Lazimnya anak-anak apabila memasuki sekolah rendah akan mulai berhenti minum botol susu.
Namun ada segelintir yang masih berbuat demikian. Begitulah yang dilalui seorang ibu ini. Sambil berseloroh turut bertanya adakah ramai ibu bapa mempunyai anak yang masih menyusu botol.
Nyata ada yang berkongsi tip cara berenti menyusu botol dan juga pasrah anak masih menyusu malah ada sehingga darjah 6!
Ikuti perkongsian ini
Ads
______________
Malu apa bos ku.Isi minyak full tank dlu sbelum g skolah… Umur ank saya 7 tahun baru je masuk darjah 1… Seorg yg aktif..tapi Jenis kurang makan… Kalau makan jenis yg suka pilih makanan.
Hari-hari pngasuh buat ayam pedas. Tp bab menyusu addicted benor…. dah macm cara buat nk bg kurngkan skit atau stop terus… Saya dh try kasi susu dalm cawan.. Tp failed jgk.. Sapa ada ank yg mcm saya. . Smpai umur brapa diorg stop…
Ads
WARGANET KONGSI TIP
Dalam pada warganet berkongsi tip cara untuk hentikan minum menggunakan botol susu.
“ Arwah opah aku dulu buat utk aku, koyakkan puting botol susu, letak lipas dalam tu dgn sirap kenkonon darah. Tahniah arwah berjaya,cucu dia mmg tertipu .Tapi effectnya, sampai sekarang aku trauma dgn lipas.
“ Saya amalkan petua mudah dari kakak saya. Masa birthday anak yang ke2, jangan bagi dia puting atau botol. Gantung atau letak keduanya kat para. Selama sehari semalam biar je kat situ. Esoknya dia takde minta lagi puting atau botol tu. Saya buat untuk semua 4 orang anak dan alhamdulillah semuanya menjadi. Bangun besok pagi terus buat susu dalam cawan dan elok je mereka minum. Takde meragam atau mengamuk.
“ Dulu mak saya letak cili dekat puting botol tu.. lepas tu stop dah.
“ sy ade 2 org ank . umur 6 dgn 3 . tahun lepas mmg ambik keputusan utk buang botol susu gnti kn dgn botol straw . sehari 2 dia mcm tkleh terima . setiap pg akn bancuh susu dlm jug minum pakai cawan . alhamdulilah 2 2 bnti botol . botol straw pon diorg xnk .
RUPANYA ADA LAGI YANG MASIH MINUM SUSU DENGAN BOTOL.
“ Same..min..darjah 3 ni..belum benti lg😂😂..kita sorok simpn..yer merajuk..xnk mkn..last2..yer buat sendiri..bila time yer nak..adik2 dh jarang2 minx..bdn pon sihat..alhamdulillah..jarang demam dh..
“Anak saya skrg drjah 4 minum susu dlm botol lg. soh benti die kata ade kwn die minum smpi drjh 5.. aduhh nk ikut kwn pulak.
“ Ank kita smpai 10thn isap btol.
Macam-macam anak ye. Takpe lah asalkan merek sihat. Nanti berhentilah menyusu botol tu.
Kredit : Dania Aqeef
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat pasangan suami isteri yang dianugerahkan anak kembar, pasti terbayang di fikiran kita bertapa meriahnya suasana di dalam keluarga tersebut, lebih-lebih lagi masa hendak menyambut Hari Raya.
Jadi jom ikuti perkongsian dari puan Siti Habshah Mat Sohod,30 dan pasangannya Kamarul Ariffin Razali,34 ini yang telah dianugerahkan 6 orang anak. Di mana yang sulong bernama Taufiq Aniq (lapan tahun), pasangan kembar; Lutfiah Hana dan Lutfiah Hani (tujuh tahun) dan pasangan kembar tiga; Lutfiah Aina, Lutfiah Aira dan Lutfiah Aini (tiga tahun).
Bajet berganda-ganda
“Saya ingat lagi, dulu masa ada anak sorang semua kelengkapan raya seperti pakaian dan sebagainya dapat disediakan dengan mudah. Namun bersama si kembar dua dan tiga ini, pengalamannya jauh berbeza.
“Bajet menjadi berganda-ganda dan jika ingin dianggarkan lebih kurang RM 3000 akan dibelanjakan untuk pakaian dan kelengkapan berhari raya untuk mereka. Jadi untuk itu, persiapan harus dibuat lebih awal. Tidaklah boleh dibeli sekali gus dalam tempoh masa yang singkat.
“Pengalaman untuk membeli belah pakaian anak-anak juga tidak sama seperti keluarga lain. Maklumlah bukan mudah untuk diusung anak-anak kembar ni dalam satu masa, lebih-lebih lagi dalam bab shopping. Ditambah pula jika pasar raya tersebut sesak dengan orang ramai.
“Keadaan ini membuatkan saya dan suami bimbang juga terhadap keselamatan anak-anak. Manalah tahu terlepas pandang kala asyik membeli persiapan raya, padah akibatnya. Jadi cara terbaik biarlah suami sahaja yang uruskan hal membeli pakaian kami sekeluarga.
“Sekiranya mahu bawa anak-anak ke pusat membeli belah, kami hanya bawa yang besar sahaja. Yang kembar tiga kami tumpangkan sekejap di rumah kakak untuk sementara waktu,” terang Siti Habshah atau lebih mesra di sapa Sha ini dengan panjang lebar.
Lupakan dulu dekor
Umumnya dalam membuat persiapan Raya, mestilah ketika di bulan Ramadan menjadi antara waktu yang sibuk untuk seorang ibu menghias kediaman agar rumah yang dihuni cantik dan selesa di kunjungi tetamu di Hari Raya nanti.
Namun hal ini tidak bagi Sha. Hasratnya untuk memberi sentuhan dekorasi pada ruang kediamannya terpaksa dipendamkan dahulu kerana situasi tidak mengizinkan.
“Jujur saya katakan, memang saya suka sangat hias-hias rumah ni. Tapi semua ini tidak dapat dilaksanakan dek kerana anak-anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi yang triplet tu. Pantang ada barang-barang, habis di’kerja’kan mereka.
“Oleh itu, biarlah saya simpan keinginan saya sehinggalah anak-anak besar sedikit. Buat masa ini, keadaan rumah digarap selapang mungkin untuk anak-anak mudah bermain dan selamat untuk mereka,” jelas Sha lagi.
“Saya dan suami memang sepanjang bulan puasa akan berbuka dan bersahur di rumah sahaja bersama anak-anak. Hendak makan di luar, memang tidak terfikir pun. Memandangkan bukan mudah untuk mengawal anak-anak ketika berada di luar. Jadi lebih baik, kami berbuka dan bersahur di rumah sahaja. Itu lebih menyenangkan dan kami selesa begitu”, terang Sha lagi diakhir perbualannya sambil tersenyum manis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ekzema merupakan satu kondisi kulit yang teruk hingga boleh membuatkan seseorang tidak selesa. Kulit pesakit ekzema boleh sampai ke tahap yang gatal hingga boleh menyebabkan luka.
Ramai orang ingat ekzema itu boleh hilang tetapi tidak. Ia hanya boleh dikurangkan. Jika terdedah kepada benda yang “trigger” seperti debu, habuk dan bahan kimia maka ekzema akan datang semula.
Melalui perkongsian ibu ini, anaknya menghidap ekzema yang sangat teruk dan telah kongsi cara mudah untuk legakan keradangan dan kegatalan.
1.ROLLED OATS
Sebaiknya gunakan Organic Rolled Oats. Rolled oat tak boleh dimakan oleh pesakit ekzema. Hal ini kerana usus akan terbeban dengan gluten yang terkandung dalam oat. Hanya boleh digunakan untuk luaran sahaja bagi pesakit ekzema.
Disarankan untuk guna rolled oat yang tiada campuran bahan lain. Elakkan guna minuman atau makanan oatmeal 3 in 1 yang ada susu dan gula.
2.STOKIN BERSIH
Pilih sarung kaki yang bersih atau boleh juga gunakan “organza bag” yang digunakan untuk letak telur door gift pengantin tu.
3.AIR SUAM
Elakkan guna air panas sama sekali. Kulit yang terdedah dengan ekzema tidak sesuai dengan air panas. Ia akan mengeringkan lagi kulit dan menerukkan lagi kegatalan sehingga boleh menyebabkan luka.
4.BATH TUB/BESEN BESAR
Gunakan besen besar yang bersih sebagai tempat mandi. Kalau ada tub mandian lagi bagus.
1.Ambil segenggam rolled oat dan masukkan dalam stocking.
2.Rendamkan stokin tadi dalam 3 hingga 5 minit di dalam besen besar atau tub mandian sampai air berubah warna putih susu.
3.Kemudian rendam badan selama beberapa minit atau boleh siram badan dengan air rendaman oatmeal tadi.
4.Picit-picit stokin untuk keluarkan lendir oat. Lendir oat ini boleh disapu pada bahagian yang sedang gatal dan merah keradangan. Buat dengan lembut, jangan kasar.
5.Selepas itu, biarkan ia kering di badan dan tak perlu bilas.
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Siapa menduga baru sahaja 2 minggu mendirikan rumah tangga, rider Grab ini meninggal dunia ketika sedang mencari rezeki. Lelaki yang dikenali sebagai Amin itu maut setelah di rempuh kereta SUV ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Meru/ Jalan Haji Sirat petang semalam.
Video berkenaan kejadian itu tular di media sosial apabila adanya rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dapat dilihat di dalam video tersebut, arwah seakan sempat menoleh seketika penunggang di sebelahnya dirempuh tatkala menunggu lampu bertukar hijau sebelum dirinya pula dirempuh oleh sebuah kenderaan lain (dari simpang yang sama) lalu meninggal di tempat kejadian.
Ekoran kemalangan tersebut, netizen bersedih dan bersimpati malah mengaharapkan pembelaan sewajarnya dapat dilakukan. Nyata sekali rider Grab tersebut dilihat tidak bersalah. Malah ada dikalangan netizen yang lebih tersentuh hati bila mengetahui bahawa arwah baru sahaja berkahwin pada 9 September yang lalu, dan perginya ketika sedang mencari rezeki buat keluarganya. Perginya pula di hari Jumaat yang penuh barakah.
Dalam pada itu salah seorang sepupunya yang dikenali sebagai Amma Aynor ada memuat naik status di FB.
“Allah.. sedihnya dapat berita adik sepupu baru je menikah beberapa minggu dah dijemput Allah.. Arwah kemalangan di jalan Meru.”
Difahamkan Amma Aynor tidak berkesempatan untuk bertemu sepupunya itu semasa majlis perkahwinannya hinggalah ke hari kejadian tersebut.
Kongsinya, “Angah x dpt bersama masa hari Amin nikah.. rupanya mmg xde rezeki utk jumpa Amin lg….baru nikah 9/9/22 aritu. Arini Amin dah balik…..”
Memetik laporan Sinar Harian pula Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 2.30 petang melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Vijaya Rao berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail telah terbabas lalu merempuh dua motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira.
“Penghantar makanan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital,” katanya.
Kejadian itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Vijaya Rao berkata, kedua-dua pemandu SUV yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” ujar beliau
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.