Dari Sebotol Boleh Jadi 6 Botol Sabun Pencuci Pinggan. Wanita Ni Dah Buat, Puas Hati Sangat & Super Jimat!

Share

Perasan atau tidak sabun pencuci pinggan di rumah begitu cepat habisnya. Kadang-kadang tak sampai sebulan, terpaksa beli yang baharu. Lagi-lagi bila menggunakan sabun pencuci pinggan jenis cecair, terasa ‘seronok’ sahaja menggunakannya. Sedar-sedar habis setengah botol dituang.

Itu belum cerita lagi bila anak-anak mencuci pinggan mangkuk, mahu sebotol habis dituangnya.  Selagi tidak berbuih banyak selagi itulah dituangnya cecair pencuci pinggan mengikut sesuka hati.

Jadi terfikir-fikir juga cara bagaimana untuk kita dapat berjimat. Oleh itu, apa kata guna trik atau teknik yang dipraktikkan oleh Puan Roslina ini.

Menurutnya daripada sebotol sunlight 1 liter dia boleh jadikan 6 liter sabun pencuci tanpa menjejaskan keupayaan bahan pencuci tersebut menanggalkan kesan minyak dan kotoran yang ada pada  pinggan mangkuk.

Sungguh menarik perkongsian ini, bukan dan rugi kiranya jika tidak dicuba.

Bahkan menurut Puan Roslina lagi, dia sangat bersyukur mempraktikkan kaedah ini. Sejak dia mengamalkan cara ini dia dapat berjimat. Dulu dalam sebulan dia menggunakan 3 botol yang 1 liter. Sekarang ini dengan 1 liter, sebulan pun tak habis.

Jadi buat anda yang ingin mencuba berjimat dengan menghasilkan cecair pencuci ini, begini caranya.

Garam halus setengah kilo, nanti tambah air panas dalam tu. Kacau sampai larut baru letak dalam botol berisi sunligth.

Selepas itu tambah air paip biar penuh baru goncang biar sebati.

Sedia untuk digunakan.

Anda mesti tertanya-tanya kenapa perlu letak garam?

Menurut salah seorang pemilik akaun Twiiter @aiman_ideris

, sabun akan jadi lebih berkesan jika ditambah dengan garam. Setiap pencuci sabun sememangnya mempunyai komponen utama iaitu sodium (Na) yang dikenali juga sebagai garam. Salah satu sebab kita tambahkan garam supaya garam itu cair dalam larutan sabun kemudian jadikan cecair itu lebih pekat.

 

Sumber : Ros Lina

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN