Lima tahun lalu, pasangan sama cantik sama padan ini hanya beraya berdua di pagi Syawal. Begitu rutin setiap tahun yang dilalui oleh pasangan usahawan berjaya, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim ini. Sunyi tanpa insan bergelar anak.

Tapi itu dulu. Kini Fizo dan Mawar mengakui berdebar menantikan Syawal nan mulia. Kehadiran Wan Maryam Binti Wan Hafizol, cinta hati yang baru berusia 5 bulan ini nyata menyempurnakan kehidupan pasangan ini.

Wan Maryam yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 ternyata merubah kehidupan Fizo dan Mawar. Sekaligus membawa status baru bagi mereka, bergelar mommy dan daddy.

Bila Maryam Jadi Rebutan Ahli Keluarga, Pening Fikirkan Nak Beraya Di Mana Dulu -Fizo Omar

Kata Fizo, raya kali ini cukup berbeza.

“Kalau cerita pasal raya, memang kali ni raya yang cukup bermakna buat saya dan Mawar kerana ada Maryam. Pun begitu yang jadi masalahnya kerana saya dan Mawar makin sukar nak buat keputusan beraya di mana pada pagi raya.

Kedua-dua keluarga, baik di Penang dan Kelantan minta untuk kami beraya bersama-sama mereka. Semuanya kerana Maryam. Mahu Maryam ada bersama-sama mereka di pagi raya. Pening juga dibuatnya.

Bila Maryam Jadi Rebutan Ahli Keluarga, Pening Fikirkan Nak Beraya Di Mana Dulu -Fizo Omar

IKLAN

Bagi saya dan Mawar, kami tidak kisah beraya di mana terlebih dahulu. Mungkin tahun ini kami akan beraya di Penang terlebih dahulu dan kemudian barulah pulang ke Kelantan.

Raya tanpa persalinan yang cantik dan baru memang tidak sah rasanya. Mawar pula teruja menyediakan beberapa persalinan buat keluarga kecilnya, lebih-lebih lagi semenjak Maryam hadir dalam hidup mereka.

Bila Maryam Jadi Rebutan Ahli Keluarga, Pening Fikirkan Nak Beraya Di Mana Dulu -Fizo Omar

“ Saya sudahpun mempersiapkan beberapa persalinan buat saya, suami dan anak. Memang teruja nak beraya bersama Maryam, lebih-lebih bila Maryam sudah ada koleksi sendiri iaitu Maryam Fareeda Kids. Jadi dapatlah melaram di hari raya nanti,” kata Mawar lagi.

Maryam Anak Yang Tak Meragam
Pengalaman mengandung dan melahirkan Maryam adalah satu anugerah terindah dalam hidup semua wanita. Begitu juga yang dilalui oleh Mawar.

IKLAN

Perjalanan kisahnya demi mendapatkan Maryam bukanlah mudah. Pernah melalui titik suram bilamana terpaksa berdepan dengan masalah Endometriosis dan cyst pada tahap 3 yang dihidapinya di awal perkahwinan.

Bila Maryam Jadi Rebutan Ahli Keluarga, Pening Fikirkan Nak Beraya Di Mana Dulu -Fizo Omar

Namun kini berkat usaha dan kesungguhan mereka, Allah kurniakan Maryam sebagai pelengkap pasangan ini. Kini Maryam membesar dengan sihat seperti anak-anak lain.

Darah campuran Penang dan Kelantan ini cukup sempurna buat Maryam. Walaupun masih kecil namun kecantikan Maryam sudah jelas terlihat. Alis matanya cantik, secantik ibunya.

Pengalaman lima bulan menjaga dan membesarkan Maryam pastinya mencatatkan memori indah buat Mawar dan Fizo. Kedua-duanya menyifatkan Maryam sebagai anak yang cukup baik malah tidak pernah meragam.

IKLAN

“ Boleh dikatakan sekarang saya jarang menghadap telefon. Betullah orang kata bila dah ada anak benda lain pun sudah semakin tidak fokus. Anak jadi keutamaan saya setiap masa. Kalau boleh saya hendak menghadap Maryam sahaja,” kata Mawar lagi.

Memilih untuk menyusukan badan secara eksklusif buat Maryam, Mawar bangga dapat melakukan sedemikian dan ini merupakan yang diidam-idamkannya sejak dulu.

Bila Maryam Jadi Rebutan Ahli Keluarga, Pening Fikirkan Nak Beraya Di Mana Dulu -Fizo Omar

“ Walaupun terpaksa berjaga setiap malam dan mengepam susu setiap dua jam namun saya puas hati malah rasa bangga dapat buat yang terbaik buat Maryam,” katanya lagi yang sudah pun mengeluarkan produk jenama Maryam Fareeda Kids.

Bagi Fizo pula, Maryam merupakan anak yang jarang meragam.

“ Kalau demam pun dia tak merengek dan meragam. Malah kalau tengah malam minta susu pun dia tak menangis. Cemas juga ketika Maryam pertama kali demam dan dimasukkan ke wad seminggu tapi alhamdulillah dia anak yang kuat dan makin pulih. Kini Maryam dan pandai ketawa dan sudahpun mula meniarap pada awal Mei lalu,” kata Fizo lagi berkongsi gembira.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI