“Datang Sini Rasa Macam Syurga. Mereka Datang Peluk, Anggap Kita Mak. Rasa Sebak Ya Allah.” Perkongsian Zulin Aziz Jentik Emosi Netizen!

Share

Tersentuh hati melihat video dan gambar yang dikongsikan oleh Zulin Aziz menerusi laman instagramnya. Berpeluang melawat sebuah rumah yang diduduki anak-anak kecil, jelas Zulin rasa sebak menyelubungi diri tatkala si kecil memanggil dengan panggilan mummy.

“Anak2 ini ada yang diantara mereka tidak beribu,tidak berbapa,tidak kenal pun siapa orang tua mereka,ada yang kerana tak mampu,ada yang ibu bapanya tak dapat dikesan, ibu masih bawah umur,penagih, dan macam-macam lagi.

Kalau datang sini rasa macam syurga. Mereka datang peluk kita
Mereka datang cium kita. Mereka panggil kita Dengan panggilan mummy. Bagi mereka kita semua mak mereka. Rasa sebak ya Allah ?

Dalam pada itu Zulin turut memberitahu anak-anak tersebut tidak boleh dijadikan anak angkat atas sebab-sebab tertentu.

“Disini TAK boleh ambik anak angkat,ni rumah perlindungan, ada diantara mereka yang nak anak tu cuma sepanjang ibu mereka bersekolah, bayi mereka dibawah jagaan termasuk ibunya.Tapi kalau mereka tak nak pun, anda kena berurusan dengan jkm.

“Ada di antara mereka juga ibunya dah meninggal dunia,ada yang ditinggalkan, tapi baby tu ada masalah kesihatan. Macam baby yang first sekali dalam video ni. Dia autism. Boleh ambil tapi anda yang betul boleh dan mampu menanggung segala kos rawatan.

“Terima kasih kak @khalizah_alihan 

bawak zulin @diyanaamira @iqanasrakesini.  Kepada anda yg ingin menghulurkan bantuan barangan dapur , lagi2 untuk di bulan ramadhan bagi rumah perlindungan kanak2 dan remaja hamil ni boleh contact : .
Puan suraya : 0173885997

Alamat terpaksa dirahsiakan. Apa2 boleh hubungi Puan Suraya,” tulis Zulin di laman instagramnya.

#yayasankhalaz

IKLAN