Lazimnya ruang memasak adalah ruang yang penuhi dengan sisa minyak dan barang-barang masak termasuk kuali, periuk dan barang perkakasan lain. Jika yang masak hari-hari tentu dapur agak kelam kabut.
Namun itu segelintir sahaja, ada juga yang jenis tidak suka dapur kelihatan bersepah walaupun memasak setiap hari.
Mereka sanggup mengemas semua perkakasan memasak sebelum masuk tidur. Barang-barang dibasuh dan ruang memasak di lap dengan sempurna agak tiada kesan minyak memasak.
Sikap kerajinan luar biasa ini, menyebabkan ada yang beranggapan dapur yang cantik biasanya pemlik tidak memasak.
Pandangan ini, disangkal oleh seorang lelaki, saudara, Asri Meris Anthony yang menyifatkan ia tidak benar. Baginya isterinya setiap hari memasak tapi dapur masih maintain kemas dan bersih.
Ads
Bagaimana pun beliau turut membantu isteri mengemas ruang dapur. Katanya, sikap pembersih ini patut menjadi amalan agar menjadi ikutan anak-anak.
Alhamdulillah, setakat ni orang rumah hampir setiap hari masak.. Biarpun kadang2 beli makanan dari luar utk ubah2 selera, tapi paling kurang mesti kena masak.
Tak semestinya kalau nak kekalkan dapur sentiasa bersih kita kena makan luar. Jadikan amalan bila nampak dapur bersepah cepat-cepat kemas.
Tips
Benda ni semua bukan di bahu orang rumah sorang! Kita sebagai suami kena alert.. Sama2 memainkan peranan.
Kalau salah seorang sebok, tak sempat atau tak larat, kita kena take turn! Yang penting jangan tunggu & tangguh.. Sebab nanti takut jadi habit.
Anak-anak kalau nampak kita selalu maintain kebersihan rumah dengan konsisten, insyaAllah dorang pun akan follow rentak kita dan ‘ralat’ untuk buat sepah..
Trust me, everything starts from HOME!
Ads
Ramai warganet bersetuju dengan pandangan lelaki ini. Malah ada yang berkongsi ruang dapur yang dijaga kebersihan dan deko yang kemas.
Rohaniza Mohd Zahari: Setuju… Tak semestinya nk dpur sts kemas bersih, tak memasak.. Klu mmg jenis pengemas, pembersih suka yg cntik tersusun teratur, mmg akn sts kekalkan keadaan tu walau cemanapun… Untung Asri Meris Anthony dan wife. Suka tgok setiap sudut dlm umah uols.
Naz Mohamed: Masak 2x sehari setiap hari. 100% mkn di rumah. Semua simpan dlm kabinet
Snur Sollehah: Hala2. betul sgt tu anak2 follow perangai kita , saya antara yg kemas dapur.. sy bekerja, breakfast & dinner mmg masak, ada time beli gak.. dapur sy mmg kemas.. tak suka sepah, even rumah sy kemas walau ade anak2 ..3 boys 1 girl kecik.. just nak share .. kita boleh
Apa yang pasti, dapur yang bersih dan kemas, akan membuatkan kita memasak dengan penuh kasih sayang dan tenang.
Jika bayi membesar dengan susu dan waktu tidur yang cukup, begitu juga dengan anak-anak kecil yang sedang membesar. Mereka memerlukan waktu tidur yang mencukupi terutama untuk ke sekolah dan dapat belajar dengan baik.
Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Dikurniakan seorang anak Autisme bukan satu kelemahan dan kekurangan bagi ibu bapa. Malah, ia adalah anugerah terindah dan amanah yang diberi oleh Allah SWT di dunia ini.
Ramai yang anggap anak autisme ini sekadar tahu bermain sahaja. Mereka pun ada kelebihan tersendiri yang mungkin tak ada pada orang lain.
Samalah dengan seorang personaliti televisyen dan pengacara TV3, Irin Putri yang juga memiliki anak syurga ini. Sebelum ini pun video yang memaparkan salah seorang anak lelakinya yang juga merupakan autisme hebat bermain piano.
Baru belasan tahun, puteranya Raees Aryan Ezmir kelihatan sangat mahir memainkan pelbagai lagu dengan menggunakan pianonya.
Memilik anak autisme juga perlu ada kesabaran yang tinggi kerana setiap daripada mereka ada ragam yang berbeza. Seperti Raeess yang baru-baru ini terlibat dalam proses penggambaran program Astro, Pa&Ma Playdate dikatakan sedikit terganggu.
Menerusi perkongsian video di Tik Tok oleh ibunya Irin, Raees kelihatan sedikit beremosi dan mahu segera pulang kerana sudah tak selesa berada di lokasi penggambaran tersebut.
“Bila rutin Raees terganggu dan dia dah lama sabar. Dapat jugak habis shoot walaupun struggle sikit,” tulisnya.
Meskipun begitu, Irin dan seluruh kru produksi yang terlibat berusaha memujuk Raees agar dapat menghabiskan kesemua babak dalam program itu.
Setelah beberapa percubaan memujuk, akhirnya Raees kembali tenang dan berjaya menghabiskan penggambaran dengan baik.
“Berjaya pujuk dan sempat habiskan scene dalam rumah”.
Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai netizen yang turut meluahkan rasa simpati dan sebak dengan keadaan Raees pada waktu itu.
Irin Putri juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu adik kepada Raees, Razeen Ayman.
Sumber: Tik Tok Irin Putri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
pelakon dan juga usahawan, Ardell Aryana, dikhabarkan akan pergi ke negeri itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Dalam perkongsian suaminya menerusi laman instagram, Nadzmi Adhwa memuat naik video saat Ardell mengucapkan selamat tinggal sebelum berangkat ke Sabah.
Nadzmi menerusi perkongsian itu memohon doa daripada orang ramai agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang berada di Sabah.
“Salam semua nak minta kalian semua doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang 🤲🏻 Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu. Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu ❤️🤲🏻 Saya sayang awak 😘 Abi tahan airmata tadi 🤣
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut mendoakan semoga Ardell dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.