Apabila anak demam, ibu ayah memang risau. Walaupun anak kecil atau sudah sekolah rendah, kita tetap risau. Apabila anak demam, ia bermakna badan anak, sedang melawan bakteria yang menyerang badannya.

Oleh itu, sebab itu, demam jangan dibiarkan berlarutan lebih tiga hari, jika lebih mesti ada sesuatu yang kena ambil peduli sama ada pergi berjumpa doktor untuk membuat tindakan susulan sama ada check darah dan sebagainya. Selain, berjumpa doktor, kita perlu juga semak sama ada ubat demam masih dalam keadaan baik.

Sebagimana peringatan Dr ini yang memberi nasihat bahawa ada segelintir ibu bapa tidak menyedari bahawa ubat demam yang disimpan sudah terlalu lama sehingga membuatkan ia tidak berkesan kepada anak. Akibatnya demam anak tidak kebah. Menerusi facebook, Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan sebab ia berlaku.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk?

Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.

Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan!

Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.

UBAT DEMAM yANG TELAH DIBUKA TAK BOLEH SIMPAN LAMA

Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.

Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.

IKLAN

SIMPAN UBAT TERLALU LAMA DALAM PETI AIS.

Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi pulak letak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu.

Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.

Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah.

IKLAN

Aduh. Huhu.

BILA DAH GUNA, TAK PERLU SIMPAN.

Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.

Tapi kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang je walaupun masih ada baki. Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ye.

Tolong sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain jugak. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah dia tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.

Mana yang baru follow FB saya ni pastikan set ‘See First’ siap-siap ye sebab selalunya kalau tak set ‘See First’ mesti akan tertinggal bila saya update artikel penting tentang info kesihatan anak kita.

Kredit: Ahmad Luqman Bukhari