Memasak adalah antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kaum wanita. Salah satu aksesori memasak mesti adalah senduk untuk memasak. Lebih menarik, ada pelbagai warna dan jenis senduk. Bila aksesori warna warni dapur pun nampak menarik. 

Namun, penggunakan senduk jenis silikon ini bukan main ‘ redah’ aje. Kena tahu cara penggunaannya supaya tidak memudaratkan kesihatan. Bayangkan jika terendam dalam kuali panas, minyak pulak kelihatan berbuih kemudian sudah tentu senduk yang cantik pun rosak. 

Nak tahu cara yang betul penggunaannya dan sebabnya, ikuti penjelasan pakar kimia, Fatimah Salim mengenai hal ini.

Ikuti perkongsian ini. 

Patutlah Minyak Berbuih Bila Guna Senduk Silikon. Alert Penjelasan Pakar Kimia Ni.

IKLAN

Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa seperti ss di bawah mengenai senduk silikon yang berbuih apabila digunakan untuk mengoreng.
Sebenarnya saya sudah menjawab beberapa kali isu ini di ruangan komen. Sebab kerap ditanya, eloklah juga dibuat siaran khas agar mudah dikongsikan pautannya.
Baiklah.

SEBAB BERBUIH
Minyak berbuih disebabkan oleh degradasi struktur kimia yang membentuk minyak atau kontaminasi (tidak tulin) minyak dengan benda asing (impurities). Apabila dipanaskan, tenaga kinetik molekul-molekul minyak akan bertambah, lalu memaksa penolakan benda asing ini ke permukaan minyak. Keadaan ini lah menyebabkan terbentuknya buih pada minyak.

IKLAN

Untuk kes senduk silikon yang berbuih ini kemungkinan besar disebabkan integriti struktur binaan senduk terganggu dengan suhu panas minyak. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kualiti silikon itu sendiri tidak tahan tahap kepanasan minyak. Komponen yang membentuk senduk ini bercampur dengan minyak sebagai benda asing, punca terbentuknya buih tadi.

Patutlah Minyak Berbuih Bila Guna Senduk Silikon. Alert Penjelasan Pakar Kimia Ni.
Saya secara peribadi hanya menggunakan senduk logam atau kayu untuk memasak pada suhu tinggi. Setakat pengalaman, senduk silikon biasa mengerutu dihujung kerana bersentuhan terus dengan permukaan kuali yang sememangnya pengalir haba yang sangat bagus.

IKLAN

Silikon apabila termakan dalam kuantiti sedikit itu tidaklah boleh menyebabkan mudarat kepada kesihatan. Namun anda boleh
• elakkan senduk digunakan pada suhu tinggi seperti menggoreng.
• kurangkan interaksi senduk dengan minyak dengan tidak membiarkan senduk terendam lama dalam minyak.
• elakkan senduk bersentuhan terus dengan permukaan kuali.
• gunakan senduk ini untuk menyenduk makanan telah dimasak, atau mengacau kuah yang berasaskan air saja.

Nota: Minyak yang telah digunakan berulang kali juga akan menjadi lebih likat kerana terperangkapnya lembapan, udara dan komponen masakan seperti kanji, protein dan saponin yang boleh menyebabkan berlakunya buih. Benda asing ini juga penyebab lambat dan kurangnya tahap kepanasan minyak.

Kredit: Fatimah Salim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI