Tempias populariti ibunya, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, apa sahaja yang dilakukan oleh kedua anaknya, Aafiyah dan Afwa sudah semestinya menjadi perhatian.
Gelagat Afwa yang kini sedang membesar kini semakin menarik perhatian ramai. Ada sahaja aksi dan gelagat comelnya yang menarik perhatian.
Terbaru, gelagat comel Afwa dan Aafiyah yang bermain bowling bersama ibu dan keluarga menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, Afwa dilihat cukup lincah dan aktif ke sana sini sambal bermain bersama ibunya.
Ads
Begitu juga dengan gelagat Aafiyah di lorong sebelah yang mana sedang mengambil bola yang berpatah balik. Masing-masing comel dengan gaya sendiri.
Siti pula dilihat cukup cemerlang ketika bermain bowling. Beberapa kali balingan Siti hampir sahaja menjatuhkan kesemua pin. Tak hairanlah aksi Dato’ Siti dipuji ramai.
Walaupun sekolah sudah dibuka, kita pun perlu meneruskan hidup seperti biasa tetapi ibu bapa jangan lupa untuk pastikan anak-anak untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam endemik COVID-19.
Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa juga perlu tahu tanggungjawab sendiri selepas anak-anak pulang ke sekolah. Jom semak apa yang perlu dibuat dari ke sekolah hingga balik. Semoga kita semua terhindar dari wabak ini, insyaAllah.
Jom ketahui checklist anak masuk sekolah yang penting untuk disediakan!
Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda.
Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.
Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:
Sekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield).
Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.
Amalkan penjarakan selamat di sekolah
Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.
Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit.
Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?
Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.
Bekalan semasa rehat
Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.
Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.
Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!
Penting untuk memastikan tangan sentiasa bersih
Didik anak untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, ini terutamanya sebelum dan selepas makan atau selepas membetulkan pelitup muka.
Ajari mereka teknik mencuci tangan yang terbaik – membasahkan tangan dengan air terlebih dahulu, pam dispenser sabun. Kemudian gosok tangan, termasuk di antara celahan jari selama 15-20 saat. Akhir sekali, bilas tangan dengan air sebelum dikeringkan.
Namun sekiranya anak tidak mempunyai akses kepada air terutamanya jika mereka makan di kelas sewaktu rehat, gunakan hand sanitizer.
Jadi, jangan lupa bekalkan sekali gel pembersih tangan untuk anak ya?
Pesan juga kepada anak untuk mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulutnya.
Duduk rumah jika tidak sihat
Sekiranya anak tampak tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19, sebaiknya biarkan mereka berehat di rumah. Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah:
-Demam
-Hidung tersumbat atau hidung berair
-Batuk
-Sakit tekak
-Sesak nafas
-Keletihan
-Sakit kepala
-Sakit otot
-Loya atau muntah
-Cirit-birit
-Kurang selera makan
-Kehilangan rasa atau bau
-Sakit perut
-Mata merah
Sekiranya keadaan anak membimbangkan, bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.
Rutin pulang ke rumah
Langkah pertama yang perlu dijadikan sebagai rutin harian apabila pulang dari sekolah adalah untuk meminta anak mencuci tangan.
Sebagai ibu bapa, anda tidak dapat mengawal apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Jadi penting untuk memastikan anak mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah.
Rutin lain yang boleh dibuat apabila anak balik ke rumah adalah untuk melakukan prosedur disinfeksi barangan sekolah anak seperti beg galas dan bekalan sekolah lain seperti bekas makanan dan minuman.
Lakukan juga prosedur tersebut untuk barangan harian sekolah seperti alatan menulis kerana ada kemungkinan mereka mungkin berkongsi item dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa untuk menambah bekalan pelitup muka anak sekali, okay?
Pendakwah bebas, Da’i Hamidah baru-baru ini selamat melahirkan bayi keduanya. Berita tersebut dikongsi menerusi laman instagramnya.
Alhamdulillah🤍 Syukur yang teramat sangat😭. Alhamdulillah dipermudahkan melahirkan anak kedua jam 4.53am, 23.2.2021. Semoga Allah Taala merahmati & memberkati permata ini✨
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak berkongsi rasa gembira dan terharu dengan keprihatinan ahli keluarga termasuk suami yang banyak membantu melancarkan urusannya sehingga selamat melahirkan bayi keduanya.
Dalam perkongsian terbarunya, Da’i Hamidah memuat naik sekeping gambar bersama suami dan berterima kasih atas bantuan semua.
Fasa mengandung, melahirkan dan mendidik bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab itu disebut kepada ibu yang mengandung “wahnan ala wahnin “. Benar- benar sakit dan benar- benar mendebarkan.
Maka suamilah tempat isteri menumpang kekuatan. Terima kasih suamiku yang menemani dari awal sehingga melahirkan. Walaupun dalam labour room tersengguk2 sangat mengantuk almaklumlah anak lahir waktu tahajjud😄.
Terima kasih juga insan terpenting dalam hidup kami berdua iaitu mak,ummi & ayah yang banyak membantu. Berkat adanya mereka terlalu banyak urusan kami menjadi mudah. Ya Allah mana nikmatmu yang ingin kami dustakan.
Semoga kehadiran permata kedua ini menambah seri kebahgiaan dalam rumahtangga kami In Sya Allah
Sebelum itu, dalam laman instagramnya Da’i Hamidah turut berkongsi tip untuk ibu bapa tentang apa yang perlu dilakukan apabila bayi baru lahir.
Bayi yang baru dilahirkan 8 perkara perlu dilakukan :👶🏻
– 3 perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja dia dilahirkan iaitu ( azan , iqomat, dan tahnik )
– 4 perkara yang perlu dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya : ( akikah, diberi nama, bercukur, dan bersedekah )
– 1 perkara yang perlu dilakukan pada hari kelapan : ( khitan )
* Tak wajib ikut hari senarai atas ni sebijik2 tapi kita usaha buat semua perkara di atas* ______________ Alhamdulillah hari kesembilan dah permata kami👶🏻. Syukur selesai apa yang penting✅. Tapi masih tak boleh lupa pengalaman bersalin anak kedua ni begitu mudah Alhamdulillah
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menyatakan dirinya sudah bersedia untuk timang cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya, Ana Nayla sekarang sudah berusia dua tahun.
Menurut Ayda, dia tidak mahu anaknya mempunyai jarak usia yang jauh, namun akur dengan keputusan suaminya, Nabil Mahir yang ingin dia sembuh sepenuhnya.
“Kalau boleh kami tak mahu jarak usia Nayla dan anak kedua jauh, lebih lagi, Nayla akan menjengah dua tahun dalam tiga bulan lagi.
“Sebenarnya saya sudah lama bersedia, tetapi Nabil takut saya belum cukup sembuh, namun Nayla berusia dua tahun, rasanya sudah sesuai.
“Sekiranya diizinkan, saya ingin sepasang anak, jadi boleh merasa perbezaan menjaga anak lelaki dan anak perempuan,” katanya.
Memetik laporan BH Online, Ayda juga menyatakan kini setiap hasil titik peluh yang mereka perolehi pasti akan diketepikan terlebih dahulu untuk keperluan anaknya, Nayla.
“Sebenarnya, apa yang saya dan suami, Nabil Mahir buat adalah untuk Nayla. Sebab dahulu dapat duit kami belanjakan untuk diri sendiri.
“Sekarang berbeza, bila dapat duit kami tolak tepi untuk anak. Kami tidak tahu apa akan jadi masa hadapan nanti, jadi perlu membuat simpanan.
“Misalnya, kami menjayakan iklan komersial membabitkan Nayla, kami juga akan mengetepikan duit untuknya.
“Alhamdulillah, semoga apa yang kami lakukan dapat memberi manfaat pada Nayla pada kemudian hari,” jelasnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini juga sempat menasihatkan orang ramai untuk tidak terus mendesak atau menghakimi seseorang artis yang sudah berkahwin tentang zuriat.
Bagi Ayda, isu tersebut merupakan isu yang sensitf bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin memandangkan mereka tidak tahu situasi yang dialaminya.
“Walaupun tidak melalui situasi itu, tetapi kebanyakkan ahli keluarga dan kawan termasuk adik saya mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk dikurniakan anak, dan sepupu saya juga empat lima tahun.
“Bagi saya, peminat atau netizen tidak patut mempersoalkan zuriat seseorang kerana ia adalah perkara yang sangta sensitif bagi pasangan yang dah berkahwin.
“Kita tidak tahu situasi orang, mungkin ada orang belum bersedia kerana ada perancangan atau ada yang menunggu kestabilan ekonomi.
“Disebabkan itu, kalau boleh janganlah bertanya sebab bila anda tidak berada dalam situasi ini. Kita tidak Nampak kesedihan yang dilalui terutamanya mereka yang sudah bersedia, tetapi belum dikurniakan anak lagi,” katanya.
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.