Ikatan kasih sayang di antara ibu dengan anak bermula sejak di dalam rahim lagi. Ia berterusan dan diperkuatkan melalui perlakuan yang menunjukkan kasih sayang. Malah cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sudah tentu tiada tandingannya. Oleh itu, dikatakan syurga seorang anak itu terletak ditelepak kaki seorang ibu.
Tular mengenai kasih seorang anak lelaki yang sanggup berhabis wang ringgi sehingga 25K untuk melakukan ubah suai rumah ibu di kampung. Tanpa disuruh atau dipaksa ibu, anak ini sanggup melupakan hasrat memiliki kenderaan. Sebaliknya berkorban demi ibu tercinta.
Ads
Begitulah perkongsiannya menerusi twitter baru-baru ini.
Ads
Ubah suai rumah demi keluarga
Hasrtanya untuk memberi keselesaaan buat ibu tercinta. Malah dia menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu merupakan pencapaian terbaiknya pada tahun ini. Dia juga senang hati apabila ibu tersayang sudah boleh mengambil wuduk di dalam biliknya sendiri.
Ads
Nyata, anak ini begitu kasih sayang kepada keluarganya. Moga rezekinya sentiasa melimpah buat dirinya yang tak berkira memberi kebahagian buat keluarganya.
Bulan madu umumnya lebih dikaitkan dengan percutian tradisi yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin baru sebagai meraikan hubungan yang terjalin sebagai suami isteri.
Pun begitu bagi pasangan yang telah lama berkahwin, saat manis honeymoon ini semestinya amat dirindui dan berharap dapat dikecapi semula. Tidak hanya mengimpikan masa berdua-duaan dengan pasangan tercinta di negara-negara Eropah semata-mata. Malah semahunya ingin merasai hebatnya musim cinta di Kota Mekah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Shauqi Hasan melalui satu postingnya di laman Facebook. Membacanya cukup terpanggil untuk segera mengerjakan umrah bersama pasangan demi mengecapi cinta di bumi barakah!
Suatu perkongsian kisah …
Ramai ahli dalam jemaah saya menjadi seperti pasangan yang baru berkahwin. Padahal ada yang dah nak masuk 30 tahun usia perkahwinan mereka. Ada yang dah bercucu pun. Semuanya bersemangat nak ber’dating’ di Baitullah.
Kena pula dengan kuliah Dhuha dan perkongsian santai saya yang wajib akan sentuh isu parenting dan kekeluargaan. Memang misi kita di Mekah adalah untuk menelusuri sejarah dan sirah. Sama-sama ingin memahami bagaimana Nabi Ibrahim a.s. berjaya mencipta watak Siti Hajar, isteri solehah. Sama-sama ingin menyingkap rahsia bagaimana membentuk anak yang taat sehebat Nabi Ismail a.s.
Ini semua adalah pendidikan jiwa dan koreksi diri yang tidak dapat di tempat lain kecuali di Mekah dan semua lokasi ziarah. Di depan Baitullah, perkongsian jiwa mampu membuka mata dan minda kita bagaimana untuk mencipta keluarga sakinah. Sama-sama berazam untuk kembali mengangkat al-quran dan sunnah sebagai ikatan di setiap jiwa ahli rumahtangga bagi membina jannah.
Di Haramain, rahsia alquran dibukakan dengan penjelasan dan huraian. Tujuannya agar kita faham akan tuntutan hidup, serta tahu memainkan fungsi dan peranan sebagai seorang SUAMI, ISTERI dan ANAK. Itulah kisah agung di sebalik ibadah umrah di Baitullah. Setiap ritual ibadah itu tersembunyi 1000 rahsia untuk menjadi pedoman membina SYURGA RUMAHTANGGA setelah pulang dari sana.
Kasih Kembali Bertaut
Di sinilah nawaitu menjadi penyatuan kepada hajat pasangan masing-masing. Ada yang sentiasa jalan berpegangan tangan apabila pulang dari masjid. Tak pernah lekang berdua dan sangat asyik berjalan bersama-sama.
Kenangan tawaf dan saie bersama suami isteri memang manis sekali. Biarpun dihimpit dan ditolak umat manusia di tengah-tengah mataf, masing-masing tetap berpegangan tangan dan gagah meredahnya.
Hilang dalam lautan manusia adalah antara ujiannya di sana. Ada yang mudah saja berjumpa semula tanpa perlu talipon dan bertanya ke sini sana. Tiba-tiba bertemu semula di mana-mana seperti sudah berjanji sejak mula.
Sikap sentiasa bersabar dan redha akan membuatkan hampir tiada perselisihan faham antara suami isteri di sana. Ye lahh, orang kata “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Tapi di sana insyaAllah, hubungan akan semakin erat dan perasaan kasih bertambah sayang.
Tulus Dari Hati
Jika ada yang merancang untuk pergi menunaikan umrah bersama pasangan suami isteri masing-masing, saya memang sangat-sangat menyokong! Memang wajib plan awal-awal. Kalau boleh, yang baru kahwin tu buat majlis ringkas-ringkas sajalah kendurinya. Lagi baik duit hantaran tu dijadikan modal untuk honeymoon di Mekah sana.
Saya bercerita tulus daripada hati kerana saya menyaksikan banyak kisah cinta di Mekah dan Madinah selama ini. Baik yang muda mahupun yang veteran, semuanya ada kisah dan sejarah cinta tersendiri yang sarat dengan pelajaran.
Doa saya, semoga yang berjaya baca sampai di sini berpeluang menunaikan umrah atau haji pula selepas ini bersama mak, abah, adik beradik dan keluarga mertua yang tercinta.
LANGKAH NAK TUNAIKAN UMRAH
1. Berdoa, berdoa dan terus berdoa kemudian berusaha keras.
2. Tetapkan target. Contohnya, tahun bila kita akan pergi. Bulan berapa?
3. Bayar deposit dengan travel agent. Dengan cara ni, kita akan istiqomah mengumpul duit. Buat yang dah ada simpanan, lagi bagus.
4. Buatlah saving setiap bulan secara istiqomah.
5. Banyakkan dengar ceramah, ‘blog hopping’ mengenai pengalaman menunaikan haji dan umrah supaya semangat kita akan lebih berkobar-kobar dan terpanggil untuk ke sana.
sumber : SHAUQI HASAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minat mendalam pada bisnes sudah bercambah lebih awal, namun dia masih tidak mendapat rentak dan petunjuk bidang mana yang menjadi pilihannya. Justeru, hasrat tersebut dipendam terlebih dahulu.
Setahun bekerja dalam sebuah syarikat pembangunan, dia mengambil keputusan untuk berhenti. Usai mendirikan rumah tangga, dia memilih untuk membantu suaminya di pejabat. Namun minat dalam bidang bisnes membuatkan empunya diri yang dikenali sebagai Zurin Zakaria nekad untuk membuka bisnes sendiri.
Sedar persaingan dalam bidang ini bukan semudah yang disangka, sementelah dia sudah punya kerjaya tetap. Namun alah bisa tegal biasa, dek kerana minat dia teruskan jua.
Jujur mengakui butik yang dibuka ini ibarat ‘anak sulungnya. Jelas Zurin, sudah lama dia mengidam untuk memiliki anak perempuan, justeru nama Carrisa menjadi pilihan untuk butiknya.
“Dah lama saya mengidam nak anak perempuan, tetapi belum ada rezeki. Justeru, saya abadikan nama tersebut pada butik. Ia juga ibarat baby saya yang ‘sulung’.
“Awalnya saya tercari-cari apa bisnes yang mahu diceburi. Sehinggalah saya pulang dari mengerjakan umrah, tergerak hati untuk memakai hijab dan suami turut memberi sokongan.
“Jadi saya terfikir ada baiknya jika saya membuka butik menjual tudung dan pakaian. Alhamdulillah suami menyokong pilihan saya ini. Dia banyak membantu terutama dalam pengurusan dan juga modal. Kebetulan saya tidak membuat sebarang pinjaman, segala modal adalah hasil simpanan saya sendiri dan bantuan suami,” jelas Zurin lagi.
Selama 6 bulan dia memulakan bisnes secara online dan dalam masa yang sama turut mencari tapak untuk membuka butik. Cita-cita itu akhirnya terlaksana apabila butik yang diimpikan selama ini berjaya dimiliki pada tahun 2015. Kini Zurin Zakaria mampu tersenyum lebar dengan kejayaan butiknya yang kini terletak di The Strand, Kota Damansara yang menyajikan pilihan buat pelanggannya.
“Walaupun sudah bertapak dalam bidang ini, namun saya mahu pastikan bisnes ini bertapak lama. Saya mahu pastikan apabila sudah naik, saya akan berada di atas. Namun dalam masa yang sama, saya tetap ‘pandang ke belakang’ untuk melihat apa yang terkurang atau perlu diperbaiki.
Perancangan saya, mahu melebarkan sayap sehingga ke luar negara. Dalam masa yang sama, saya pastikan kualiti produk terjamin supaya pelanggan berpuas hati. Harga juga mampu milik dan konsisten setara dengan kualiti yang kami tawarkan.
“Boleh dikatakan kami lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kami ada segala-galanya di bawah satu bumbung. Selain hijab, pakaian, kami juga menawarkan kosmetik. Bahkan, staf kami boleh membantu mencadangkan apa jenis kosmetik yang sesuai dengan pilihan busana. Jadi, pelanggan tak perlu pergi ke dua tiga tempat kerana di sini sudah ada segala-galanya,” jelas Zurin yang cukup cerewet dan sentiasa memastikan bahan yang digunakan tidak mendatangkan kesan buruk pada pelanggan.
Ditanya berkenaan pengusaha produk lain yang banyak menggunakan selebriti, akui Zurin mereka juga bakal berbuat demikian. Namun masih dalam proses memilih dan setakat ini dia memilih untuk berkolaborasi dengan juru mekap profesional dalam menggunakan produk Carrisa.
Memiliki staf seramai 5 orang untuk butik, manakala untuk kosmetik pula 3 orang. Selain itu, Carrisa juga memberi fokus kepada online dan website. Terbaru, dia turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen mahupun stokis bagi produk berkenaan. Selain memberi fokus pada ready to wear, Butik Carrisa turut menyediakan blaus, palazo, skirt dan pelbagai jenis selendang yang boleh disuai padan dengan gaya harian wanita. Biarpun setiap rekaan diberi sentuhan, moden namun tidak keterlaluan. Itu yang dititikberatkan oleh Zurin supaya sesuai dengan cita rasa pelanggan.
“Sejujurnya, saya tidak mahir dalam rekaan fesyen kerana latar belakang dalam perniagaan namun minat mendalam menyebabkan saya berusaha untuk belajar. Pengalaman mengendalikan bisnes suami menjadi panduan kepada saya dalam menguruskan bisnes ini. Dalam masa yang sama, saya turut mendapatkan pendapat dan pandangan daripada kawan-kawan yang lebih awal terbabit dalam bidang ini,”ungkap Zurin sebelum mengakhiri perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aktiviti berkebun mempunyai banyak manfaat kepada keluarga. Salah satunya ia dapat membantu meningkatkan taraf ekomoni keluarga apabila dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membeli belah sayur-sayuran.
Bukan itu sahaja, ia dapat menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke kedai dan sayur ‘fresh’ dipetik di laman rumah. Lebih banyak menarik, apabila anak-anak pula diberi ‘tugasan’ untuk memetik sayur-sayuran di laman rumah. Tentu seronok anak-anak dapat merasai pengalaman manis ini. Malah secara tidak langsung mengalakkan anak untuk suka makan sayur.
Namun, ilmu berkebun ini bukan hanya beli benih, tanam dan siram, tetapi kena ada ilmu mengenai baja untuk tanaman menjadi lebih subur. Baja ini penting untuk diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan.
Ini kerana tanaman mempunyai 4 keperluan utama iaitu air, nutrien, cahaya dan udara untuk hidup. Bagi memastikan tanaman hidup dan tumbuh dengan baik ianya perlulah mendapat dengan mencukupi 4 perkara ini. Nutrien merupakan makanan untuk tanaman dan ianya boleh dibekalkan dengan menggunakan baja.
Terdapat pelbagai jenis baja dipasaran. Dalam pada itu, kita boleh ikuti panduan mengenai baja yang dikongsikan oleh puan Lidya Izzati mengenai jenis-jenis baja dan cara penggunaannya.
Hai Assalammualaikum. Hari ni kekya nak share 7 jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua 7 jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Takpaa korang cuba petua 7 jenis baja ni. InsyaAllah sukses pokok korang. Selamat mencuba.
1.AJINOMOTO
2. AIR BASUHAN BERAS
3. CAMPURAN KULIT BAWANG MERAH, PUTIH DAN KULIT TELUR
4.TELUR
5. ROTI
6. BAJA NAJIS AYAM
7. BAJA KOPI
8. BAJA AB
9. SEMBURAN ELAK SERANGGA
Semoga dengan panduan ini, membantu kepada newbie yang baru berjinak-jinak untuk mempunyai kebun kecil di rumah. Selamat bercucuk tanam! Tentu tak sabar untuk melihat hasilnya!
P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.