Demam Panas Sampai Nak Cecah 40 Darjah Celcius, Amyra Rosli Minta Petua Cepat Kebah!

Share

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Amyra Rosli terpaksa ditahan di hospital akibat demam panas dengan suhu yang mencecah 40 darjah celcius.

Difahamkan ini merupakan kali kedua Amyra  ke hospital akibat demam panas dan sekali gus menyebabkan dirinya terpaksa ditahan di wad bagi mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

Pelakon dan pengacara Nona ini pada mulanya cuba merawat diri di rumah dengan membuat pemeriksaan suhu. Kemudian pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dan setelah itu balik semula ke rumah untuk berehat. Namun terpaksa pergi semula ke hospital apabila demam yang dialami tidak kebah.

“Panadol dah lebih dari 10. Drip pun dah. Pergi hospital pun dah. I pun lost kejap tak tau nak buat ap ani, sebab tanpa painkiller I tak boleh diri dan duduk lama,” katanya.

Berdasarkan perkongsian di Instagram Storiesnya itu, demam panas yang dihadapi berkemungkinan berpunca daripada kesan sampingan daripada suntikan ‘booster’ yang diambil. Bahkan pelakon Nur 2 ini turut meminta petua untuk redakan demamnya  kepada pengikutnya.

Selain itu dia juga akui tiada selera makan dan hanya mampu mengalas perut dengan makan buah-buahan sehaja.

Amyra juga sempat memuat naik gambar menunjukkan keadaannya di hospital dan dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan pengikutnya yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya di ruangan komen.

 

Sumber : Amyra Rosli 

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga

:Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN