Bukan mudah untuk mendidik anak-anak tentang aurat.
Ia suatu cabaran untuk anak-anak memahami sesuatu perkara.
Dan cabaran juga untuk kita sebagai parent untuk mengajar, untuk menyebarkan dan menerapkan nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak.
Sebagaimana perkongsian seorang ibu ini, Khairunnisa Hamzah mengenai anak perempuan ditegur kerana tidak bertudung.
Semalam semasa solat raya,
Ada seorang nenek menegur Aiyraa,
“Kenapa tak pakai tudung, ni? Lain kali pakai tudung tau, berdosa!” kata nenek tersebut dengan tangan warning dan buat muka garang.
Aiyraa malu, tunduk, nyorokkan muka ke peha Mommy. Yelah, satu saf dekat situ menoleh ke arahnya. Terkejut juga Mommy.
Mommy senyum sahaja sambil belai rambut Aiyraa. Risau dia nangis pula, ganggu khutbah. Try urut belakang dia harap dia cepat ok. Dia ni kalau dah menangis, Bomba datang pun tak settle air mata dan meraung dia.
Ads
Tapi,
Sambil urut tu Mommy cakap juga,
“Hah, kan nenek tu dah marah”
Tahun 2018 dahulu masa kami pergi umrah anak beranak, Mommy sendiri terkejut melihat anak-anak orang Arab dihias cantik rambutnya.
Berambut panjang dan pakai baju dress yang lawa macam Princess.
Rasanya tak jumpa pula anak kecil perempuan yang bertudung sepanjang kami ke sana.
Puas juga mencari.
Ada seorang Arab yang mencuit pipi kakak Aisyah dan Aiyraa yang masing-masing katika itu berusia 9 tahun dan 1 tahun.
“MasyaAllah, MasyaAllah” katanya ketika melihat mereka bertudung.
Ads
Rupanya,
Mereka tidak memaksa anak-anak bertudung ketika kecil, sampailah sampai waktu mereka mula berakal dan ketika anak kecil itu sendiri punya kemahuan untuk memakai, baru dipakaikan.
Tetapi, apabila sampai waktu wajib pakai, yakni akal baligh, wajib pakai! Dah tak ada alasan atau pilihan. Sampaikan ketika itu, ada dah undang-undang Negara yang akan menangkap mereka yang membuka aurat di khalayak ramai. Sebab, sudah sampai perkiraan dosa pahala buat si anak.
Sememangnya betul lagi bagus kalau dapat diajar dari awal.
Macam kakak Aisyah dahulu, umur 4 tahun lagi kakak Aisyah sendiri yang mahu. Pakai tudung, mengaji, puasa dan solat penuh, dari kecil.
Tetapi Aiyraa lain
Ads
Penuh dengan soalan. Why, why, why,
Penerangan Mommy pun belum menusuk kalbu dia lagi.
Aiyraa masih kecil.
Tapi Mommy tetaplah dakwah dia. Belikan tudung yang comel dan selesa. Pergi school dia pakai tudung juga. Slow-slow.
Time dia tak mahu, moody, tak selesa, taklah nak marah atau berdosakan dia.
Ada seorang Wanita Arab pernah berkata pada Mommy, “Anak perempuan, layan dia seperti Puteri ketika kecilnya dia. Satu masa nanti, dia akan penuh terikat dengan aurat dan kebebasan dia”
Pernah juga ada seorang makcik menasihati Mommy. Katanya, “Biarlah kanak-kanak menjadi kanak-kanak di Zaman kanak-kanaknya. Apabila dia terlarang daripada perkara yang dia tidak terlarang, maka dia akan memberontak apabila dewasa”
Penting untuk berikan kefahaman dan keikhlasan ketika kecil sebanyaknya. Bukan memaksa tanpa mereka mengerti apa keperluannya. Risau sebaik dewasa dan sudah lepas daripada ibu bapa, terus nak rasa apa yang masa kecil tidak dirasa.
Yang telah jelas terhukum dosa pahala itu ialah kita yang dewasa, bukan mereka.
Sumber: Khairunnisa Hamzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak PKP ni tentu mak-mak kena masak sendiri makanan di rumah. Maklumlah nak keluar pun bimbang dengan kes jangkitan yang semakin tinggi ni.
Hal memasak ni, tentu mak-mak ingin tahu pelbagai petua agar bahan-bahan mentah masakan yang dibeli tahan lama.
Ia termasuk kelapa parut. Kali ini petua kelapa parut ini tahan hingga dua hingga tiga bulan. Beli banyak-banyak simpan dalam peti ais.
Bila nak guna hanya ambil sahaja dalam peti ais. Tak perlu dah ke kedai. Nak masak ambil je.
Nak tahu cara penyimpanannya, ini caranya.
TAHAN HINGGA 3 BULAN
1.Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
2. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit.
3. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.
4. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
**Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut . Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
Sumber : Ani Zam Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selamat bergelar bapa pada Isnin lalu selepas isterinya melahirkan seorang bayi perempuan, Azmi Saat meluahkan rasa syukur malah berterima kasih kepada semua yang banyak membantunya dari awal kehamilan.
Luah Azmi lagi menerusi media sosialnya, dia dan isteri yang sudah pun dibenarkan pulang ke rumah amat berterima kasih pada semua.
Bukan itu sahaja bahkan Azmi juga turut berkongsi perkembangan terkini buah hatinya, Khalisa yang kini sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah demam kuning.
“Saya, isteri dan Khalisa masih di hospital. Insya-Allah kejap lagi dah boleh balik.
“Alhamdulillah Khalisa dan ibu sihat. Khalisa belum nampak ada kuning. Harap-harap dia akan terus sihat.
“Sedang duduk sementara tunggu masa untuk keluar, tiba-tiba dapat lawatan dari pihak pengurusan UKMSC. Siap bawa hadiah lagi.
“Terima kasih banyak-banyak atas layanan yang sangat baik tak kira doktor, jururawat dan semua pekerja di sini. Kami sangat menghargainya,” kongsinya.
Allah rezekikan bertemu dengan doktor hebat
Melalui perkongsiannya, Azmi turut berterima kasih kepada doktor yang membantunya dari awal kehamilan sehinggalah menyambut kelahiran bayi perempuannya pada Isnin lalu.
Detik pertemuan yang tidak disangka-sangka bersama Prof Azurah, seperti yang dikongsikan oleh Azmi rupanya menjadi asbab rezeki hebat dari Allah SWT.
“Antara keajaiban Tuhan yang saya dan isteri dapat rasai adalah bertemu dengan wanita hebat yang berada di sebelah isteri itu. Beliau adalah pensyarah dan pakar perunding kanan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di PPUKM. Beliaulah yang bertanggungjawab memeriksa kandungan sampailah membuat pembedahan untuk isteri saya melahirkan puteri kami.
“Saya mula kenal Prof Azurah adalah waktu sesi temubual di TV 3 dalam rancangan Helo Doktor pada bulan Oktober tahun lepas. Waktu itu kami berbincang tentang Kemurungan Pasca Kelahiran. Selesai bersiaran, sempat kami berbual. Barulah kami tahu rupanya kami tinggal di kawasan yang berhampiran. Terus Prof tawarkan untuk hantar saya balik. Tak perlu saya tempah Grab.
“Semasa dalam perjalanan balik, Prof Azurah maklumkan sekiranya saya dan isteri berhasrat untuk buat IVF, beliau sedia membantu. Tanpa disangka rupanya Prof bantu saya bukan untuk urusan IVF tapi terus ke urusan mengandung. Hehehe.
“Kalaulah kalian tahu betapa baiknya layanan Prof kepada kami, pasti kalian turut merasakan betapa kami bersyukur dengan apa yang Allah rezekikan kepada kami. Ia benar-benar keajaiban Tuhan untuk kami. Terima kasih dari lubuk hati kami yang paling dalam buat Prof Azurah dan pembantu-pembantunya.
“Semoga Allah limpahkan keberkatan kepada kalian, peroleh kejayaan dan kesejahteraan di Dunia, bahkan lebih lagi di Akhirat nanti,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Azmi dan isterinya, Nazirah Mohammad selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 6 November lalu selepas pemergian anak pertama, Khairul Afnan pada tahun 2020 kerana mempunyai masalah pernafasan selepas lahir.
Biar sibuk macam mana pun, pempengaruh, Andika Putera mengakui akan mencuba sedaya upaya untuk mencari waktu bersama anaknya, Alisha Puteri.
Menerusi perkongsiannya bersama Podcast Pa&Ma, Andika mengakui dahulu mungkin tak banyak masa dapat diluangkan dengan puteri kesayangan, namun kini anaknya adalah prioriti utama.
Mengimbau kembali detik kelahiran Alisha, bapa penyayang ini mengakui perjalanannya sebagai ayah bukanlah mudah.
“Alisha Puteri bagi saya seorang anak yang luar biasa, banyak kejadian Ajaib yang berlaku pada dia.
“Tahun 2021, saya dan isteri kena Covid-19 dan waktu tu dia terpaksa melahirkan anak waktu itu.
“Tambah sukar bila doctor kata anak yang ada masalah sumbing kemungkinan oksigen tak cukup lebih tinggi.
“Alhamdulillah dengan izin Allah masa dia lahir cuma sumbing tetapi langsung tak ada masalah pernafasan. Doktor pun terkejut,” katanya berkongsi.
Keadaan tambah mencabar bila mana kesukaran hendak menyusukan anaknya hanya disebabkan masalah sumbing yang dialami.
“Waktu menyusu terpaksa ambil masa empat hingga lima jam sebab tak boleh guna puting botol biasa. Terpaksa di tempah.
“Anak menangis lapar tapi tak boleh menyusu, semuanya ajar kami tentang kesabaran.
“Kecaman netizen juga agak mencabar buat kami waktu itu terutama bekas isteri saya.
“Selain itu kami juga berdepan dengan masalah speech delay yang dialami Alisha dan kini berdepan masalah mata.
“Pembedahan sumbing yang dijalaninya ketika berusia satu tahun itu kini memberi kesan kepada matanya dimana hanya satu mata sahaja yang berfungsi.
“Malah dia kini berdepan masalah 3D yang mana masalah pada kesesuaian jarak pada penglihatannya,” tambahnya lagi.
Gambar kenangan bersama bekas isteri.
Kehidupannya kini tambah mencabar bila terpaksa menguruskan anak sendiri selepas berpisah dengan bekas isteri.
Namun, Andika yang mesra disapa Dika ini terus positif untuk membesarkan anaknya itu dan sangat bersyukur dengan pencapaian Alisha sekarang.
Tambah Andika lagi, anak kecilnya itu sudah mula pandai meniru apa yang dilakukannya di rumah.
Malah kini sudah pandai mengira dan kini pandai berselawat dan setiap malam akan berzikir sama-sama dengan anaknya. Tak ketinggalan sudah pandai menari.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ibu bapa kepada bayi 8 bulan yang maut, Muhammad Al-Fateh Amri, selepas didakwa didera pengasuh di sebuah taman asuhan di Melaka terharu apabila ditawarkan rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) percuma oleh Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).