“Dari Atok, Anak, Cucu Segala Awet Muda..”-Netizen Teruja Tak Sangka Naszeli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu!

Share

“Dari Atok, Anak, Cucu Segala Awet Muda..”-Netizen Teruja Tak Sangka Naszeli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu!

Kebiasaanya bila seseorang itu sudah bercucu, tentu kita dapat membayangkan orang tersebut sudah nampak berusia. Namun berbeza sungguh dengan Naszeli Ngasri, iaitu anak kepada Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini yang nampak begitu muda namun sebenarnya sudah ada dua orang cucu.

Bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan seluruh keluarga Ngasri ini semuanya seakan tidak dimamah usia. Apa tidaknya lihat sahaja Bell, Datin Anne  dan Darling, semuanya kekal maintain macam dulu-dulu. Muda sentiasa!

Lantaran itu, bila baru-baru ini Naszeli ada berkongsi beberapa keping gambar dan video dia bersama seorang bayi yang sangat comel telah mencuri tumpuan wargamaya. Melalui perkongsian tersebut, netizen ada yang tidak percaya bahawa Naszeli rupanya bergelar datuk kepada dua orang cucu dek kerana nampak muda.

Bahkan penampilan isterinya juga cukup menarik perhatian, nampak cantik dan muda sekali hingga membuatkan ramai juga yang ingin mencungkil rahsia keluarga ini kekal muda.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN