Setelah kali terakhir dianjurkan pada 2023 yang menyaksikan gadis asal Sarawak, Nurel Baharin dinobatkan sebagai juara, kini pencarian Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-14. Menariknya, penganjuran Dewi Remaja 2025 selari dengan ulang tahun ke-40 jenama ini yang sudah melahirkan ramai personaliti popular dan bintang berbakat tanah air. 

Pendaftaran pencarian Dewi Remaja 2025 secara dalam talian kini dibuka bermula 26 Jun hingga 10 Julai 2025 sempena ulang tahun ke-40 pertandingan berprestij ini. Gadis remaja Malaysia yang berani tampil ke depan, berpersonaliti menarik dan berbakat besar dipelawa untuk menyertai pencarian ini.

Dewi Remaja 2025 Memulakan Pencarian, Legasi 40 Tahun Terus Gemilang

Calon peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memuat naik video pengenalan diri berdurasi kurang dua minit secara dalam talian di laman rasmi www.remaja.my/dewi. Setiap calon peserta hendaklah memiliki penampilan dan perwatakan yang menarik serta mampu menyerlah sebagai seorang figura awam. 

Menerusi video pengenalan yang dimuat naik bersama borang pendaftaran, peserta perlu menyatakan mengapa mereka layak bergelar juara Dewi Remaja 2025 dan berkongsi pencapaian terbesar setakat ini, sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, bakat mahupun kerjaya.

Dewi Remaja 2025 Memulakan Pencarian, Legasi 40 Tahun Terus Gemilang Dewi Remaja 2025 Memulakan Pencarian, Legasi 40 Tahun Terus Gemilang Dewi Remaja 2025 Memulakan Pencarian, Legasi 40 Tahun Terus Gemilang Dewi Remaja 2025 Memulakan Pencarian, Legasi 40 Tahun Terus Gemilang

Ads

 

Tentang Dewi Remaja

Dilancarkan pada tahun 1985 oleh Majalah Remaja di bawah terbitan Kumpulan Media Karangkraf dan kini di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd, pencarian Dewi Remaja muncul dengan matlamat utama untuk memberi peluang kepada gadis remaja yang memiliki keyakinan, karisma dan bakat untuk berkembang.

Sejak edisi pertama, Dewi Remaja telah melahirkan ramai nama besar yang kini menjadi antara ikon dalam industri seni dan media Malaysia. Mereka bukan sahaja bergelar anak seni bahkan cukup signifikan dalam apa sahaja yang dilakukan.

Ads

Dewi Remaja 2025 Memulakan Pencarian, Legasi 40 Tahun Terus Gemilang

Antaranya termasuk Tengku Anis Tengku Anis, Aleeza Kassim, Sharifah Shawati, Azah Aziz, Wan Khatijah, Jasmin Hamid, Wardina Saffiyah, Juliana Banos, Annahita Bakavoli, Pushpa Narayan, Scha Alyahya, Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose, Shaza Bae, Tracie Sinidol dan ramai lagi. 

Memasuki tahun ke-40 pada 2025, Dewi Remaja bukan sahaja meraikan pencapaian masa lalu tetapi juga menyesuaikan diri dengan zaman digital yang mana kredibiliti, ketulenan dan impak sosial menjadi nilai utama. 

Ads

Dewi Remaja 2025 Memulakan Pencarian, Legasi 40 Tahun Terus Gemilang

Format pertandingan juga sentiasa berevolusi daripada pusingan bulanan ketika era majalah ke penyertaan secara digital berserta kandungan realiti eksklusif yang disiarkan di kaca televsiyen dan platform digital.

Lebih daripada sekadar gelaran, mereka yang bergelar Dewi Remaja membawa misi dan tanggungjawab. Mereka menjadi duta kepada nilai progresif iaitu keberanian, kecerdasan, empati dan kekuatan wanita moden Malaysia. 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI