Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Allah tidak akan menduga umatNya jika tidaK mampu. Nyata pilihan Sang Pencipta itu benar.

Biar diduga dengan penyakit yang mengerunkan semua, namun anak muda ini tetap cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.

Derita Kanser Otot Tahap 4, Akmal kembali Tersenyum & Ceria Bila Impian Jejak Kaki Ke Langkawi Tercapai.

Muhammad Akmal Bin Ahmad Khazri atau mesra dengan panggilan Akmal, 15 tahun disahkan mengidap kanser paru-paru pada bulan Jun, 2016. Segala rawatan yang berkaitan dengan penyakitnya, termasuk pembedahan di paru-paru sudahpun dilakukan. Akhirnya dia disahkan sihat dan  bebas dari penyakitnya. Anak ini boleh menjalani kehidupannya sama seperti anak-anak remaja seusianya.

Namun dugaan ke atas Akmal dan keluarganya tidak terhenti di sini. Lewat tahun 2017, Akmal disahkan relapsed. Sel-sel kanser datang bertandang semula. Bulan Januari 2018, Akmal terpaksa menjalani satu lagi pembedahan.

Serentak dengan itu juga, Akmal disahkan pula mengidap kanser otot tahap 4 (Rhabdomyosarcoma). Sel-sel kansernya sudahpun merebak hingga ke dalam tulang belakang. Akmal terpaksa melalui rawatan kemoterapi sekali lagi.

Kisah Akmal ini disiarkan oleh Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser – KIDS .

Menerusi posting tersebut menyatakan  ujian CT Scan dilakukan ke atas Akmal selepas menjalani 3 ‘cycles’ rawatan kemoterapi menunjukkan sel-sel kanser  sudah merebak ke bahagian atas hati, tumbuh semula di paru-paru sebelah kanan. Malah, terdapat ‘nodules’ baru dalam paru-paru sebelah kiri. Doktor juga mengesahkan salah satu tulang belakang Akmal telah pecah.

IKLAN

Derita Kanser Otot Tahap 4, Akmal kembali Tersenyum & Ceria Bila Impian Jejak Kaki Ke Langkawi Tercapai.

“Pembedahan untuk membuang sel-sel kanser di atas hati dan paru-paru memang perlu dilakukan. Namun, menurut para perawat ianya masih tidak boleh menyembuhkan sepenuhnya. Lagipun Akmal sudah membuat keputusan tidak mahu dibedah lagi. Rawatan kemoterapi pun menurut para perawat hanya akan mampu bertahan tetapi tidak menyembuhkan.

“Kami membayangkan seorang anak muda yang jiwanya rapuh akibat penyakit yang dihadapinya. Kami tersentuh dengan keperitan yang dilaluinya. Kami terharu dengan semangat juangnya. Kami tertekan dengan raut wajah yang sentiasa redup melalui segala rawatan ibarat tiada penghujungnya.

Baru-baru ini, anak bongsu ini teringin menjejakkan kaki ke Langkawi. Justeru, satu kutipan amal dilakukan untuk tujuan tersebut. Antara yang menyumbang termasuklah Pn Hamidah Tajudin, Presiden KIDS,  Pn Mazlina Saidi dan Dr Nora yang merupakan Penasihat KIDS serta rakan yang lain.

Derita Kanser Otot Tahap 4, Akmal kembali Tersenyum & Ceria Bila Impian Jejak Kaki Ke Langkawi Tercapai.

IKLAN

Hasil kutipan berjumlah  RM2300 membolehkan impian  Akmal bercuti ke Langkawi direalisasikan.

“Akmal…di atas permintaan anak ini, kami tunaikan hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Langkawi. Sumbangan yang kami terima melalui insan-insan yang prihatin di luar sana cukup untuk menerbangkan Akmal dan keluarganya ke Langkawi. Penginapan selama 3 hari 2 malam juga ditanggung sepenuhnya oleh para penyumbang.

“Alhamdulillah… di sana, kami berpeluang melihat Akmal tersenyum semula. Kami juga berpeluang untuk menatap wajah cerianya. Semoga percutian Akmal menjadi pemangkin untuknya supaya lebih bersemangat melalui rawatan semula.

Derita Kanser Otot Tahap 4, Akmal kembali Tersenyum & Ceria Bila Impian Jejak Kaki Ke Langkawi Tercapai.

IKLAN

Derita Kanser Otot Tahap 4, Akmal kembali Tersenyum & Ceria Bila Impian Jejak Kaki Ke Langkawi Tercapai.

Derita Kanser Otot Tahap 4, Akmal kembali Tersenyum & Ceria Bila Impian Jejak Kaki Ke Langkawi Tercapai.

Derita Kanser Otot Tahap 4, Akmal kembali Tersenyum & Ceria Bila Impian Jejak Kaki Ke Langkawi Tercapai.

 

“Terima kasih kepada Pn Hamidah Tajudin dan rakan-rakan, Pn Mazlina Saidi, rakan kepada Pn Mazlina Saidi dan Dr Nora di atas sumbangan sebanyak RM2300 untuk percutian Akmal.

Bagi yang ingin memberi sumbangan, bolehlah berbuat demikian di akaun Maybank 564098508578.

Sumber: Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser – KIDS & Hamidah Tajudin 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI