”Dapat Suami Baik, Ikhlas Jaga & Setia Itu Pun Satu Nikmat Rezeki Allah Bagi.”  Luahan Hati Suami Elyana Bikin Ramai Sebak!

Share

Membaca kisah selebriti Elyana yang kental melawan penyakit kanser cukup menyentuh hati. Bahkan semangatnya yang kuat dan tidak kenal erti putus asa sehingga disahkan bebas dari penyakit tersebut cukup dikagumi ramai.

Bukan sahaja pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman, bahkan suaminya, Khairul yang sentiasa di sisi menjadi inspirasi buat semua. Rata-rata memuji akan pengorbanan Elyana serta suami selama 10 tahun mengharungi dugaan tersebut.

Bukan calang-calang orang yang mampu bertahan apatah lagi terpaksa melawan penyakit yang cukup digeruni ramai. Namun pasangan ini membuktikan tiada yang mustahil jika sudah ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Dalam satu perkongsian menerusi Media Hiburan baru-baru ini, Khairul mengakui, segala yang dilakukan adalah  kerana  terlalu sayangkan Elyana. Malah, itu adalah janjinya yang diungkapkan ketika akad nikah mereka dahulu yang mana akan terus menyayangi isterinya itu.

Sementelah dalam hidupnya  cuma ada Elyana dan anak-anak sahaja memandangkan kedua ibu bapanya juga sudah tiada.

Mendengar ucapan suaminya yang tulus itu membuatkan Elyana yang berada disisi tersenyum bahagia. Apa lagi yang diperlukan oleh seorang isteri selain daripada kasih sayang dan perhatian daripada seorang bernama suami.

Sumber: mediahiburanofficial & elyanaofficial1


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

 

IKLAN