Jika ingin diimbau zaman kanak-kanak, mesti ada yang melaluinya betapa kita menunggu hari-hari istimewa untuk ibu ayah bawa kita seisi keluarga menikmati makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).

Jika bukan untuk ‘makan special’ pada hari ayah mendapat gaji, paling tidak untuk meraikan hari jadi adik beradik. Memang keseronokkannya sukar untuk digambarkan.

Pun begitu, baru-baru ini seorang pemuda berkongsi video di aplikasi Tik Tok yang cukup menyentuh hati netizen hingga meraih 6 juta tontonan.

Dapat Upah Tanam Rumput Terus Belanja Ibu Ayah Makan KFC, Tindakan Anak Ni Dapat Pujian Netizen!

Anak muda ini dilihat merakam detik bermakna dan manis bersama ibu ayahnya yang sedang menjamu selera di restoran terkenal ayam goreng yang terletak di Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.

Difahamkan, semua itu setelah dia menerima duit upah menanam rumput.

Dapat Upah Tanam Rumput Terus Belanja Ibu Ayah Makan KFC, Tindakan Anak Ni Dapat Pujian Netizen!

Memetik perkongsiannya bersama mStar, Mujibul Talib yang bekerja sebagai kerani perakaunan di sebuah syarikat di Pasir Gudang dan melakukan kerja sambilan mengambil upah menanam rumput karpet itu mengakui terkejut mendapat tahu videonya tular dan meraih perhatian ramai.

@thetalib_😉

♬ original sound – 49ers Fan

Mengambil upah menanam rumput karpet sebagai kerja sampingan

“Masa tu saya baru balik dari tanam rumput karpet. Kebetulan dapat bayaran cash, saya terus bawa mak ayah keluar belanja makan.

“Mula-mula ingat nak belanja makan dekat satu kedai makan ni tapi tutup pula. Lepas tu saya nampak KFC terus bawa mereka makan dekat restoran tu.

“Masa tengah makan terimbas pula masa saya kecil dulu, susah nak dapat makan KFC ni sebab pada zaman tu harganya dianggap mahal.

“Saya pula datang dari keluarga susah. Dulu masa kecil, pernah saya teringin nak makan KFC tapi kena marah dengan mak… lepas tu kami pergi pasar malam je beli makanan,” imbasnya.

Dapat Upah Tanam Rumput Terus Belanja Ibu Ayah Makan KFC, Tindakan Anak Ni Dapat Pujian Netizen!

Raikan Ibu Ayah 

IKLAN

Mujibul Talib yang mesra disapa Muji berkata, dia percaya walaupun hidangan itu sudah dianggap mampu milik seiring perubahan zaman tapi dia percaya masih ada lagi keluarga yang menganggapnya makanan mewah dan hanya menikmatinya untuk hari istimewa tertentu.

Bercerita lanjut Muji berkata dia sebenarnya tidak perlu menunggu untuk mendapat upah kerja sambilan untuk membelikan KFC untuk ibu bapanya cuma kebetulan ketika video tersebut dimuatnaik, dia baru saja dibayar upah secara tunai dan wang itu digunakan untuk membayar KFC.

Dapat Upah Tanam Rumput Terus Belanja Ibu Ayah Makan KFC, Tindakan Anak Ni Dapat Pujian Netizen!
Muji (belakang, dua dari kiri)

Menurut anak bongsu daripada tiga adik beradik ini, segala penat lelah bekerja mencari duit terus hilang setiap kali dia membelanjakannya untuk ibu bapa dan keluarga.

“Saya kongsi video di TikTok tu untuk simpan momen manis dengan mak ayah sebagai kenangan. Bila-bila nanti saya boleh tengok balik video tu. Tak sangka pula boleh jadi viral.

“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan saya, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat nak buat lebih lagi,” ujarnya.

Siapa sangka video berdurasi 15 saat itu mendapat sambutan sehingga ramai yang mendoakan kebaikan kepada pemuda ini.

Muji memberitahu selepas video itu menjadi tular, dia mendapati rupanya ramai yang berkongsi cerita di ruangan komen beranggapan bahawa makan KFC masih lagi dijadikan sebagai makanan yang ada nilai sentimental.

Tambah Muji yang menetap di Kota Masai bersama ibu bapanya ini, jika sudah mendirikan rumahtangga kelak, dia tetap sanggup untuk bekerja lebih keras demi membahagiakan mereka.

“Lepas kahwin nanti pun saya tak akan lupakan ibu bapa. Saya akan tetap bawa ibu bapa pergi makan macam sekarang. Saya pun anak lelaki last dalam keluarga.

IKLAN

“Bagi saya, mak ayah tak ada minta pun spesifik nak apa-apa tapi kita sendiri kena cari sesuatu yang boleh bahagiakan mereka sebab rezeki kita pun berkat daripada doa mak ayah juga.

“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk mak ayah. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena bahagiakan mereka,” ujarnya.

Sumber : thetalib_ & mStar

Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.

Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

IKLAN

 

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Dapat Upah Tanam Rumput Terus Belanja Ibu Ayah Makan KFC, Tindakan Anak Ni Dapat Pujian Netizen!

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI