“Di Sebalik Nikmat Allah Beri Ditarik.” Hidap Kanser Tulang, Gadis Ini Bangkit Selepas Pulih & Berjaya Genggam Diploma

Share

Berpantang maut sebelum ajal. Demikian yang boleh diungkapkan pada wanita hebat dan kuat semangat ini. Perjalanan wanita bernama Aida Rashidi ini cukup getir.

Dalam satu perkongsian, dia menceritakan perihal perjalanan diplomanya yang penuh ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang ketika masih dalam pengajian.

 

Aida mula didianogsis penyakit kanser selepas berkali-kali melakukan ujian darah pada 2017. Selepas itu, bermulalah perjalanan Aida dalam melawan penyakit yang cukup digeruni. Berbelas kali kimoterapi dan pembedahan dilakukan bagi mengembalikan semula kesihatannya.

“Bermula awal tahun 2017 saya berulang alik dari rumah ke hospital. Kelas kuliah pagi terpaksa ‘skipped’ memandangkan temu janji saya pada waktu pagi.

 

Tambahnya lagi, ketika itu dia mulai sedar mengenai maksud di sebalik “nikmat yang Allah beri ditarik” dan sangat bersyukur dikembalikan semula kesihatan yang dulu.

Selepas kembali pulih, Aida telah menyambung kembali pelajarannya yang tertangguh walaupun masih berulang-alik menerima rawatan bagi memastikan benar-benar bebas daripada kanser.

Akhirnya, berkat usaha gigih dan tak pernah mengalah, Aida berjaya menaiki pentas konvokesyen tanpa sebarang halangan. Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa berada dengannya ketika waktu sukar sebelum ini.

Dalam pada itu, Aida turut memuatkan ucapan penghargaan buat mereka yang selama ini banyak memberi sokongan untuk bangkit kembali.

Penghargaan tersebut dimuat naik  di Twitternya.  Sekali gus menjadi inspirasi kepada semua dengan kekuatan serta ketabahannya menghadapi dugaan kanser.


 Sumber: IG aidarashidi &

IKLAN