Kelahiran puteri sulung penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin pada Mac nanti sememangnya cukup dinantikan oleh semua peminatnya. Begitu juga Datuk Siti yang menantikan bayi sulungnya sekian lama.
Datuk Siti yang hadir pada pembukaan Jakel Ostia Bangi yang berlokasi di Ostia Bangi Business Avenue, Bandar Baru Bangi pagi tadi kelihatan ceria dan bertenaga khusus untuk mempromosikan beberapa produknya di Galeri Ariani.
Hadir dengan busana biru putih menyerlahkan lagi keserian wajah ibu mengandung. Sempat Datuk Siti berkongsi kisahnya sepanjang kehamilan. Tak kurang juga persediaannya untuk berpantang nanti.
Kata Datuk Siti, dia sepakat untuk hanya berpantang di rumahnya sahaja dan memilih khidmat confinement lady sepanjang tempoh 44 hari itu.
” Macam orang lain juga, saya pilih berpantang secara tradisional tapi dekat rumah sahaja. Kalau ikutkan tradisi kita memanglah nak mak jaga tapi mak pun
dah berusia dan saya buat keputusan berpantang di rumah sahaja dan ambil perkhidmatan berpantang di rumah,” katanya yang sudahpun menempah perkhidmatan
wanita berpangalaman daripada Pantai Timur bagi menjaga sepanjang tempoh itu.
Kata Datuk Siti lagi, setakat ini dia masih lagi belum membuat apa-apa persiapan seperti perabot dan peralatan bayi tetapi dibanjiri dengan hadiah daripada peminat-peminatnya.
“Memang banyak sangat peminat yang hadiahkan barangan bayi pada saya. Saya rasa bersyukur dan anggap ini rezeki bayi saya. Setakat ni semua persiapan
peminat dah bagi, cukup lengkap dengan set mandian bayi, set kendong bayi dan sebagainya. Alhamdulillah dan terima kasih,” kata Datuk Siti yang hamil minggu ke 30.
Ads
Berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan menghadapi saat bergelar ibu, Datuk Siti akui dia sedikit berdebar.
Lambakan hadiah daripada peminat.
“Orang kata saat yang paling sukar adalah waktu menyusu dan saya sendiri tak sabar dan gementar nak lalui semua itu. Saya sendiri tengok bagaimana menantu saya, Tya disiplin diri menyusukan anak, kunci jam setiap 2 jam dan sebagainya, saya banyak belajar daripada situ dan saya memang merancang untuk menyusukan bayi jika diberikan rezeki oleh Allah,” katanya.
Kongsi 10 Perkara Sepanjang Hamil
Tak hanya berdebar menantikan kelahiran bayinya, Datuk Siti juga sempat berkongsi kisah kehamilannya sepanjang usia 30 minggu ini. Sepuluh perkara yang
dikongsikan Datuk Siti mencuit hati kita. Tumpang happy untuk Datuk Siti.
* Terkejut bayi mula menendang terutamanya pada waktu malam. Kata Datuk Siti..”Rasa pengalaman tu terkejut juga, ada masanya dia bergerak macam berombak.
Bestnya bila dia bergerak laju, tapi frustnya bila nak ambil video dia senyap.”
Ads
* Datuk Siti langsung tiada masalah tidur, cuma lenguh-lenguh ketika tidur. Biasanya akan duduk dahulu dalam 30 minit dan kemudian barulah tidur dengan selesa.
* Paling suka makan hand roll Jepun sepanjang kehamilan.
* Amalkan minum air kelapa, minyak zaitun, kurma, air zamzam dan multivitamin sepanjang hamil.
* Sehingga kini berat naik sehingga 15kg.
* Alami mual berterusan sehingga mengandung usia kandungan 4 bulan.
Ads
* Merancang nama anak bermula dengan nama Siti dan kalau lelaki bermula dengan huruf A.
* Merancang pakai baju raya sama warna dengan bayi pada Syawal nanti.
* Suka susun bantal sebelum tidur untuk tidur dengan selesa.
* Tengok video kelahiran bayi sebagai persediaan.
Semoga penyanyi kesayangan kita ini dipermudahkan proses kelahirannya pada Mac nanti. Tak sabar tunggu anak Tok Ti.
Kredit Foto: ctdk instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah duka hari ni buat rakyat Malaysia. Sekitar 100 orang pengunjung dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkemahan awam yang terletak berhampiran dengan Father Organic Farm, Batang Kali di sini, awal pagi Jumaat.
Terkini menurut laporan Astro Awani, Seramai 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan merupakan anggaran awal daripada pihak polis dipercayai terbabit dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas 1 ekar.
“Maklumat terkini sekitar jam 5 pagi, seramai 31 orang telah berjaya ditemui dan diselamatkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, sebanyak tiga buah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, dan beberapa balai lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa terlibat sedang giat dijalankan.
Anak terkena demam campak buat ibu-ibu mula runsing. Selain memikirkan susu yang turun naik secara mendadak, masalah parut yang bakal ditinggalkan juga buat ibu mula risau. Risau jika parut kekal hingga dewasa.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Viral diperkatakan di media sosial baru-baru ini mengenai isu pendaftaran anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Hal ini menjadi tular apabila terdapat individu yang tidak pernah sekali pun mendaftarkan diri sebagai anggota namun bila membuat semakan disahkan sebagai ahli anggota RELA. Tentunya sesiapa pun akan berasa terkejut jika berlaku pada diri mereka.
Hal yang demikian menjadikan orang ramai membuat semakan bagi mengetahui mengenai status anggota RELA menerusi semakan kad pengenalan.
Baru semak di laman web RELA. My name is not registered but wifey is. Wtf is happening. pic.twitter.com/iW93odpTWJ
Sekaligus membuatkan orang ramai mempersoalkan bagaimana pihak ini mampu mendaftarkan anggota tanpa izin. Sekali gus membuatkan ramai menantikan penjelasan daripada pihak yang terlibat mengenai isu ini.
Laman Facebook RELA MALAYSIA juga turut diserbu netizen yang bertanyakan mengenai isu yang berlaku. Tidak kurang juga yang mempersoalkan isu elaun, uniform dan pencerobohan data yang berlaku serta meminta SPRM untuk menyiasat isu ini.