“Dia Datang Ke Masjid Dengan Berguling, Aku Datang Dengan Kereta.” Lelaki Ini Kongsi Perlakuan OKU Ke Masjid Dengan Berguling, Undang Sebak Di Hati Netizen!

Share

Sebaknya melihat perkongsian mengenai orang kelainan upaya ini. Kekurangan yang ada dalam dirinya tidak dijadikan alasan untuk tidak menunaikan solat. Malah, kesungguhannya patut dijadikan contoh dan teladan oleh orang normal yang lain.

Dek keadaan fizikalnnya yang tidak membolehkan berjalan seperti orang biasa, dia sanggup berguling ke masjid untuk menunaikan ibadah. Satu pemandangan yang cukup menyentuh hati.

Baru-baru ini, perkongsian satu video oleh individu dikenali sebagai Nasrul Mohamed di laman Facebook ternyata mengundang sebak orang ramai.

 

Rakaman video tersebut menyaksikan seorang individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) berguling di dalam masjid untuk menunaikan solat.

Membuka naluri & perasaanku…

Situasi itu dirakam di Masjid Kubang Kerian, Kota Bahru dan walaupun dalam keadaan tidak sempurna, namun individu terbabit masih gagah menyempurnakan tanggungjawabnya kepada Illahi.

Ternyata perkongsian berkenaan mengundang sebak netizen. Rata-rata mendoakan agar Allah SWT memudahkan kehidupan individu tersebut.

Semoga Allah memudahkan setiap urusan beliau

Semoga Allah memberi yang terbaik

Sumber : Nasrol Mohamed

IKLAN