Dapur Cantik & Bersih Bukan Tak Masak, Tapi Habit Tak Suka Bersepah. Ramai Beri Pujian!

Share

Lazimnya ruang memasak adalah ruang yang penuhi dengan sisa minyak dan barang-barang masak termasuk kuali, periuk dan barang perkakasan lain. Jika yang masak hari-hari tentu dapur agak kelam kabut.

Namun itu segelintir sahaja, ada juga yang jenis tidak suka dapur kelihatan bersepah walaupun memasak setiap hari.

Mereka sanggup mengemas semua perkakasan memasak sebelum masuk tidur. Barang-barang dibasuh dan ruang memasak di lap dengan sempurna agak tiada kesan minyak memasak.

Sikap kerajinan luar biasa ini, menyebabkan ada yang beranggapan dapur yang cantik biasanya pemlik tidak memasak.

Pandangan ini, disangkal oleh seorang lelaki, saudara, Asri Meris Anthony 

yang menyifatkan ia tidak benar. Baginya isterinya setiap hari memasak tapi dapur masih maintain kemas dan bersih.

Bagaimana pun beliau turut membantu isteri mengemas ruang dapur. Katanya, sikap pembersih ini patut menjadi amalan agar menjadi ikutan anak-anak.

Alhamdulillah, setakat ni orang rumah hampir setiap hari masak.. Biarpun kadang2 beli makanan dari luar utk ubah2 selera, tapi paling kurang mesti kena masak.
Tak semestinya kalau nak kekalkan dapur sentiasa bersih kita kena makan luar. Jadikan amalan bila nampak dapur bersepah cepat-cepat kemas.
Tips
Benda ni semua bukan di bahu orang rumah sorang! Kita sebagai suami kena alert.. Sama2 memainkan peranan.
Kalau salah seorang sebok, tak sempat atau tak larat, kita kena take turn! Yang penting jangan tunggu & tangguh.. Sebab nanti takut jadi habit.
Anak-anak kalau nampak kita selalu maintain kebersihan rumah dengan konsisten, insyaAllah dorang pun akan follow rentak kita dan ‘ralat’ untuk buat sepah..
Trust me, everything starts from HOME!

Ramai warganet bersetuju dengan pandangan lelaki ini. Malah ada yang berkongsi ruang dapur yang dijaga kebersihan dan deko yang kemas.

Aziah Razali: Betul. Takkan kalo rajin masak dapur kena bersepah2. Adoi laa…

Rohaniza Mohd Zahari: Setuju… Tak semestinya nk dpur sts kemas bersih, tak memasak.. Klu mmg jenis pengemas, pembersih suka yg cntik tersusun teratur, mmg akn sts kekalkan keadaan tu walau cemanapun… Untung Asri Meris Anthony dan wife. Suka tgok setiap sudut dlm umah uols.
Naz Mohamed: Masak 2x sehari setiap hari. 100% mkn di rumah. Semua simpan dlm kabinet
Snur Sollehah: Hala2. betul sgt tu anak2 follow perangai kita , saya antara yg kemas dapur.. sy bekerja, breakfast & dinner mmg masak, ada time beli gak.. dapur sy mmg kemas.. tak suka sepah, even rumah sy kemas walau ade anak2 ..3 boys 1 girl kecik.. just nak share .. kita boleh

Apa yang pasti, dapur yang bersih dan kemas, akan membuatkan kita memasak dengan penuh kasih sayang dan tenang.

Jom projek kemas dapur hujung minggu ni!

Sumber: Asri Meris Anthony

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN