleep. Tarik nafas dalam dalam terus cakap kat doc takpe la doc kalau umur dia tak panjang i dah redha. Tak perlu nak koma kan i cant let him suffer in pain anymore. Then Doc was right, BP dia memang drop balik. Tapi dia still sedar. Doc cakap kita move ke ICU and allowed all ppls in to see him. Dalam 30 min doc and nurse prepare dia kat ICU and bagi kami masuk. Kami Minta maaf semua. Ajar dia mengucap banyak kali dia ikut. Sebak rasa sebab tak percaya akhirnya benda paling ditakuti 3 minggu lepas betol betol jadi. Dia kata dia nak jumpa mak dia. Semua nya smooth sangat.
Cakap kat dia “abg sabar sikit ye mak dah nak sampai”. Bila mak dan anak anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap “sorang sorang cakap” . Dia still sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih ja tengok rupanya ramai sangat families and friends yang dah sampai and nak ucap selamat tinggal kat dia. Ramai orang syg awak. Tengok la ramai orang datang tak putus putus sampai hari kebumi. 4.50pm he left us. Panggil nurse cakap dia macam dah takdak. Nurse kata can i call doc to check and declare. Sy mungkin bukan isteri yang sempurna tapi sy beruntung ada suami yang sempurna buat sy. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 mggu awak sakit. Terngiang ngiang awk ckp “abg rasa kuat bila ayg overnight sini, kekuatan tu luar biasa ” semoga kasih sayang kita kekal ke syurga. PS : Mami buat coretan ni untuk Dahlia dan Lily baca satu hari nanti. Muhammad Ashraq Salahuddin 04.04.86 – 25.07.20 Advance Pancreatic Carcinoma (Cancer)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya bila kita asyik marah-marah anak, bukan sahaja anak tertekan tapi hati kita juga tidak tenteram.
Ini sama kesnya dengan perkongsian pengalaman daripada seorang ayah ini. Pun begitu, dia cepat sedar dan terus berkongsi tindakan rasional yang perlu dibuat.
Jom semak perkongsian lanjut agar memberi manfaat.
Semalam aku rasa marah sangat kat anak aku. Boleh pulak dia tak tutup lampu kereta malam tu. Sampai ke pagi lampu tu menyala.
Pagi ni bila aku nak start kereta aku perasan lampu tu tak tutup. Mujur bateri kereta tak kong. Marah betul aku. Bila anak masuk kereta senyum-senyum, aku terus buat muka serius. Tarik muka semasam mungkin.
Aku tanya dia ‘Kenapa Syafi tak tutup lampu kereta malam tadi?!.. Bla.. Bateri boleh kong.. Bla.. Bla..’ Panjang aku bebel pagi tu.
Dia terperanjat. Dia menangis. Marah betul aku pagi tu. Dalam perjalanan aku senyap je. Dia pun senyap.
Tiba-tiba dia datang kat aku, ‘Papa, Syafi minta maaf, malam tadi Syafi masuk kereta, gelap. Syafi bukak lampu. Syafi nak ambil barang dalam kereta. Papa lupa bawak masuk rumah. Mintak maaf Papa..’ Dia kata kat aku.
Aku terus rasa bersalah. Istighfar panjang aku time tu. Memang semalam aku ada beli barang kat Tesco dan aku terlupa bawak masuk rumah.
Aku terus cium pipi dia. Benar aku belajar sesuatu hari ini.
Hari tu bila ada seorang bapak pukul dan dera anak dia sampai meninggal, kita bukan main marah lagi. Macam-macam kita kata kat dia, bapa durjanalah, bapak tak bertanggungjawablah.
Tapi, dalam masa yang sama, samada kita sedar ataupun tak, kita pun hari-hari tengah ‘mendera’ mental anak-anak kita.
Kita kena ingat dera ni bukan setakat fizikal je, tapi penderaan mental jauh lebih mendalam dan kesannya sangat panjang. Mungkin sampai akhir hayat anak-anak akan ingat penderaan mental ni.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa penderaan kanak-kanak ini, kita boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu: penderaan fizikal kanak-kanak, penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.
Kadang-kadang pagi-pagi buta, bila anak bangun lewat kita marah dia. ‘Itulah papa dah kata tidur awal malam tadi!’. Anak kita bangun dalam keadaan mood yang tak best sebab pagi lagi dia dah kena marah dah.
Lepas tu, bila dia siap lambat, kita marah lagi.
Sekali lagi dia kena marah.
Kat sekolah pulak kita pun tak tahu apa yang berlaku kat sekolah. Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah marah dia, bukan kita tahu pun kan? So, 3 kali dah dia kena marah.
Balik sekolah petang-petang, anak kita penat dah, entah macamana boleh pulak dia tertumpah air. Kita terus marah dia. Kenapa tak pegang betul-betullah, mata letak manalah. Terkapai-kapai anak kena marah time tu.
So, 4 kali dah dia kena marah.
Setelah penat satu hari kat sekolah, Maghrib tu boleh pulak anak kita tertidur kejap. Bila kita dapat tahu, apa lagi membebellah kita ‘tak baik tidur lepas Asarlah, kenapa tidur maghrib-maghriblah’. Macam-macam kita bebel.
Bila malam menjelang, anak kita nampak kita free, so dia pun datang nak berbual dengan kita, nak cerita pasal apa yang dia dah buat kat sekolah. Ada kawan barulah, ada cikgu barulah. Punyalah excited dia nak cerita dengan kita.
Yang kita pulak. Bila anak datang nak sembang, kita buat acuh tak acuh je. Henset kat tangan tak lepas. Dari pagi sampailah nak tidur henset jadi ‘teman setia’ kita, sampai anak nak cakap pun kita tak pandang.
Hiduplah kita ‘bertuhankan’ henset 24 jam.
Lepas tu bila anak kita cakap ayat ‘lebih baik aku jadi henset, mak ayah aku lebih menghadap henset berbanding aku anak dia. Tahu pulak kita nak marah kat dia, sedangkan hakikatnya itulah yang sebahagian kita dok buat hari-hari.
Sehari kita ada 24 jam, apa kata kita peruntukkan sedikit masa, contohnya waktu makan atau waktu senggang lepas maghrib atau lepas anak siap buat kerja sekolah, kita buang sekejap henset dan luangkan ‘quality time’ bersama anak dan keluarga. Detik masa bersama mereka adalah lebih penting berbanding berjam-jam masa yang kita bazirkan menghadap henset. Ye tak?
Diakhirnya anak ini penat dan tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya, mak ayah dia ni sayang ke tak dia ni sebenarnya. Setiap hari, ada je yang tak kena kat mata mak ayah dia. Mesti ada saja salah dan silap mereka.
Budak-budak ni sampai keliru pada siapa mereka nak meluahkan perasaan, nak bercerita, nak mengadu. Bila nak bercerita kat mak ayah, mak ayah pulak buat acuh tak acuh.
Kalau nak tahu, ini adalah rutin yang dilalui oleh kebanyakkan kanak-kanak kat Malaysia. Dan kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang perkara ni.
Dalam diam sebenarnya kita tengah dera batin anak-anak kita.
Anak Sebagai Anugerah
Ingatlah bahawa anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam.
Jom, kita sama-sama muhasabah dan ubah sikit tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Bukan tak boleh nak marah anak. Sebab marah pun adalah salah satu proses pembelajaran.
Rasional Dalam Segala Hal
Cuma apa kata selepas kita marah kita rasionalkan pada anak kenapa kita marah pada mereka. Ini basic parenting skills yang perlu setiap mak ayah ada. Anak takkan berdendam pada kita kalau kita pandai rasionalkan mereka lepas kita marah mereka. Rasional ni bahasa mudahnya ialah kita pi pujuk anak kita lepas kita marah dia.
Kita tengok contoh mak ayah kita tahun 80an, 90an dulu. Lepas mereka marah atau tibai anak mereka dengan getah paip, malam-malam mereka datang senyap-senyap pi urut atau sapu minyak gamat kat anak dia, ye tak?
Yes, macam yang aku cakap kita kena buat alternatif untuk rasionalkan anak-anak kita. Hukuman atau apa yang kita marah adalah untuk kebaikan masa depan mereka.
Mak bapak kita dulu tak belajar tinggi-tinggi pun boleh faham parenting skills ni berbanding parent zaman sekarang yang belajar sampai PHD tapi tak boleh nak hadam benda asas ni.
Ok, mulai esok apa kata kita cuba ubah tabiat suka nak marah kita. Kalau anak bangun lambat, apa kata kita suruh mereka tidur awal dan buat persiapan awal agar tak kelam kabut esoknya.
Sebagai mak ayah, kita kena ada pelan kontingensi pada anak-anak kita. Kalau anak tak boleh guna plan A, kita guna plan B. Sebagai ibu bapa, kita adalah ‘pencorak’ kepada kain putih, iaitu anak-anak kita.
Berjaya kita mendidik di rumah, InsyaAllah di sekolah, di universiti ataupun dimana sahaja anak itu berada, dia akan menjadi yang terbaik, hasil didikan pertama ibu bapa mereka di rumah.
Mana-mana parent yang suka maki-maki anak, apa kata kita tukar makian itu kepada doa yang baik-baik kepada anak-anak.
Kalau kita suka maki anak b*d*h, ba**ang, apa kata kita tukar makian tadi kepada perkataan yang baik dan positif. ‘Pandai betullah anak papa!’ atau ‘bijak betullah anak ayah ni!’ walaupun time kita tengah marah. Kan doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab. Betul tak?
Jom kita sama-sama berubah. Status ini relevan buat diri saya dan sahabat semua. Sharelah kalau hangpa rasa status ni bermanfaat, ye.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.