Setiap insan lahir dengan jiwa yang suci, dan rumah menjadi ladang pertama untuk menanam benih cinta tanah air. Ibu ayah bukan sekadar penjaga raga, tetapi juga pengikat jiwa untuk tunjukkan kepada anak-anak bahawa mencintai negara adalah umpama mengasihi keluarga sendiri.

Dari senyuman kecil di ruang tamu, sampai ke doa yang dibisikkan setiap malam, semuanya boleh menjadi titik mula untuk memupuk semangat patriotisme.

Kisah Wira, Warisan Untuk Generasi

Anak-anak membesar dengan cerita. Jika mereka didedahkan dengan kisah sang naga dan puteri kayangan, mengapa tidak dengan cerita sebenar tentang wira-wira tanah air yang berjuang demi kemerdekaan? 

Dari Rumah Bermula Cinta, Dari Jiwa Lahir Setia!

Saat kaki kecil mereka menapak ke muzium, biarlah mata mereka terbuka melihat sejarah bangsa. Dan bila kita bercerita tentang pengorbanan pejuang dahulu, biarlah ia disulam dengan rasa bangga, agar mereka mengerti bahawa nikmat kebebasan hari ini lahir daripada keringat dan darah generasi terdahulu.

Jalur Gemilang, Simbol Kasih Tak Bertepi

Setiap kali bendera dikibarkan, hati kecil anak-anak akan bertanya, “Kenapa kain ini begitu istimewa?” Di sinilah peranan ibu ayah untuk menjadikan detik menaikkan bendera bukan hanya ritual, tetapi upacara cinta. 

Ads

Ajak mereka menghias rumah dengan Jalur Gemilang, biar tangan kecil itu menyentuh helaiannya, supaya mereka tahu bahawa setiap warna membawa makna, setiap jalur membawa cerita, dan setiap bintang membawa harapan.

Patriotisme Dalam Nadi Kehidupan

Cinta negara tidak semestinya hanya menunggu tibanya 31 Ogos. Ia boleh dihidupkan dalam detik-detik kecil setiap hari seperti melalui lagu patriotik yang berkumandang di dapur ketika ibu memasak, ketika berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang ditutur dengan penuh bangga atau melalui hidangan nasi lemak dan rendang yang diceritakan asal usulnya kepada anak-anak.

Dari Rumah Bermula Cinta, Dari Jiwa Lahir Setia!

Ads

Dari hal-hal kecil inilah, anak-anak belajar bahawa negara ini bukan sekadar tanah, tetapi sebuah rumah jiwa yang menjadi tempat di mana kasih sayang dan kebanggaan bertemu.

Tempat Letak Harmoni; Kisah Dua Rumah Ibadat Penuh Kemuafakatan

Menghargai sambutan kemerdekaan yang ke-68 tahun 2025 ini, Astro telah menghasilkan tiga buah video istimewa yang berkongsi tentang lagu patriotisme dengan sentuhan anak muda dan dihiasi dengan jalan cerita yang sangat membuka mata. 

Dari Rumah Bermula Cinta, Dari Jiwa Lahir Setia!

Ads

Salah satu episod yang diterajui oleh Aril Pilus, Daniel Sher, Wani Kayrie iaitu Tempat Letak Harmoni yang mengangkat simbol keharmonian rakyat Malaysia melalui keindahan dua rumah ibadat yang berdiri bersebelahan iaitu Masjid An-Naim dan Gereja Good Shepherd Lutong. 

Dari Rumah Bermula Cinta, Dari Jiwa Lahir Setia!

Ia menjadi bukti bahawa semangat cintakan negara bukan sahaja tentang kibaran bendera atau laungan merdeka, tetapi juga tentang rasa hormat yang mendalam terhadap kepercayaan dan budaya yang berbeza. Apabila masyarakat boleh berkongsi ruang dengan penuh damai, di situlah letaknya nilai sebenar patriotisme.

Lebih dari sekadar sebuah dokumentasi, video ini menyampaikan mesej bahawa kekuatan Malaysia lahir daripada perpaduan rakyatnya. Saling menghormati antara kaum dan agama adalah asas untuk kita terus maju sebagai bangsa merdeka. 

Dari Rumah Bermula Cinta, Dari Jiwa Lahir Setia!

Inilah roh sebenar kemerdekaan yang melambangkan kebebasan, bukan sahaja diraih daripada penjajah, tetapi juga kebebasan untuk hidup bersama dalam harmoni, dengan kasih sayang dan toleransi sebagai tiang utama negara.

Ayuh, sama-sama bangkitkan semangat kemerdekaan dengan menonton episod penuh Inilah KITA di sini: https://bit.ly/4fX12sd

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads