Penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza meraikan sambutan ulang tahun
perkahwinannya dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-16 secara sederhana.
Siti, 43, memuat naik video beberapa jenis masakan air tangannya untuk dihidangkan
kepada suami seperti ikan asam goreng, ketam goreng, asam pedas dan sambal udang petai.
“Sempena anniversary, masak di rumah jaa,” tulis Siti dalam video perkongsian menu masakan air tangannya menerusi perkongsian di Instagram Story.
Benarlah orang kata masakan air tangan isteri sering menjadi pengikat kasih sayang dan kebahagiaan rumah tangga.
Walaupun menu yang dimasak Siti nampak ringkas namun menyelerakan tersebut cukup menggambarkan kasih sayang yang diikat sepanjang 16 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Ads
Dalam masa yang sama, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut di Instagaramnya.
Ads
Dalam perkongsian lain, Siti berkongsi acara sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama ahli keluarga dan sahabat rapat serta tetamu kehormat YB Tan Sri Noh Omar bersama isterinya.
Alhamdullillah, semalam majlis sederhana sempena Ulangtahun perkahwinan saya & suami . Terima kasih buat tetamu kehormat YB Tan Sri Noh Omar bersama isteri Pn Sri @syazara_aisha yang sudi hadir walaupun padat dengan jadual seharian . Buat anak menantu, keluarga besar kami dan juga sahabat handai ,terima kasih tak terhingga kerana meluangkan masa bersama sama .
Ads
Turut kelihatan kesemua anak-anak dan menantu Siti dan Khalid hadir meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka.
Aksi si comel Afwa yang teruja melihat kek ulang tahun perkahwinan ibu dan ayahnya mencuit hati sesiapa yang melihat.
Pernahkah anda merasakan sesuatu perubahan dalam diri anda dimana anda dahulunya seorang yang sangat bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, Anda merasakan seperti tidak mahu melakukan apa-apa langsung pada hari itu, Anda hanya ingin tidur, berehat sepanjang waktu dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun. Anda jadi moody dan rasa senang untuk marah walaupun perkara kecil. Perkara ini akan berlaku Ya, anda sedang mengalami fasa ‘Burn Out’
Setiap manusia akan ada satu fasa yang akita akan mengalami seolah tekanan perasaan dan juga mental. Dalam fikiran kita hanya memikirkan ingin berehat sepanjang masa. Semua akan lalui perkara tersebut. Ia akan berlaku secara peringkat. Pada Mulanya anda akan hilang minat, kemudian anda akan malas nak terikat dan anda mulalah tak jaga kesihatan diri. Better untuk detect benda ni masa peringkat awal.
Namun tidak salah untuk kita mengambil masa kita untuk bertenang dari memikirkan hal-hal lain. Tapi tidak boleh kita membiarkan perkara tersebut terlalu lama kerana ia akan menjejaskan kesihatan kita. Jadi apa perlu buat?
Belajar untuk say NO
Dalam hidup ini tidak semua perkara kita boleh puaskan hati semua orang. Kadangkala kita juga mempunyai pendapat sendiri dan berhak untuk tidak menerima semua pendapat. lagi-lagi jika pendapat itu anda tidak rela untuk setuju dalam hati. Anda berhak tentukan hidup anda
Melakukan aktiviti fizikal
Seperti yang semua tahu bersenam adalah bagus unstuk kesihatan, bukan jasmani saja, malah kesihatan rohani juga terjamin. Biasakan untuk menggerakkan tubuh anda agar dapat mengaktifkan sel sel dalam badan anda sekaligus dapat menyambungkan sel otak agar boleh berfikiran positif
Jangan terlalu melekat dengan gajet
Kadangkala dengan cara kita menenangkan diri kita biasanya dengan melihat media sosial untuk mendapatkan hiburan. Tapi sebenarnya secara tak sedar media sosial lah yang buat kita tiba-tiba jadi lebih down kerana ada berita-berita yang menyedihkan dan buat kita lagi ‘insecure’ dengan orang lain. Dari nak release stress jadi makin stress!
Luangkan masa dengan orang tersayang
Dari kita melayan perasaan berseorangan, lebih eloklah jiga kita meluangkan masa bersama orang tersayang seperti keluarga, anak atau sahabat ikta sendiri. Ambil langkah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Mungkin dengan meluahkan masalah dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang kita sambung
Minum banyak air
Air adalah snagat penting untuk kehidratan badan. Dengan minum banyak air, ia dapat membuat kita lebih relax dan tenangkan minda kita.
Jangan kerja terlalu keras
Seperti yang kita tahu, kerja memang tak kan pernah habis, kerja yang terlalu banyak boleh buat otak kita lebih penat dan stress. Berpada-padalah dalam melakuka kerja. Mungkin hari ini boleh buat sedikit, esok masih boleh sambung kerja.
Tidur yang secukupnya
Bila badan dah terlalu penat, manusia memang perlu tidur sekurang-kurangnya sehari 8 jam. Patikan anda anda dapat capai tidur yang qualiti ya, barulah badan cergas otak cerdas!
Harap sesiapa saja yang sedang mengalami fasa burn out, pilihlah untuk lakukan sebaiknya untuk diri anda, badan anda dan mental anda. Anda yang menentukan hidup anda. Semoga bermanfaat!
Semalam kecoh di sosial media tentang penyanyi yang kini bersaing di dalam Famili Duo bersama Naim Daniel, Sissy Imann yang dirakam menangis selepas mendengar komen juri tetap, Mas ldayu di konsert minggu keenam program berkenaan.
Sejurus insiden tersebut, orang ramai mulai memberikan pendapat masing-masing susulan perkara berkenaan selain kasihan melihat Sissy yang sebak hingga terpaksa ditenangkan hos, Janna Nick.
Dalam pada itu, tidak tinggal diam, bapa Sissy, Aliff Mohammad Kamil, 59, turut memberikan respons terhadap situasi yanng berlaku.
Bapanya berkongsi hantaran yang dimuat naik oleh Sissy di ruangan Instagram Stories.
“Good or bad, you always be my best ever” tulisnya.
Sissy yang kecewa dengan kejadian itu, bagaimanapun tampil memohon maaf dalam satu perkongsian baru di Instagramnya, malam tadi.
Menerusi minggu keenam yang bertemakan ‘Irama Tradisional’, Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong.
Dalam persaingan malam tadi, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.
“Alhamdulillah, belum lagi makan pasir….” Norsalina bangga kerjaya suami sebagai badut. Norsalina Abdul Aziz berniat untuk riak, jauh sekali mendabik dada dengan rezeki yang dikurniakan Allah buat dia dan keluarganya.
“Saya hanya mahu orang tidak pandang rendah kerjaya sebagai badut,” Norsalina. Norsalina Abdul Aziz, 36 isteri kepada Muhammad Ar-Rabi Ab Ghani, 37, yang terlibat dalam perkhidmatan badut secara sepenuh masa amat berbangga dengan kerjaya suaminya.
Malah menurut wanita berasal dari Negeri Sembilan itu, berkat kerjaya tersebut suaminya mampu menyediakan keperluan dan kesenangan kepada mereka sekeluarga.
Menerusi hantaran di laman TikTok, Norsalina memuat naik video mengenai perjalanan kerjaya suaminya sebagai ‘penceria’ acara sehingga mampu memberi kemewahan antaranya bercuti ke luar negara, berpeluang mengerjakan umrah, membeli sebuah rumah dan emas perhiasan.
“Sebenarnya semua ini tak dirancang, saya pun tak tahu video itu boleh tular. Niat saya hanya berkongsi pada mereka yang melihat supaya jangan sesekali memandang rendah pekerjaan seseorang.
“Rezeki bukan hanya datang dari pekerjaan kita, tetapi dari Allah. DIA berkuasa untuk beri rezeki selagi mana kita usaha dan yakin,” katanya.
Menyingkap kisah hidup mereka, Norsalina memaklumkan, keluarga tidak menolak pilihannya ketika di awal perkahwinan, bahkan menerima pekerjaan Muhammad Ar-Rabi sebagai badut.
Ibu Norsalina menyifatkan bakal suaminya seorang lelaki yang berani menggalas tanggungjawab untuk menampung kehidupan.
Walaupun pernah dihakimi oleh masyarakat sekeliling, pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata itu hanya memekakkan telinga dan menepis persepsi dengan menjalani kehidupan serba cukup.
“Alhamdulillah, belum lagi makan pasir (kerana) suami buat kerja ini. Ada yang kata badut tak menjamin masa depan, sedangkan dengan kerja inilah suami dapat bawa kami sekeluarga bercuti luar negara.
“Saya terima banyak respon, ada juga yang terinspirasi dengan perkongsian kisah hidup kami.
“Ada juga yang kata saya riak bila berkongsi (kemewahan), namun niat saya hanya mahu masyarakat lihat kerjaya badut juga mampu menjamin masa depan,” ujarnya.
“Saya tak malu, malah bangga suami seorang badut sebab itu saya sendiri tawar diri untuk promosikan dia.”
“Masa tahun 2010, sejak dari sebelum kahwin suami membuat kerja sambilan sebagai badut, tetapi dia bekerja di bawah orang.
“Semasa itu suami ada kerja tetap sebagai ‘dispatch’ (penghantar barang) dan bila ada waktu cuti dia akan menjadi badut untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“Selepas kahwin, saya lihat bakat suami boleh diketengahkan dan dia juga pandai menghiburkan orang lain terutama kanak-kanak. Dari situ saya ambil tugas buat promosi untuk iklankan perkhidmatan suami dan jalankan bisnes sendiri,” katanya.
Dia dan keluarga tidak pernah berasa malu dengan kerjaya suaminya sebagai badut kerana menganggap usaha itu sebagai komitmen suami menampung keperluan hidup mereka.
Menurut Noraslina, setiap tahun dia akan menjahit satu pakaian baharu untuk menambah kostum badut suaminya sambil menyusun jadual kerja lelaki itu.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain menyediakan perkhidmatan badut, dia dan suami turut menjalankan beberapa perniagaan lain antaranya ‘face painting’ dan ‘sand art’.
Bercerita lanjut, Norsalina memberitahu hasil perkhidmatan badut suaminya ini mampu meraih pendapatan kira-kira RM6,000 sebulan, bagaimanapun ia bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Kami ambil tempahan seperti majlis hari jadi, kenduri akikah, fun run dan beberapa bentuk majlis santai yang lain.
“Kami tak jalankan secara terbuka di kawasan rekreasi seperti mana yang dilakukan tukang badut yang lain,” ujarnya.
Jelas Norsalina, kini permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan badut bagi memeriahkan majlis bersama kanak-kanak semakin bertambah dan membuka rezeki luas buat keluarga kecil mereka.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.