Dari Permainan Video, Sonic Si Landak Biru Kini Beraksi Di Pawagam

Share

Nampaknya ramai yang berpuas hati dengan penampilan baru watak permainan video Sonic berbanding tahun lalu semasa pertama kali mereka mengumumkan untuk difilemkan.

Individu zaman 90an semestinya mengenali watak si kecil landak biru ini terutamanya bagi yang gemar bermain permainan video seperti playstation, nintendo dan gameboy. Jom kita kembali ke masa silam dengan menonton watak dari kartun animasi SEGA kegemaran ramai ini di pawagam pula!

Filem Sonic The Hedgehog arahan Jeff Fowler ini mengisahkan tentang Sonic, seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing yang tinggal di sebuah planet dan dibesarkan oleh Longclaw ( seekor burung hantu).

Oleh kerana Sonic mempunyai kuasa luar biasa, dia diburu dan terpaksa melarikan diri ke planet lain untuk menyelamatkan dirinya menggunakan gelung emas pemberian Longclaw.

Ketika tinggal di bumi, Sonic telah menimbulkan satu kekecohan menyebabkan kewujudannya dihidu oleh penjahat Dr.Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.

 

Setelah merasakan dirinya diburu, Sonic berkenalan dengan Tom Wachowski iaitu seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, dan bekerjasama untuk menentang Dr. Robotnik.

Agaknya, kuasa apa yang dimiliki oleh Sonic sehingga dia perlu melarikan diri setiap kali diburu? Berjayakah Sonic menyelamatkan diri? Nak tahu, jom ramai-ramai ajak keluarga dan kawan-kawan untuk saksikan kehebatan Sonic bermula 13 Februari!

IKLAN