“Datang Bertiga, Balik Berdua. Itulah Takdir.” Isteri Dibenar Keluar Wad, Luahan Azmi Saat Undang Sebak!

Share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayi yang dinanti 10 tahun lamanya, dijaga penuh kasih sayang tatkala diusung 9 bulan. Namun takdir mengatasi segala-salanya. kebahagian dan kegembiraan bergelar ibu dan ayah hanya sementara.

Hanya tiga hari kesempatan bergelar ayah, akhirnya si kecil dijemput kembali bertemu Sang Pencipta.

Sungguh berat ujian yang terpaksa dilalui Azmi Saat dan isteri, namun kekuatan luar biasa yang ada pada pasangan kelainan upaya ini membuatkan mereka tabah dan kuat.

Pemergian si kecil diiringi doa dan pasangan ini reda dengan apa yang telah tertulis buat mereka. Hari ini, si ibu dibenarkan keluar wad, walaupun pihak hospital memintanya tinggal lagi buat sementara, namun pasangan ini sepakat untuk pulang ke rumah walaupun tanpa si kecil di sisi.

Hari ni kami sudah dibenarkan keluar dari hospital walaupun mereka sangat menyarankan untuk kami tinggal di sini beberapa hari lagi sampai isteri benar-benar sihat.

Kami datang bertiga tapi balik berdua sahaja. Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya.Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami redha dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami.

Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami meharungnya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikanMu di dunia lebih lagi Akhirat.

Terima kasih @ohanaspecialisthospital. Allah tarik satu tapi Allah gantikan dengan ramainya orang-orang yang super baik dalam hidup kami.

Itulah keluarga Ohana Specialist. Mereka semua sangat menyangi kami seperti keluarga sendiri. Moga kami tetap berkeluarga sampai ke Syurga.


Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik.

Selamat tinggal Ohana. Nantikan anak kami yang kedua.

Insya Allah.

Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu mendapat perhatian warganet. Rata-rata menitipkan doa supaya pasangan ini diberi kekuatan untuk terus mellaui ujian tersebut.

nawaitu.utara MashaAllah hebat insan ini Allah uji mereka didunia, datangkan kemanisan yg ditunggu Di Syurga ❤️
dijariza Moga Allah ampuni dosa2 kalian, digantikan dgn yg lebih baik dan diangkat darjat di sisi-Nya. Takziah, saya faham keperitan penantian 10 tahun tu…
aliaa_suid Sabar byk2 azmi n wife.aq faham sgt rsa tu.aq pon almost gugur dulu n rsa sakit dh.apalg yg btul2 kehilangan.Allah akan gantikan yg lg baik insyaallah.❤️
normahirfan Allahuma aminn 🤲🤲🤲..kami jugk sntiasa mnDOAKN yg sgt² trbaik,moga sgla Doa Allah angkt🤲🥰🥰
IKLAN