Dari Kuaters Biasa Lelaki Ni Tukar Cat & Dekor Simple Tapi Nampak Moden & Mewah. Bersih, Kemas & Cantik Hasilnya!

Share

Siapa kata rumah kuaters tidak boleh menghias dengan cantik dan nampak lebih eksklusif? Tidak dinafikan bab-bab hias ini pasti kena keluar modal kan tapi jika pandai berjimat pasti ada barang-barang kelengkapan yang sesuai dengan apa yang anda inginkan.

Memandangkan kediaman kuaters adalah hak milik kerajaan, jadi tak boleh nak sewenang-wenangnya tukar itu ini.

Namun, dengan kreativiti dan pemilihan perabot serta cat misalnya dapat membuatkan  kediaman ini daripada biasa kepada luar biasa.

Inilah yang admin nak kongsikan contoh terbaik sepertimana yang ditunjukkan saudara Firdaus Firman

dikediamannya.

Nak mohon kuarters kerajaan memang susah nak dpt dkt tgh2 bandar kl ni… Dapat pun rumah dah berusia lbh 50 tahun… Bersyukur jelah…

Ni lah teratak bujang ku… Cat dinding je x berani nak buat lebih2 sbb rumah kerajaan… Bila2 masa je kena pindah…

Dapur berubah wajah selepas dicat. Cantik dan kemas hasilnya

Daripada begini kepada hasil yang cukup simple tapi bersih. Kreatif betul lelaki ni.

IKLAN